View: 1545|Reply: 6
|
Nicole Kidman dah tak laku
[Copy link]
|
|
NICOLE KIDMAN
Nicole Kidman dah tak laku
AKTRES senior, Nicole Kidman yang sebelum ini pernah digelar sebagai ‘ratu filem’ mendedahkan bahawa karier lakonannya kini semakin merudum disebabkan faktor usia.
Kata Kidman, dia kehilangan banyak tawaran berlakon selepas menginjak usia 40 tahun kerana tidak lagi menjadi pilihan rumah produksi untuk mengambilnya sebagai pelakon dalam sesebuah filem.
Justeru, Kidman, 54, menganggap kerjaya lakonannya akan berakhir tidak lama lagi sekali gus meninggalkan dunia perfileman Hollywood.
“Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa jika seseorang pelakon wanita itu mencecah usia 40 tahun, maka kerjaya lakonannya telah berakhir.
“Saya pernah ditolak beberapa penerbit filem dan stesen televisyen kerana faktor usia. Dunia industri hiburan Hollywood sebenarnya sangat kejam,” katanya.
Pun begitu, dia masih berpeluang membintangi naskhah baharu iaitu sebuah filem berjudul Being the Ricardos, mengisahkan tentang seorang wanita yang dianggap ‘tidak laku’ untuk berkarya selepas usianya mencecah 39 tahun.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12/27/nicole-kidman-dah-tak-laku/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
eyes wide shut... |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke dia retire?xyahla la berlakon filem.. skrg pun ramai yg beralih pada tv series.cuma jgn la tamak sauk semua role yg penting .lucy ball tu org kata debra messing lagi sesuai. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon wanita kebanyakannya bila dah berusia akan terima nasib macam tu berbanding dengan pelakon lelaki yang masih dapat banyak job walau dah makin berusia |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sgt pelakon baru sekarang..lagipun ok lah tu satu movie boleh dpt income juta2 kira dah set for life lah tu. Drama tv pun ada berlakon kan..cerita dera2 tu apa tajuk tak ingat, lupas tu drama dengan hugh grant tu, lepas tu ada juga drama dgn luke evans hensem tapi gayah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Btw mzz tak suka tengok mekap lucille ball dlm the lucy show ke apa yg dekat hits tu...scary nau rupa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 28-12-2021 09:41 PM
Umur baya2 Daniel Craig, Hugh Jackman, Vin Diesel. Laku je lagi tgk, mcm bersepah ler jugak muka dia, cuma dah jadi lead utk blockbuster movies je. Pelakon perempuan, umur2 mcm ni berapa kerat je yg jadi crowd-puller. Tapi dia dah kaya raya pun. 1 projek dapat bayaran juta2 USD, ok ler tu.
Lawa betul dia masa muda, sekarang muka dah nampak keras kejung. |
|
|
|
|
|
|
| |
|