|
Graveyard shift.
Seorang saudara penulis bekerja sebagai jururawat. Diceritakan beberapa pengalaman beliau berkait kerja-
1. Merah panas- Kebiasaanya bekalan darah hospital agak mendesak dan cepat susut. Tetapi berkat sistem digunakan dan kempen derma darah, bekalan masih dikira mencukupi.
Jadi suatu malam, berlaku 2 kecemasan. Kes kemalangan teruk dan seorang jururawat disergah Pontianak. Pertama- sepatutnya jururawat itu berdua, sebagai keselamatan dan prosedur, tetapi cuai kerana tergesa gesa. Kedua- Pontianak pun nak darah juga. Minum.
2-Minta ubat- Seorang jururawat mendapat panggilan dikaunter beliau. Biasalah. Mesti malam. Seseorang menelefon bertanya kenapa beliau tak dapat lagi makan ubat malam itu?
Jururawat selamba menjawab 'Hari ni cuti raya, tak ada orang level ni. Kau ingat aku tak tahu kau siapa?' Mengilai ngilai pemanggil kemudian.
3-Katil hujung tingkap- Suatu malam, seperti biasa, nampak kelibat hitam duduk diatas katil dihujung wad. Jururawat nampak. Tapi buat diam saja. Tahulah apa benda itu.
Beralih kelibat hitam ke katil yang dekat dengan kaunter. Satu katil ke satu katil.
Jururawat perasan. Semakin dekat kelibat hitam.
Azan berkumandang. Kelibat hitam melompat keatas.
Dalam ketakutan, jururawat nak rasa tergelak.
4.Bilik mayat- Dulu kalau orientasi jururawat, memang diperintah tidur dalam bilik mayat. Sekarang dengarnya boleh balik tidur di asrama. Lain kata sistem dah berubah.
Tapi yang bertuah dapat tidur dibilik mayat mengaku keyakinan dan keberanian mereka memang lain macam. Mental selamba. Kalaupun terdetik cemas, masih ada inisiatif.
Jadi, tidurlah dibilik mayat.
Dan cerita cerita lain seperti-
-Dr Singh- malam malam datang menjenguk katil ke katil di wad kanak kanak. Dr ni dah lama mati, 20 ke 30 tahun lepas.
-'Polis uniform lama menghantar orang kemalangan'- kantol nampak sangat hantu.
-Cleaner fobia nak pergi sudut sudut tertentu dalam hospital siang siang buta, terpaksa berteman. Kalau doktor ada, doktor kasi teman. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam tandas.
Sow Chin berpusing pusing daripada hujung tandas ke hujung tandas.
Mengulang ulang. Mencari pintu tandas.
Tidak terjumpa. Tahu dalam hati sedang disakat sesuatu.
Cuba mengelak panik. Dilihat tingkap kecil, tapi tak berani melolos keluar. Ini tingkat 4. Jatuh mati, beliau takut kembali menjadi hantu tandas pula.
Cuba bertenang Sow Chin. Line telefon tiada. Tidak berfungsi.
'Cong ceng cong ceng (Gua minta maaf, gua tak tahu salah gua)' berkata Sow Chin sebagai usaha keluar.
Terdengar bunyi orang ketawa. 1 2 3 dan terasa beratus ratus orang ketawa sekali dalam tandas.
'Cong ceng cong ceng (Gua minta maaf, gua nanti jamu lu makan. Gua kasi keluar sini)' kata lagi Sow Chin.
Tersentak melihat pintu tiba tiba menjelma didepan beliau.
Berlari keluar Sow Chin.
2 tahun kemudian, Sow Chin membalas dendam dengan tidak langsung memenuhi janjinya pada hantu yang menyakatnya ditingkat 4 itu. Nak pergi tandas pergi saja tingkat lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Parking.
Topek turun ke bawah blok. Menanti dikawasan parking kolej beliau. Menunggu kawan beliau dikolej sebelah.
Masa kurang 10 minit jam 8. Mereka nak pergi makan di Senibung.
Menunggulah Topek dikawasan parking. Tiada sesiapa kelihatan.
Dilihat seorang budak Cina berjalan ke arah parking. Tidak terasa apa apa pada Topek waktu budak Cina itu melintas dibelakang beliau. Menuju ke sebuah BLM.
30 saat kemudian Topek tidak terdengar enjin kereta dihidupkan, hatta pintu kereta juga tidak terdengar apa apa. Sunyi.
Ditoleh ke BLM tadi.
Terbang susuk putih ke atas. Ke rimbunan pokok pokok tinggi.
Diam saja Topek. Faham waktu waktu begitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Memancing dan hilang.
'Aku masuk dulu lah.' ujar Joar pada Bebek. Masuk ke dalam kawasan belukar paya. Memancing toman.
Kedua duanya kaki pancing tegar. Adik beradik.
Bebek sekadar meng a' ah saja.
Joar berlalu dengan kelengkapan memancingnya. Bebek masih entah buat apa dengan mesin beliau dalam bonet kereta.
Kira kira 5 minit kemudian, Bebek pun masuk ke dalam belukar paya.
Dilihat Joar sedang menarik semula tali pancingnya.
'Dapat?' tanya Bebek. Menganjing soalan begitu, sebenarnya.
'Kau datang terus lepas (tomannya)' balas Joar.
Bebek mencari tempatnya sendiri. Tidak jauh daripada Joar.
Hampir maghrib baru kedua beradik ini keluar daripada belukar.
Tiada. Apa?
Hilang kereta Bebek tadi. Dilarikan orang. Tak ada siapa sedar.
p/s-dengarnya Bebek dapat dah duit insuran kereta beliau sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kancil Merah.
Dahulu pada pertengahan 90an, Malaysia digemparkan dengan cerita perempuan berjubah hitam mencari budak perempuan/dara untuk diminum darah. Logiknya mangsa dibunuhlah.
Seluruh Malaysia panik waktu itu. Atau sekurang kurangnya yang mahu mengikuti cerita ini.
Untuk cerita bertaraf seronok berbual mengisi masa begini, bermacam versi keluar. Ada kata polis dah dapat tangkap, ada kata masih bebas, ada kata sebab dicari budak perempuan ialah sebab melanggar pantang makan satay/atau melihat cermin pada waktu pantang selepas baru memakai susuk. Berubah muka menjadi hodoh. Bayangkan.
Sebenarnya mangsa sebenar ialah mana mana pemilik kereta Kancil warna merah. Model lama lampu petak.
Kalau ditaman taman perumahan ada Kancil merah masuk, memang ramai duduk diam dalam rumah memerhati dengan rasa risau. Kalau melihat Kancil merah, semua akan menumpu tengok siapa pemandunya. Bayangkan. Kalau ada perempuan berjubah hitam memandu Kancil merah? Seronok jadi bahan berita berbual.
Atau ditempat anda versi lain pula? |
|
|
|
|
|
|
|
Senja ke Subuh
'Kau ingat dalam Reservoir Dog waktu polis tu mengaku polis?' tanya Jay pada Salim.
'Sebelum sorang lagi polis kena bunuh dengan Nice Guy Eddie atau polis mengaku polis tu kena bunuh dengan Mr White?' jawab Salim menepuk lembut kepala Cemong.
'Mr Orange- si polis mengaku polis tu, nama dia. Waktu dia pengsan tu. Tapi sebenarnya tak, kalau tidak macam mana dia bunuh Vic Vega waktu Vic nak bakar sorang lagi polis tu? Yang Mr Orange keluar darah banyak gila tu. Lepas kena tembak dengan perempuan yang dia rampas kereta dengan Mr White......' panjang lebar Jay.
'Lama tak tengok lah. Nak nak lepas Tarantino buat Inglorious, malas pula aku nak follow lagi.' melihat Salim si Cemong berlari keluar rumah.
Kemudian seisi rumah diam. Gelap gelita terus. Azan Subuh berkumandang beberapa minit kemudian. Sejuk pagi berembun.
Rumah mereka berdua itu sebenarnya rumah kosong. Jay tidak wujud, Salim tidak wujud.
Semudah begini menjadi cerita hantu?
Heh. |
|
|
|
|
|
|
|
Irrational bladder symptom.
Diceritakan seorang kepada penulis. Lokasi hostel sebuah IPT.
Beliau ini agak ganjil sedikit orangnya. Taklah seganjil orang schizophrenia. Tatkala orang gila dengan A7X, beliau melayan Led Zeppelin Janis Joplin.
Mudahnya beliau tidak campur orang sangat. Tambahan pula orang lain dalam hostel pun buat hal sendiri sendiri.
1 masalah beliau ialah kerap kencing malam.
Hostel beliau dikawasan berbukit, tinggal ditingkat 9, dan kipas angin dibuka penuh serta tingkap bilik sentiasa terbuka. Nyamuk memang tak ada. Maka faktor ini mungkin menyumbang kepada masalah beliau tadi. Ditanya samada beliau ada penyakit buah pinggang atau kencing manis? Berubah muka terus. Hahahahahaha.
Jadi beliau keraplah ke bilik air. Katalah minum air segelas jam 12 tengah malam, jam 1 lebih pergi ke tandas. Jam 2.45 nanti ke tandas lagi. Oooohhh memang leceh. Jadi beliau lebih selesa berkain pelikat saja. Senang kerja.
Suatu masa beliau ke bilik air. Waktu malam lah.
Dikawasan luar ampaian baju dihujung bilik air, diluar gril besi, beliau melihat seorang budak Cina membaca sekeping kertas putih. Khusyuk membaca. Beliau melihat begitu, perlahan lahan mengundur keluar.
Sekarang anda baca semula cerita ini dan cari tingkat berapa beliau ini duduk. |
|
|
|
|
|
|
|
Gobok.
Joar adalah sepupu penulis. Masih bujang dan senang bergurau. Suatu masa dulu, awal atau hampir pertengahan tahun 00, beliau belajar disebuah IPTS disebuah negeri yang dekat Penang agak jauh daripada Terengganu.
Beliau tinggal dideret atas sebuah rumah kedai yang dijadikan hostel, kerana IPTS beliau pada masa itu masih dalam pembinaan untuk kampus utama mereka. Penulis pernah lalu depan kampus baru beliau itu, luas besar dan dikelilingi lautan sawit.
Makanya suatu masa, malam, tinggal Joar seorang dihostel. Bukanlah seorang sangat, kakitangan hostel ada juga seorang dua tapi tak lah depa ada sama sekali dalam bilik Joar waktu itu.
Penulis lupa apa sebab beliau tinggal seorang saja masa itu, samada sebab cuti 2 hari saja tak berbaloi balik atau beliau segan nak minta keluarga di Segamat bank in duit maka beliau terpaksa berkampung saja dihostel. Salah satu diantara dua diatas.
Tidurlah beliau selepas memakan maggi kari selain Nestle. Suasana tidaklah seram apa apa kerana deretan kedai dibawah masih ramai lagi orang. Ada kedai mamak, ada CC, ada kedai 24 jam bukan 7E dan kedai import eksport buah buahan.
Tidur dengan lampu ditutup memudahkan fikiran fokus untuk lena. Tambah pula kipas siling dibuka penuh. Sedap tidur.
GRANNNGGG!!!!!!
Terbangun Joar kerana gobok besi berdekatan katil beliau seperti diterajang orang. Beliau seorang saja keluar masuk bilik daripada tengahari siangnya. Siapa pula?
GRANGGGGGG!!!!!
Malam itu Joar tidur dibas stesyen, menanti kaunter tiket dibuka untuk pulang ke Segamat. Malam esok dari Segamat bertolak balik semula ke IPTS. Cuti 2 hari kan?
Penulis pernah juga melakukan perkara sama waktu menuntut disebuah IPTA dinegeri yang jauh daripada Kuantan tetapi tidak berapa jauh dengan Istana negeri Kedah.
Bertolak balik tidur dalam bas. Tidur semalam dirumah, esok malam tidur lagi dalam bas. |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu masa
Apek Salleh- Gua ingat orang aaa. Pencuri ka perompak ka. Rupa kepala anjing badan orang oooo.
Atuk-Kau buat apa? (berkalih duduk)
Apek Salleh-Gua diam dulu aaa. Kereta gua parking dekat itu hantu. Tak boleh terus gua (masuk kereta). Tapi gua tak takut, gua kici kici kawan Melayu jadi gua tau lah itu benda apa. Orang Cina kata dewa dewi, tapi gua tau aa itu hantu aa. Setan.
Atuk-Memang setan (angguk)
Apek Salleh- Tapi masa gua jumpa itu hantu aaa gua cuma tanya 1 soalan aja aa sama diri wa.
Atuk-Apa?
Apek Salleh-Jumpa hantu macam itu, gua mahu bogel buang pakaian serupa jumpa Pontianak ka?
Hahahahahahaha
p/s-Salleh nama diberi kerana Apek Salleh ini sepanjang hidupnya sudah berkawan rapat dengan orang orang Melayu. Siap mengaku abang adik dengan arwah Atuk (Al Fatihah) penulis. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuihhhhh dari atas pokok.
Oleh MFT
Cerita ini dieceritakan Moksu (Mak Usu) penulis, sewaktu dikampung. Begini-
Suatu masa keluarga Moksu baru bertolak balik ke Segamat daripada Kuantan (atau Perak). Pemanduan tenang tenang awalnya. Waktu malam. Kalau waktu siang yang seram ialah JPJ.
Bebek (nama betul Azhar), adik sepupu penulis, becok mulutnya sepanjang perjalanan. Adik beradik yang lain dengar diam saja. Poksu (Pak Usu) menumpukan mengawal stering kereta Accord lama beliau.
Kalau penulis tak salah ingatan, waktu mereka melalui Jalan Pagoh, barulah terjadi sesuatu.
Pemanduan waktu malam memang selesa dengan sejuknya. Asal saja lampu kereta semua hidup terang. Yang lain minyak, angin tayar, minyak hitam biasalah.
Basah tiba tiba cermin kereta. Bukan setakat cermin depan, cermin sebelah tempat pemandu, penumpang sebelah, malah cermin belakang kereta, termasuk cermin kiri kanan penumpang belakang. Basah tiba tiba.
Jalan dilalui tiba tiba berkabus putih tebal. Senyap semua seisi kereta.
Moksu membaca ayat Kursi.
Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke rumah di Segamat.
Malam itu Moksu bermimpi, diatas sebatang pokok, makhluk besar berbulu bermata satu. Meludah ke atas kereta Accord mereka.
Dengan angkuh memberi amaran- 'Kenapa kau lalu sini? Lain kali jangan lalu lagi!!'.
Sejak itu, Poksu sentiasa mahu melalui ulang Jalan Pagoh tetapi ditegah Moksu. Bukan takut syaitan, tetapi tak mahu jadi bukan bukan. |
|
|
|
|
|
|
|
2016..baru jenguk thread ni..
Best! |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum.
10 tahun dah thread ni. Saya pun dah jarang jarang jarang sangat masuk ke Cari ni tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan baru baru ini maka dapatlah kesempatan menjenguk terutama ke bod MPS ini.
Disini dikongsi gambar penampakan Pontianak yang diambil kumpulan paranormal saya, Penjejak Hantu. Cerita ringkasnya ialah kawasan ini berdekatan saja dengan kawasan perkuburan yang dikatakan antara tempat paling seram di daerah Pontian, Johor.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|