View: 585|Reply: 0
|
KOM yakin kemampuan Eizlan
[Copy link]
|
|
KOM yakin kemampuan Eizlan
Mohamad Eizlan Dahalan. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yakin dengan kemampuan atlet lompat tinggi Mohamad Eizlan Dahalan untuk mengiringi Nauraj Singh sekali gus mempertahankan legasi emas negara dalam acara itu di temasya Sukan Sea Vietnam Mei ini.
Malaysia menjadi kuasa besar dalam acara lompat tinggi bermula era Loo Kum Zee pada 1995 hingga 2003 sebelum dikuasai oleh Lee Hup Wei 2007, 2009, 2011 dan 2019 manakala Nauraj memenanginya pada edisi 2013, 2015 dan 2017.
Eizlan kini diberi kepercayaan oleh KOM untuk menggantikan tempat Hup Wei yang dibelenggu kecederaan dan gagal melepasi kelayakan ke temasya dwi tahunan itu.
Presiden KOM, Datuk SM Muthu berkata, biarpun keputusan itu tampak berisiko apabila mempertaruhkan atlet muda, namun ia dilihat adalah waktu yang tepat untuk memberi peluang kepada bakat baru meraih pengalaman.
"Kami memberi peluang kepada Eizlan untuk mengambil bahagian kali ini selepas Hup Wei mengalami kecederaan dan gagal melepasi had kelayakan.
"Saya akui Hup Wei atlet berpengalaman tapi sejak tahun lalu dia tidak mencapai apa yang diharapkan. Jadi lebih baik kita memberi peluang kepada orang muda untuk timba pengalaman.
"Walaupun peluang untuk dia dapatkan pingat emas sukar tapi itu bukan masalah kerana pengalaman lebih berharga untuk masa depan dan ia adalah percaturan KOM meneruskan penguasaan dalam acara lompat tinggi," katanya.
Eizlan, 22, sebelum ini mengungguli saingan Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan, berjaya mengatasi jaguh negara, Lee Hup Wei untuk meraih emas dengan catatan 2.14 meter (m).
Eizlan sebelum itu turut berjaya menewaskan Hup Wei di Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia, April tahun lalu.
Ketika itu Eizlan dan Hup Wei melakukan lompatan 2.05m. Bagaimanapun, emas menjadi milik atlet Sabah berkenaan selepas Hup Wei menarik diri daripada meneruskan lompatan pada ketinggian 2.07m.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... in-kemampuan-eizlan
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|