CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2218|Reply: 2

Rashid, anak disahkan positif H1N1

[Copy link]
Post time 2-5-2010 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Rashid, anak disahkan positif H1N1
KUALA LUMPUR 1 Mei - Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Abdul Rashid Mohamed Sidek disahkan positif influenza A (H1N1).

Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, perkara itu disahkan oleh hospital swasta yang kini merawat Rashid dan seorang anak perempuannya yang juga disahkan positif jangkitan tersebut.

"Kami telah dimaklumkan oleh pihak hospital yang mengesahkan perkara itu dan tindakan susulan akan diambil oleh pihak ISN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak tersebut daripada tersebar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini malam ini.

Rashid dan anak perempuannya yang berusia lima tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan petang tadi setelah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti H1N1.

Rashid merupakan salah seorang jurulatih skuad kebangsaan yang terlibat di dalam Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber yang akan berlangsung mulai 9 hingga 16 Mei ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

Sementara itu Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh berkata, satu pemeriksaan kesihatan akan dilakukan ke atas semua pemain skuad kebangsaan pada Isnin ini untuk memastikan mereka tidak dijangkiti virus tersebut.

Katanya, ISN dan KKM juga akan membuat pemantauan teliti bagi membendung penularan wabak tersebut di kalangan pemain skuad kebangsaan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong yang dihubungi Bernama pula berharap kejadian tersebut tidak akan akan memberi kesan negatif kepada moral skuad negara.

"Saya harap pemain badminton negara terus cekal untuk hadapi kejohanan tersebut dan bebas dari wabak H1N1," katanya.

Zolkples berkata, kemungkinan besar wabak H1N1 tidak akan berjangkit dengan pemain negara kerana Rashid dipercayai mendapat jangkitan itu di rumah.


eiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............berita yang teruknya .........................harap anaknya akan pulih .............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 08:40 AM | Show all posts
moga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2020 01:41 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Semoga dipermudahkang segala urusang... Amin...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.388962 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list