View: 395|Reply: 0
|
Misbun sasar emas acara kategori lelaki
[Copy link]
|
|
MISBUN tetap yakin dengan pemain-pemain muda negara menggalas cabaran pada Sukan SEA, Hanoi di Vietnam Mei nanti.
Misbun sasar emas acara kategori lelaki
MESKIPUN menghantar skuad muda pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam Mei depan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tetap yakin skuad negara mampu membawa pulang satu pingat emas.
Pengarah Pembangunan Remaja BAM, Datuk Misbun Sidek percaya, pemain-pemain yang dipilih memiliki kemampuan memberikan cabaran kepada lawan.
Beliau berpendapat, edisi kali ini merupakan masa terbaik pemain muda timba pengalaman berharga kerana skuad utama perlu menggalas cabaran Piala Thomas dan Piala Uber.
“Saya galas tanggungjawab uruskan pasukan ke Sukan SEA dan inilah masanya untuk kita ketengahkan pemain-pemain muda. Kita buat keputusan ini kerana bertembung dengan kejohanan Piala Thomas dan Uber.
“Sebelum ini, kita dapat tiga emas di Filipina, jadi kali ini saya harap untuk dapatkan satu emas menerusi pasukan lelaki. Bagaimanapun, tugas agak berat buat skuad wanita kerana kurang pengalaman,” katanya kepada pemberita semalam.
Skuad badminton negara membawa pulang tiga pingat emas pada Sukan SEA 2019 di Filipina menerusi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, S. Kisona (perseorangan wanita) serta beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Dalam perkembangan lain, Misbun menyuarakan sokongan kepada legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei untuk menceburi bidang kejurulatihan selepas beliau dilaporkan menerima beberapa tawaran dari luar negara.
“Ini adalah bidang yang Chong Wei minat, lebih-lebih lagi dia adalah pemain yang sangat berpengalaman. Saya fikir ini adalah yang terbaik untuk dia kongsi pengalaman serta bantu mana-mana pemain.
“Saya lihat dia cenderung kepada analisis permainan. Jika mahu jadi seorang jurulatih, dia perlu banyak masa serta pengalaman bagi membolehkan dia membentuk seorang pemain bermula daripada bawah,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/04/06/misbun/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|