View: 772|Reply: 0
|
Tiffany Haddish kecewa bekas kekasih cerita punca mereka berpisah
[Copy link]
|
|
Tiffany dan Common berpisah selepas lebih setahun bersama.
PENDEDAHAN penyanyi rap Common mengenai punca perpisahannya dengan Tiffany Haddish menerusi sebuah temu bual mengundang kemarahan pelakon dan pelawak itu.
Memetik laporan Hollywoodlife, Tiffany mengakui dia berasa terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas kekasihnya itu.
Menurut Tiffany, perkongsian Common itu sangat berbeza dengan apa yang berlaku antara mereka berdua.
"Saya sangat kecewa tapi ok'," katanya.
Sebelum ini, Common memberitahu kurang masa bersama dan terlalu fokus pada karier menjadi punca mereka berpisah.
Kata Common, dia sukar mengimbangkan karier dan hubungan cintanya dengan Tiffany sehingga menganggap mereka seperti bukan pasangan kekasih.
"Kami tidak dapat luangkan banyak masa bersama dan berusaha untuk hubungan kami. Saya tidak fikir cinta itu benar-benar terlerai.
"Tetapi mungkin kami terlalu fokus kepada karier dan terus melakukan apa yang perlu untuk diri sendiri.
"Sukar untuk saya mengimbangkan semua itu dan mengekalkan hubungan kami," ujarnya.
Untuk rekod, Tiffany dan Common akhirnya berpisah pada awal November lalu selepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|