CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 668|Reply: 0

Zii Jia tolak tawaran gaji RM1 juta

[Copy link]
Post time 25-1-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Zii Jia tolak tawaran gaji RM1 juta


PEMAIN Badminton Negara, Lee Zii Jia. NSTP/HAZREEN MOHAMAD

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan memberikan tawaran gaji sebanyak RM1 juta setahun kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam usaha memujuknya untuk tidak meninggalkan badan induk itu.

Menurut sumber, tawaran balas berkenaan dibuat ketika sesi rundingan bersama pemain berusia 23 tahun itu selepas dia menghantar surat peletakan jawatannya pada 11 Januari lalu bagi bergerak secara profesional.

Katanya, ia pertama kali dalam sejarah BAM mengemukakan tawaran yang cukup lumayan itu kepada pemain di bawah naungannya.

"Datuk Lee Chong Wei (bekas jaguh perseorangan lelaki negara) yang menyumbang pelbagai kejayaan kepada negara ketika bergelar pemain pun tidak pernah mendapat tawaran sedemikian.

"Ini membuktikan betapa BAM cukup sayang kepada Zii Jia dan menghargai bakat yang dimilikinya. Zii Jia disifatkan sebagai aset penting kepada BAM.

"Bagaimanapun, tawaran itu masih tidak setanding dengan apa yang ditawarkan kepada Zii Jia sekiranya dia bergerak secara profesional. BAM sebagai persatuan turut mempunyai kekangan dan tidak boleh memberi tawaran di luar kemampuan tetapi sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan Zii Jia kekal.

"Namun, pemain itu kekal dengan pendiriannya dan tetap mahu keluar daripada BAM," katanya.

Jika juara Seluruh England 2021 itu menerima tawaran BAM, dia akan dibayar gaji sebanyak RM83,333 sebulan.

Bayaran gaji itu tidak termasuk elaun lain yang diberikan BAM kepada barisan pemainnya selain hadiah wang kemenangan jika muncul juara mana-mana kejohanan 100 peratus menjadi milik pemain bersama tambahan bonus yang diberikan badan induk itu.

Difahamkan, Zii Jia yang juga pemain ranking nombor tujuh dunia menerima tawaran lumayan daripada sebuah syarikat peralatan sukan dari Taiwan yang didakwa menjadi faktor utama dia mahu meninggalkan BAM.

Zii Jia didakwa ditawarkan bayaran sebanyak AS$400,000 (RM1.674 juta) setahun dengan tempoh kontrak selama tujuh tahun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM11.718 juta.

Jumaat lalu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Januari lalu susulan keputusannya untuk meninggalkan badan induk itu bagi bergerak secara profesional.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... waran-gaji-rm1-juta

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 23764 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 23348 Replies : 2
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27087 Replies : 60
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 38900 Replies : 33
Barangan peribadi Che Ta bakal dilelong, tarikh sudah ada- peguam MARA
maklukpenggodaBarangan peribadi Che Ta bakal dilelong,
Views : 25719 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 40055 Replies : 260
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275337 Replies : 8022
Fattah Amin sudah jumpa Pengganti dan sedang mengenali seseorang? - Sumber terdekat mengesahkan bakal akhiri zaman duda?
FORUMCARIIIFattah Amin sudah jumpa Pengganti dan se
Views : 54859 Replies : 345
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 96740 Replies : 986
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 22920 Replies : 428

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.061620 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list