CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2843|Reply: 13

Kebakaran misteri hantui keluarga di Bandar Baharu

[Copy link]
Post time 3-11-2009 02:45 PM | Show all posts |Read mode
KULIM: Sebuah keluarga di Kampung Charok Meranti di Bandar Baharu di sini terpaksa hidup dalam sebuah bangsal sejak dua tahun lalu apabila rumah mereka dilanda satu fenomena aneh iaitu kebakaran misteri.

Bangsal berukuran tiga meter itu menjadi bilik tidur keluarga Mohamad Sidek Hamid, 49, dan isterinya Fauziah Ishak, 48, serta enam orang anak mereka.

Mohamad Sidek berkata, mereka terpaksa tinggal dalam bangsal itu kerana rumah batu milik mereka tidak dapat didiami kerana diganggu oleh kebakaran misteri dan baru-baru ini bilik tidur utama rumah itu terbakar secara tiba-tiba.


"Kebakaran dalam bilik itu memusnahkan almari pakaian dan buku sekolah anak-anak, beberapa buah kitab suci al-Quran dan kebakaran aneh ini sering berlaku ketika saya dan keluarga tiada di rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Beliau berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat Serdang telah datang menyiasat kes kebakaran pada hari kejadian dan beliau turut membuat laporan polis mengenai kejadian aneh itu.

Mohamad Sidek, berkata apa yang menghairankan ialah salinan laporan polis itu yang disimpan dalam sebuah laci almari juga terbakar walaupun almari itu tidak terbakar.
Kebakaran misteri itu muncul sejak mereka mula mendiami rumah itu setelah membelinya dengan harga RM40,000 menerusi Skim Mesra Rakyat pada 2007.

"Kini seluruh anggota keluarga mengalami trauma dan sering ketakutan serta tidak lagi mampu menanggung masalah yang dihadapi kerana wang simpanan dalam rumah itu juga akan hilang.

"Saya telah berikhtiar dengan menggunakan khidmat lebih 100 orang bomoh tempatan termasuk Sabah dan Sarawak serta dari luar negara seperti Thailand, Indonesia dan Myanmar, malangnya tiada seorang bomoh pun yang mampu mengatasi masalah kebakaran misteri itu dan keadaan rumah kami masih tidak berubah," katanya.

Fauziah pula berkata, suaminya itu telah diserang sejenis penyakit ganjil ketika mengendalikan sebuah kedai runcit sehingga terpaksa menjual kedai itu dan kemudiannya apabila mengusahakan kebun sayur, tanaman itu turut dirosakkan dan kini suaminya menoreh getah.
"Sekarang kami pun tak tahu apa nak buat lagi," katanya yang sungguh gusar dengan keadaan itu yang telah menyulitkan kehidupan mereka sekeluarga. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2009 03:09 PM | Show all posts
seram..kenapa eh....pelik..da byk bomoh tolong pun tak dpt solve problem..huhhh..sungguh la pelik..& seram
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 03:25 PM | Show all posts
sian.. nmpk seperti keluarga dia sengaja di aniaya
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 03:33 PM | Show all posts
naper tokoh paranormal yg slalu wat iklan gempaq kat mastika atau kaca tv tak kuar menyahut cabaran?... tak reti nak solve prob ke atau takut penipuan terbongkar?...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 03:35 PM | Show all posts
ni mesti kes aniaya ni. kesian, sampai hidup pun dh x tenteram...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 03:51 PM | Show all posts
ada hantu 3 budak tecik main lari2 sambil pegang puntung api kat tangan, diorang suka cucuh kat mana2 je api tu.. hehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2009 04:01 PM | Show all posts
hurm....
mmg misteri ke ade yg mmg jaki membako rumah tu
kejadian pon berlaku masa tuan umah xde kt umah kan...

pasal perniagaan tu myb la adew org hantar stt klo pelik melik somi dia kena penyakit ganjil.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 04:07 PM | Show all posts
Kesian..berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya..
Semoga musibah ini berakhir..Aaamiiin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2009 04:21 PM | Show all posts
haah.. betul laa.. mcm kena aniaya jer fmily ni... kesian... jahat tul laa org ni.. dengki ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 04:22 PM | Show all posts
adeh.. mang ader yang dengki nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 04:51 PM | Show all posts
Sapa yang pandai merawat, pandai scan etc kat sini.. tolong-tolong la family ni.. kot kot ada gangguan paranormal..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 04:52 PM | Show all posts
kes dengki mendengki cat letak no 2
yg kesiannya ank bini takde rumah
kelengkapan xde....sian
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 05:04 PM | Show all posts
misteri n aneh....mmg mcm kena aniaya..xpasal2 kena tdo kat bangsal..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 08:48 AM | Show all posts
6# kroit92

adik kroit nie....he..he....he....tapi tul juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.069016 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list