View: 378|Reply: 0
|
'MSC sudah penuhi syarat MOM'
[Copy link]
|
|
Suhaili (dua kanan barisan depan) bersama kepimpinan MSC.
KUALA LUMPUR: Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) percaya badan induk itu sudah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan untuk menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Presiden MSC, Datuk Suhaili Abdul Rahman, berkata ini selepas permohonan badan induk itu menjadi ahli gabungan kepada Persekutuan Sepaktakraw Dunia (ISTAF) dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) sudah pun diluluskan.
"Sebenarnya, dengan dua perkara ini (diterima menjadi ahli gabungan ISTAF dan ASTAF) sepatutnya kami sudah diterima menjadi ahli kerana berdasarkan perlembagaan MOM jelas, ahli gabungan mestilah mendapat pengiktirafan daripada badan sukan antarabangsa.
"Namun, MOM ada alasan-alasan lain yang saya tidak mahu pertikaikan bidang kuasa mereka. Berdasarkan apa yang dimaklumkan MOM kepada media sebelum ini, MSC mesti berdaftar dengan badan sukan antarabangsa dan Alhamdulillah kita sudah diterima oleh ISTAF dan ASTAF.
"Cuma apa yang kami tidak boleh berikan apabila timbul persoalan mengenai MSC yang dikatakan masih baharu dan tiada pengalaman. Itu saya akui kerana kami baru saja diluluskan penubuhannya pada Februari lalu.
"Namun, harus diingat kepimpinan MSC yang ada ini adalah pengerusi persatuan negeri yang suatu ketika dahulu bersama dengan PSM (Persatuan Sepaktakraw Malaysia)… sudah pasti mereka mempunyai pengalaman.
"Apapun, saya percaya semua kriteria untuk menjadi ahli MOM kami sudah penuhi dan sekarang semuanya terserah kepada MOM untuk membuat keputusan," katanya ketika sidang media sempena majlis berbuka puasa bersama media di sini, malam tadi.
Semalam, MOM mengesahkan PSM masih lagi ahli gabungan mereka yang sah biarpun sudah disingkirkan daripada ISTAF dan ASTAF menerusi surat yang dihantar Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib kepada badan induk berkenaan pada 8 April lalu.
Mengulas lanjut, Suhaili, berkata pihaknya tetap akan meneruskan perancangan yang sudah disusun khususnya membabitkan pembangunan sepak takraw negara biarpun masih belum diterima menjadi ahli gabungan kepada MOM.
Katanya, MSC diberikan mandat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk mengelolakan sepak takraw yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadual berlangsung, September depan.
"Penglibatan MOM di peringkat antarabangsa hanyalah untuk Sukan SEA dan Sukan Asia. Apa yang kita mahu fokus sekarang adalah aktiviti yang dianjurkan oleh ISTAF dan ASTAF yang mana kita sudah dijemput untuk turut serta.
"Selain itu, kami juga sedang fokus untuk penganjuran SUKMA selepas diberikan mandat oleh KBS, MSN dan PJS. Untuk itu, kami bercadang untuk menganjurkan pra SUKMA yang dijangka pada Julai depan sebagai persiapan sebelum temasya sebenar bermula," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... h-penuhi-syarat-mom |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|