View: 354|Reply: 0
|
Kemenangan Sri Pahang 'dirompak' pengadil lagi
[Copy link]
|
|
Aksi antara pemain Sri Pahang (jersi kuning) dan PJ City pada perlawanan Liga Super malam tadi. - Foto FB Sri Pahang
KUANTAN: Sri Pahang FC (SPFC) mungkin boleh dianggap sebagai pasukan paling tidak bernasib baik pada musim ini selepas 'dipermainkan' menerusi keputusan pengadil dalam dua perlawanan diharungi.
Selepas insiden yang menyaksikan sekurang-kurangnya dua jaringan mereka tidak dikira ketika berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC, mereka sekali lagi terpana apabila jaringan penyamaan PJ City FC pada minit ke-85 disahkan pengadil perlawanan.
Justeru, skuad Tok Gajah menyatakan kekesalan atas insiden terbabit yang menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata di Stadium Darul Makmur, kelmarin.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohammed Suffian Awang menerusi satu surat menyatakan ketidakpuasan hati terhadap mutu pengadilan serta keputusan pengadil dan pembantu pengadil pada aksi terbabit.
"Jaringan oleh pemain PJ City FC, R Barathkumar yang diambil kira walaupun terdapat pemain PJ City FC, Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang didapati terkena bola dan menghalang penjaga gol SPFC dalam kedudukan ofsaid pada minit ke-85.
"Kedudukan ofsaid Mohd Khyril itu dianggap sebagai mencampuri, mengganggu dan mendapat keuntungan dari kedudukannya. Penjaga garisan sudah mengangkat bendera mengisyaratkan ofsaid berlaku.
"Bagaimanapun, pengadil mengubah keputusan dan keputusan gol diberikan selepas provokasi dilakukan oleh beberapa pemain dan pegawai dari PJ City FC," katanya.
Pada masa sama, Suffian turut menegaskan tindakan yang sepatutnya perlu diambil memandangkan kelemahan mutu pengadilan itu mengubah keputusan perlawanan yang sepatutnya.
"Justeru, perkara ini mengakibatkan kerugian dan impak yang sangat besar kepada seluruh warga SPFC.
"SPFC dengan ini memohon agar kelemahan seperti ini dapat diatasi pada masa akan datang dan pengadil yang berkenaan dikenakan tindakan yang tegas dan penggantungan tugasan," katanya.
Sebagai rekod, SPFC turut menuntut tindakan tegas termasuklah penggantungan tugas kepada pegawai perlawanan yang bertugas pada aksi antara pasukan itu berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, Rabu lalu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ompak-pengadil-lagi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|