CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamirra

Pengalaman-pengalaman Seram di Kuarters Kerajaan/Swasta Update post 885#

[Copy link]
Post time 12-1-2018 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum.
Terbaca thread ni dan teringat kisah semasa mula2 posting di sebuah sekolah di Sabah.

Aku bersama seorang rakan, Nora sampai di sekolah tersebut lebih kurang pukul 3 petang. Selepas berkenalan dengan barisan pentadbir dan guru2 yang kebetulan berada di bilik guru, kami pun di bawa ke kuarters guru yg berada di bahagian belakang kawasan sekolah oleh kaunselor sekolah yang menginap di kuarters bersebelahan. Terdapat hanya 2 buah kuarters untuk guru. 1 didiami oleh kaunselor, K.Amy bersama keluarga dan 1 lagi bakal diduduki oleh kami.

Sampai sahaja di hadapan kuarters tersebut, terlihat sebuah rumah seakan banglo, besar dan cantik tetapi suram dikelilingi oleh belukar di bahagian kanan dan belakang rumah. K.Amy memaklumkan kuarters tersebut sudah berbulan tidak berpenghuni. Penghuni terakhir adalah cikgu praktikal.

Kuarters tersebut merupakan banglo 2 tingkat dan di kelilingi oleh cermin yang tidak berlangsir. Buka sahaja pintu, kelihatan tangga untuk naik ke tingkat atas. Untuk makluman, tangga terus membawa ke ruang tamu yang luas. Selepas ruang tamu, akan menaiki lebih kurang 5 anak tangga menuju ke bilik2. Ada 3 buah bilik dan kami memilih bilik tengah yang berhadapan dengan bilik air. Oleh kerana tempat baru, kami buat keputusan untuk tidur bersama.

K.Amy membekalkan kami dengan bantal dan cadar yang diambil dari rumahnya. Oleh kerana tingkap tidak berlangsir dan di luarnya adalah belukar, maka kami tutup tingkap tersebut dengan cadar k.Amy.

Malam tersebut berlalu dengan panjang. Masing-masing tidak dapat tidur dengan lena. Gelisah sepanjang malam.

Keesokannya, kami bangun awal untuk bersiap ke sekolah. Nora mula menceritakan kisahnya. "Akak, malam tadi boleh tidur tak? Sy tak dapat tidur, rasa kaki ni macam di geletek aje."
"Akak pun tak boleh tidur, agaknya sebab tempat baru kot." Aku menyedapkan hati lalu terus ke bilik air untuk mandi.

Selepas mandi, aku pinjam iron Nora. Kelihatan di sudut ruang tamu ada sebuah meja kayu yang dilapik dengan tikar getah sehingga menutupi ruang bawah meja tersebut. Ada plug di situ. Aku pun ambil selimut buat alas iron. Nora pula ambil giliran untuk mandi. Tengah2 syok iron baju, tiba2 tikar getah yang berjuntai tu ditepuk dengan kuat dari bawah meja. Rasa macam nak luruh jantung. Aku melompat sebab terlalu terkejut. Aku terus lari naik ke bilik dan tunggu sehingga Nora habis mandi. Ajak dia teman aku habiskan iron baju. Nora langsung tak iron baju. Kami bersiap cepat2 dan terus bergegas ke sekolah.

Sampai sahaja di sekolah, depan pejabat terserempak dengan k.Amy. K.Amy tegur kami, "Macam mana? Nyenyak tak tidur malam tadi?". Nak jaga hati k.Amy kami jawab, "Alhamdulillah bolehlah tidur.". Tiba2 k.Amy tanya, "Siapa yang lawat korang semalam lepas akak balik? Nampak ada budak kecik 2 orang main2 kat ruang tamu?". Aku pandang Nora, Nora pandang aku. "Mana ada kak. Siapa yg nak melawat kami tengah2 malam? Lepas akak balik kami terus mandi dan tidur.".

Petang tu juga kami kemas barang2 dan menumpang di rumah cikgu bujang yang lain. Tak nak lagi menempuh 1 malam yang panjang di kuarters tersebut.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2018 01:15 PM | Show all posts
Edited by Shahreen74 at 10-8-2018 01:27 PM
xtahumenahu replied at 10-1-2018 09:32 PM
Walaupun post ko dr thn 2014...aku mempunyai persoalan yg sama.. Hahaha


kan.. akak pun tertanya2 jugak.. xpe.. nanti akak selak2 yg belakang2 tu .. mana tau dah ada sambungannya..

Akak pun kekecik dulu duk kuarters gak..  kat sungai besi kem.. jalan kenanga...rumah plak dekat dgnt jirat cina atas bukit nun.. so far alhamdulillah x pernah plak nampak apa2.. mungkin masa tu kecik lg so x tau apa2 sgt klu ternampak pun.. akak hanya sempat duk kat situ jer seblm abah akak pencen.. abg2 yg lain puas la ikut abah pindah sana sini sebb bertugas..

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 03:49 PM | Show all posts
Edited by Shahreen74 at 13-8-2018 03:51 PM

abis jugak akhirnya akak merempit... dr tahun 2004.. hg sekrg 2018.. merentas waktu.. harap akakbosan & zamirra sihat2 selalu..

huuhuu.. xde sambungan lg ke.. anyone yg ada pengalaman...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok dar 10tahun gak thread Ney..akk bosan pun nak berganjak ke usia 50 so bley panggil Acikbosan..btw mse sy kecik2 arwah ayah bawak lalu jln bukit Petaling sangat Nostalgia Masa tu kecik sangat2..zaman 90an..n Baru tadi 2019 lalu jalan tur dgn mak(70tahun) kami dari simpang jln kampung Attap trus lalu Kat area sana..sje2 nak lalu situ kawasan tu dar x de ape rumah dulu dar takde yg Ada beberapa tempat macm sekolah cina..n tersesat jalan td..huiihh seram lak lalu situ tapi akhirnya dpt juga Cari Jalan keluar malam tadi Ada lar gak Masa lalu nampak guard berani jaga2 SorAng2 tepi jalan Masa sesat masuk lorong jalan ternampak mat2 motor Tak Tau lar apa durang wat mungkin wat projek seekers kot atau rakam2 paranormal..n sy sajer nak tulis dalam ney supaya satu hari saya akan kembali maybe 5tahun atau 10tahun akn dtg tengok balik post ney utk jd  kenangan bersama Mak saya selepas kenangan lalu situ dengan Arwah Ayah 20tahun lebey yang lalu Semoga Mak saya sihat n sentiasa disisi..Saya x dpt nak jaga sebaiknya tapi insyallah saya nak bahagiakan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Shahreen74 replied at 13-8-2018 03:49 PM
abis jugak akhirnya akak merempit... dr tahun 2004.. hg sekrg 2018.. merentas waktu.. harap akakbosa ...


Dar takde kot cerita hehehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.043390 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list