View: 352|Reply: 0
|
Perak FC bakal dapat ‘tuan’ baharu
[Copy link]
|
|
PERAK FC mungkin akan bertukar pemilik dalam masa terdekat.
IPOH: Selepas beberapa bulan berdepan isu kewangan yang kritikal, Perak FC dijangka mendapat ‘tuan’ baharu dalam masa terdekat selepas pemilik kelab, Impact Media & Communication Sdn. Bhd. (IMC) mengadakan rundingan lanjut dengan pihak yang berminat membeli Bos Gaurus esok.
Pengerusi Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Nizam Mahmood berkata, pertemuan yang bakal diadakan di Ipoh itu diharap mampu menyelesaikan kemelut yang sudah lama melanda.
“Selepas penilaian terperinci, pengurusan berpendapat bahawa transaksi ini memberikan hasil yang menarik untuk IMC dengan peruntukan tunai pada nilai yang munasabah di samping menyokong komitmen Perak FC kepada pemiutang dan pemegang saham,” katanya.
Menurutnya, tawaran pengambil alihan susulan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) dibuat tanpa proof of funds (bukti dana) seperti dikehendaki IMC dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL),
Menurut Khairul, IMC, akan menyertai perbincangan pengambilalihan muktamad dengan syarikat itu yang diwakili anak guam mereka yang juga berpengkalan di Ipoh.
“Kami akan teruskan walaupun tanpa proof of funds dan kemungkinan timbulnya bantahan daripada MFL,” ujarnya.
Katanya, tawaran bagi RM1 sesaham untuk Perak FC Sdn. Bhd. (Perak FC) termasuk semua liabiliti adalah serupa dengan tawaran yang dibuat sebelum ini.
“Langkah ke arah pengammuktamad tanpa proof of funds sudah pastinya akan mengecewakan MFL,” ujarnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... -dapat-tuan-baharu/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|