View: 381|Reply: 0
|
Mampukah TFC pertahan 'Piala Mengalahkan JDT'?
[Copy link]
|
|
Faisal Halim menjalani latihan bersama rakan sepasukan TFC menjelang aksi menentang JDT malam ini.
KUALA LUMPUR: Saban musim, cerita mengenai pasukan yang berjaya mengalahkan Johor Darul Ta'zim (JDT) lebih hangat diperkatakan daripada kisah mengenai kejayaan JDT menjulang kejuaraan Liga Super itu sendiri.
Ini kerana melihat skuad Harimau Selatan itu menjulang kejuaraan liga adalah satu perkara yang biasa sekali gus menjadikan kekalahan JDT sebagai satu anomali dalam kancah bola sepak tempatan.
Situasi ini melahirkan gurauan sinis daripada penyokong mengenai 'Piala Mengalahkan JDT' kerana tidak menang liga pun tidak mengapa, asalkan ada rekod menewaskan skuad bimbingan Benjamin Mora itu.
Selepas tiga perlawanan bagi musim 2022, masih belum ada pasukan berpeluang menjulang 'trofi' itu - Penang FC, Sarawak United, KL City FC - semuanya gagal dalam percubaan sebelum ini dan kini masuk pencabar keempat iaitu Terengganu FC (TFC).
TFC menjadi punca JDT gagal bergelar juara dengan status 'invincible' apabila menghadiahkan kegagalan tunggal buat mereka pada musim lalu dan lebih manis, kejayaan itu dilakar di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Kedua-dua pasukan itu akan berentap sekali lagi malam ini namun bola sepak tidak dimainkan secara nostalgia - ini bermakna yang menang sebelum ini belum tentu akan menang lagi dan yang kalah tidak bermakna akan tumbang sekali lagi.
Secara realistik, JDT yang sedang di awangan tampil sebagai pasukan pilihan dengan prestasi yang tiada tandingan menerusi 10 gol yang dihasilkan selain belum lagi membenarkan sebarang gol dilepaskan dalam tiga perlawanan.
Bukan mahu memperkecilkan kemampuan TFC namun pasukan yang dilabel antara pencabar itu masih belum 'panas' dan bergelut mendapatkan rentak dimahukan, jadi sukar untuk menyaksikan kejutan tercetus di SSI malam ini.
Sementara itu, satu lagi aksi 'blockbuster' menampilkan pertemuan antara dua gergasi kancah bola sepak tempatan iaitu Kedah Darul Aman (KDA) FC bertemu Selangor FC (SFC).
Kedah membuktikan mereka mampu menjadi pencabar sebenar kepada JDT sementara sebaliknya buat The Red Giants yang sekadar menjadi pencabar 'tipu-tipu' apabila bergelut untuk meraih kemenangan dalam dua aksi pertama.
Mahu tidak mahu, anak buah Micheal Feichtenbeiner perlu bangkit dengan menjadikan 'Kenari' sebagai mangsa bagi mengembalikan keyakinan penyokong dan menunjukkan dua perlawanan awal bukanlah kemampuan sebenar mereka.
Kejuaraan akan 'lari jauh' daripada mereka sekiranya SFC terus terkapai-kapai dan jentera serangan perlu lebih 'garang' dengan tidak hanya mengharapkan penalti ataupun gol sendiri untuk membidik 'First Blood' kepada lawan.
Sementara itu, aksi 'Derbi Borneo' antara Sarawak United berdepan Sabah FC juga tidak kurang hebatnya selepas bakal menampilkan 'perang taktikal' antara dua bekas pengendali skuad kebangsaan, B Sathianathan dan Datuk Ong Kim Swee.
Berdasarkan prestasi dan senarai pemain, Sabah FC memiliki lebih banyak kelebihan namun kemampuan Sarawak United yang juga pendatang baharu Liga Super dengan semangat pemain muda tidak boleh dipandang sepi.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ala-mengalahkan-jdt |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|