View: 421|Reply: 0
|
Peluang catat hatrik emas tetap ada
[Copy link]
|
|
Russel bakal galas cabaran negara dalam acara 100 meter pada Sukan SEA Hanoi bulan depan.
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil optimis Malaysia tetap berpeluang mempertahankan pingat emas acara 100 meter (m) yang dimenangi dalam dua edisi terakhir menjelang Sukan SEA Hanoi di Vietnam, bulan depan.
Di Hanoi, cabaran negara dalam acara riben biru itu akan digalas dua pelari pecut, Russel Alexander Nasir Taib dan Muhammad Arsyad Md Saat selepas masing-masing layak secara merit.
Manshahar berkata, biarpun dilabel sebagai 'underdog' namun itu tidak menutup peluang kedua-dua atlet berkenaan untuk memburu emas seperti mana yang sudah dibuktikan Khairul Hafiz Jantan dan Muhamad Haiqal Hanafi ketika mendominasi saingan pada edisi 2017 di Kuala Lumpur dan 2019 di Manila.
"Untuk acara pecut ini, kita tidak boleh hanya melihat di atas kertas. Sebagai contoh, pada 2017 atlet pilihan adalah Eric Cray (Filipina) berdasarkan catatan terbaiknya ketika itu namun Khairul Hafiz berjaya mengatasinya dan menang emas.
"Begitu juga dengan Haiqal pada 2019 yang mana dia ketika itu disenaraikan dalam kategori B dan menggantikan atlet lain disebabkan kecederaan. Namun, siapa sangka dia mampu untuk memenangi emas.
"Jadi, secara dasarnya maklumat atas kertas dengan realitinya iaitu ketika hari pertandingan adalah tidak sama. Namun, kita sedar persaingan kali ini tetap sengit antara beberapa negara lain yang kita tahu kekuatannya seperti Indonesia yang mempunyai Lalu Muhammad Zohri yang memiliki catatan terbaik 10.03s.
"Selain Indonesia, Thailand dan Singapura juga turut memiliki atlet yang berpotensi untuk memenangi emas. Atlet kita tampil sebagai underdog tetapi itu tidak bermakna kita tidak mempunyai peluang untuk menang, semuanya bergantung kepada prestasi ketika hari pertandingan nanti," katanya.
Khairul Hafiz menamatkan penantian selama 14 tahun Malaysia bagi memenangi 100m pada 2017 apabila mengungguli aksi final dengan catatan 10.38 saat (s) sebelum Haiqal mempertahankan kemenangan itu dua tahun kemudian di Filipina dengan catatan 10.35s.
Sebagai rekod, Russel mencatatkan masa terbaiknya musim ini iaitu 10.46s manakala Arsyad dengan catatan 10.46 sekali gus membawa kedua-duanya layak secara merit ke Hanoi yang membuka tirainya bermula 12 hingga 23 Mei ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... trik-emas-tetap-ada |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|