View: 399|Reply: 0
|
Usah halang, beri peluang Azreen Nabila
[Copy link]
|
|
Atlet Terengganu, Azreen Nabila Alias tidak dibenarkan beraksi di SUKMA kerana pernah berlari di Olimpik. NSTP/ABDULLAH YUSOF
KUALA TERENGGANU: "Jika syarat membenarkan atlet yang beraksi di Sukan Olimpik secara 'wild card' bertanding dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA), usah halang mereka beraksi mewakili negeri.
"Tapi jika peraturan dalam sukan terbesar tanah air itu tidak membenarkan, perlunya ada budi bicara pihak bertanggungjawab.
"Sebab ianya bakal meningkatkan lagi prestij dan pengiktirafan kejohanan SUKMA itu sendiri kerana berjaya melahirkan atlet berwibawa selain sudah pasti peminat mahu melihat atlet bertanding di peringkat tertinggi beraksi di pentas SUKMA.
"Namun perlu ada had penyertaan contohnya hanya satu acara individu dan satu acara berpasukan," ujar bekas raja pecut negara dan Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad, ketika dihubungi hari ini.
Pemerhati sukan negara itu berkata demikian ketika mengulas laporan pelari pecut wanita Terengganu, Azreen Nabila Alias, dihalang beraksi dalam pentas SUKMA di Lembah Klang bermula 29 September hingga 8 Oktober depan atas alasan sudah beraksi pada Olimpik 2020 di Tokyo.
Nazmizan yang kini menjawat jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi berkata, jika atlet itu dihalang beraksi, beliau bimbang selepas ini atlet yang layak beraksi atas tiket 'wild card' di pentas tertinggi dunia tidak mahu bertanding.
"Situasi itu sudah pasti boleh merugikan pelbagai pihak termasuk atlet itu sendiri selain pelaburan yang banyak daripada kerajaan negeri untuk melahirkan seseorang atlet, tapi akhirnya tidak dapat beraksi di SUKMA.
"Justeru Jawatankuasa Tertinggi SUKMA perlu memikirkan kembali secara lebih mendalam keputusan tidak membenarkan Azreen Nabila beraksi kerana ianya peluang cerah buat atlet itu memperbaiki catatan masa dilakar sebelum ini serta saingan hebat antara atlet pasti dapat disaksikan.
"Lagipun ianya sebagai medan terbaik buat atlet kelahiran Setiu itu untuk membuktikan kemampuan pada pentas kompetitif SUKMA yang terakhir buatnya kerana usianya kini sudah 22 tahun.
"Selain itu dengan banyak pendedahan yang diberikan kepada atlet itu, ianya boleh memantapkan lagi prestasi lariannya sekali gus negara tidak ketandusan pelari berbakat besar," katanya.
Semalam kerajaan negeri Terengganu kesal apabila hasrat Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) untuk menyenaraikan nama penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi itu di SUKMA ditolak.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|