CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: cik_kala

MARAH-MARAH SAYANG?

[Copy link]
Post time 9-3-2010 04:42 PM | Show all posts
wowowowowowo~~relax TT........ cool~~chilll~~

tarik nafas pjg2...

kne igt, Lelaki & Perempuan & Pondan itu berbeda

Slagi belum sah akad nikah, jgn harapkan belaian, kasih syg, chentaa, perhatian & watsoevertheycalled dr pasangan anda

Aku pn suke jek cara BF ko tu .... kasar2 ... n lawannye plak dgn ko yg lemah lmbut, ok la tu ... smoge berkekalan hendaknye~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2010 04:50 PM | Show all posts
kalau aku...aku blah je...tu tande2 amaran tu...trigger lebeh kurang...larikkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 04:51 PM | Show all posts
rasanya TT ni manja lebih, nak kene pampering slalu, sms slalu, bergayut slalu ..haku yg pompuan pun boring sehhhh.......kalu dia tak suka sms, gayut memalam tu jgn buat...anta satu dua sms dah ler make sure dia okey........

kalu nak citer pepanjang , mengadu hal, citer budak kat opis sakitkan ati, citer makan ari ni tak sedap , citer dak opis tu ada affair.....jumpa jer.....tgk dia leh tadah tinger ke dak.....ekekekek

dia tak suka simpan-simpan ok la tu.....rasanya TT byk memendam perasaan, tak berterus terang tu yang bf tak tau.....adeh laaaa...cecepat la kawen wehhhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 07:03 PM | Show all posts
errr... aku rasa situasi aku lebey kurang sama ngan ko la... cuma beza aku dh kawen... tp laki aku mmg perangai serupa la ngan pakwe ko... huhu... tambah lak kitorang ni duk jauh... aku tau dia syg aku...

biasa la kene marah ngan dia... psl perangai aku yg ngada2... masa tu mmg sdih la, nangis2... xnk cal or sms... tp bila dia sms aku balas la, dia cal aku jawab... mana leh x jwb, dh laki aku tu... slalu bila dia marah2  , ungkit2 la perangai aku yg sms tak kira masa, time dia keje, nk tdo, ngan kwn2.... dia akan lyn gak slagi ada masa, tp jgn melebih2 sgt.... bg aku btol gak apa dia kata... tp kita ni pompuan.... biasa la nk tau manjang laki watpe, sihat tak, mkn x lg.... so masa kene marah tu sedih la, tp bila pikir2 blk, ada betulnya... mmg lah kitorang ni laki bini... tp takde la perlu 24 jam nk bersama smpai takde masa ngan org lain....

aku ngaku la mmg sdih kdg2, tp pk2 balik... kene la tolak ansur... lgpun smpai bila nk manja2, dh nk jadi mak budak dh ni... walaupun hubby aku bkn jenis nk bergayut tpon 24 jam ngan aku, tp tanggungjawab dia tak lupa, and byk lagi la bende2 lain yg menunjukkan dia syg kat aku... tah la... tak reti gak nk cerita.... tp kene give and take la... and aku bersyukur dpt laki mcm husband aku ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2010 10:16 PM | Show all posts
1. Hidup Lelaki Lebih Mudah

    Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat
    oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara
    berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan

    Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu

    Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks

    Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki

    Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain

    Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi,
    adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran

    Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai
    hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik

    Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan

    Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".

10. Lelaki dan Ego

    Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik

    Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

12. Lelaki Suka Menyelerak

    Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun
    pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 01:08 AM | Show all posts
urmm..
ako lak skng mkn hati..
tol ke yer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2010 10:21 AM | Show all posts
beb..  
dulu aku mcm ko..
suka sgt sms.. pagi sms..tghari masa rehat sms..ptg sms..malam sms..
pastu nak gayut lagi.. konon2 nak perhatian la...
kalo dia tak balas gaduh.. merajuk..
sampai tak larat nak pujuk..
masa tu my ex study lagi.. n i dah keje..
i ada byk masa..and dia la bz..
ari2 merajuk..
last2 dia fed up and bosan..and hubungan 2thn setengah abis mcm tu je
2thn setengah dia tahan..

after that..tu kira mcm satu tamparan n kesedaran bagi aku..
dia pun ada life dia sendiri..
bukan semuanya masa dia utk kita..
dia ada kawan, dia ada family, dia ada keje..
bagi dia ruang..
InsyaAllah..dia akan spent time dia dgn kita..
dia akan peruntukkan certain time special utk kita je..

My bf skg, sgt la sibuk.. masa keje kalo sms biasanya tak balas..
then i start kurangkan sms..
masa keje biar dia keje..
then dia lak yg sms i bila yg dia free..
bila malam i layan tv, main game, study(i buat pjj)..
then dia akan call i..
dia yg akan terasa dia abaikan i..
try faham dia..
anda akan lebih dihargai..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 10:36 AM | Show all posts
sesekali,,,,,, try tgk dari sisi positif...

- dia tak suka ym, call / sms - means lagi jarang kemungkinan dia nak curang....bayangkan kalau dia jenis melayannnnnnnnnnnnnn

- Bile aku marah, hamburkan la ape jenis cakap pun, dia takkan sakit hati malah dia bole balas dengan sakitkan hati aku sejuta kali…- cuba kalau sekali cik ni marah, sekali dia cari pompuan lain?! suke? sy suke!

-dia tak kisah pun if aku nak chatting ke, borak ke ngan kawan2 lain, spend time dengan member2 ke.....  - cuba kalau dia konkong gile gile, sekali cik ni ckp ngan kawan lain, sekali kena lempang!

sayangi seadanya....dia melengkapi hidup anda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2010 02:47 PM | Show all posts
herm aku x paham pada yg komen sokong pakwe ko tu.pada aku pakwe ko tu x patut,walau belom kawen xsemestinye kene layan ko mcm tu.t least layan la elok2.mmg la ko mcm manja sikit aku rasa tapi da nama pakwe kan.
      aku x rasa ko ni jenis suke merajuk sgt2,merengek ke,sbb da ko de pakwe mcm tu msti ko tau bawa diri.cume sbb ko ni jnis cpt trasa je kan.cara dy cakap tu tunjuk kan yg dy sgt ego.konon dy mcm boleh dpt ppuan lg baik dr ko.mcm dia xkesah ko blah sbb xleh terima dy sbb dy leh cr org lain.xego ke namanye.hello...lelaki kalu time kaple da ego melangit jgn harap nak hormatkan wife dy bila da kawen.tapi kalu msalah xreti nak romantik ke time da kawen nnti mgkin la dy tau nak romakntik2.tapi kalu msalah ego ke perasan bagus ke ni mmg xde mknenye nak berubah lepas kawen.dia je nak ko terima dia,paham dy..tapi dy xreti2 nak paham.hai..ade org berani kate hbungan ko baru stahun sbb tu dy x paham ko.sdangkan bagi aku bukan baru stahun tapi dah stahun..1 jgka masa yg lama utk tempoh kaple....pasal dy ajak kawen tu mungkin la dy da iklas ngan ko tapi ko kne pikir gak sanggup ke hidup ngan prangai dy seumor hdup..
   aku rasa kan baik ko cek betol2 sama ada ko ni penting ke x bg dia...dia tegas ko pon kene tegas.jgn bagi dy pijak ko suke2 hati atas dasar dy llaki,...tapi make sure apa yg ko nak tegaskan tu fakta yg betol la....sorry la aku bukan nak hasut ke ape ke.tapi aku rasa perangai pakwe ko tu patut,bukan alasan dy belom jd laki ko dy kne layan ko ala kadar je...ala kadar pon t least same2 la jaga hati org..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 03:20 PM | Show all posts
elok le dye tak suke sms, ym bagai mmg susah nk curang bak kte itamputih bgos la mcam tu at least ko tau dye ade kat mne, dye tak leh nk tipoo ko try le sesuaikan diri hohoho.. kalo tak boleh sgt bg kat rora haha masehhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 03:47 PM | Show all posts
Reply 29# mayamia


    aku pon setuju ngn pendapat ko. tempoh setahun perhubungan tu dah kire cukup tuk kite mengenali seseorg dgn lebeh detail. patut time2 kapel kite kenal perangai sebenar die.. jgn dah kawin br nk menyesal..
tp aku rase tt kene slow down sket.. ikut rentak die.. sbb betul laki x leh dipaksa sgt.. kalo x tahan sgt.. adlah baiknye tt cari sumone yg tt rase boleh ikut rentak tt pulak..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.987490 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list