CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14542|Reply: 5

Seni Dawai

[Copy link]
Post time 22-2-2009 03:04 AM | Show all posts |Read mode
Seni kraf pintalan dawai


Mohd. Fajrul Nor Azmi menunjukkan barangan kraf dari dawai di gerai kraftangannya di Menara Taming Sari, Banda Hilir, Melaka


MELAKA 20 Feb. - Semuanya bermula atas desakan hidup sehingga memaksanya mengambil keputusan untuk berhenti belajar bagi menanggung keluarganya yang susah.

Hanya melihat seorang lelaki Cina memintal dawai halus untuk dijadikan pelbagai seni kraf tangan reka bentuk motosikal, kapal layar, basikal, meja, kerusi dan sebagainya, kerjaya itu dilihat sangat unik dan menarik minat seorang anak muda, Mohd. Fajrul Nor Azmi, 22.

Sejak daripada itu, dia mula mempelajari sendiri teknik-teknik memintal dawai apabila bekerja di sebuah kedai kraf tangan di Mahkota Parade.

Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Mohd. Fajrul mempelajari teknik memintal dawai untuk dijadikan barang kraf tangan.

Setelah setahun dia bekerja dan mempelajari segala teknik memintal dawai, Mohd. Fajrul mengambil keputusan berhenti kerja dan mengusahakan kedai kraf tangan secara kecil-kecilan.

Begitupun, pada peringkat awal dia hampir berputus asa kerana tidak mempunyai dawai yang bersesuaian untuk menghasilkan seni kraf tangan tersebut memandangkan dawai yang digunakan ketika itu agak tebal dan sukar untuk dipintal.

Namun segala masalah itu berjaya dihadapinya atas hasil usaha gigih serta semangat kuat untuk menjadi usahawan kraf tangan yang akhirnya menjadi kenyataan.

Hari ini, Mohd. Fajrul boleh berbangga dengan dua buah gerai kraf tangan hasil titik peluhnya yang menghasilkan pelbagai barangan seni dari dawai besi di Perkampungan Makanan Tradisional Newton Banda Hilir dan di sekitar ruang legar Menara Taming Sari yang dibuka lebih kurang setahun yang lalu.

Amrozs Wire Artist adalah gerai kraf tangan miliknya dan bukan lagi terlalu asing kepada pengunjung di Banda Hilir dan ruang legar Menara Taming Sari jika inginkan replika pelbagai reka bentuk.

Yang lebih membanggakan anak muda ini merupakan anak Melayu pertama yang menceburi bidang seni kraf tangan ini memandangkan terdapat lebih kurang enam orang bukan bumiputera yang menceburi bidang itu di sekitar bandar Melaka.

Sebelum mengambil keputusan untuk membuka perniagaan, Mohd. Fajrul terlebih dahulu berkhidmat sebagai pelayan di beberapa restoran makanan segera, sebagai pengawal keselamatan dan akhir sekali bekerja di kedai menjual kraf tangan di sekitar Mahkota Parade.

Hanya bermodalkan RM300 dan sebuah meja, dia menjadi peniaga pertama yang menjual produk kraf tangan di Perkampungan Makanan Tradisional Newton dengan hanya menghasilkan pintalan nama dan beberapa objek menggunakan dawai besi halus.

Tawaran yang diterima daripada bahagian pengurusan Menara Taming Sari untuk membuka sebuah lagi gerai di tapak menara tersebut beberapa bulan kemudian diterima dengan hati yang terbuka.

"Saya sendiri tidak menyangka daripada seorang yang tidak tahu mengenai seni kraf tangan kini saya menjadi pengusahanya.

''Walaupun masih di peringkat awal tetapi saya yakin perniagaan ini mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Saya perlukan masa dan idea yang lebih bagus untuk memperkembangkan hasil kerja ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dia kini mempunyai dua pembantu termasuk adiknya sendiri untuk menolong menguruskan kedua-dua gerai yang sedia ada.



Antara produk barang kraf dari pintalan dawai yang dihasilkan oleh Mohd. Fajrul Nor Azmi.


Menurut Mohd. Fajrul, sambutan yang diterima daripada pengunjung amat menggalakkan terutama sekali pada cuti hujung minggu dan cuti kelepasan am.

"Terdapat juga pelancong dari luar negara yang memberitahu, hanya di Melaka sahaja mereka dapat memperoleh model dan replika daripada dawai besi ini,'' katanya.

Beliau menambah, dia menghasilkan bentuk dan model pelbagai bentuk dawai besi dan yang paling mendapat sambutan daripada pengunjung ialah pintalan nama.

"Saya akan memintal nama seperti yang dikehendaki oleh pelanggan dan harga untuk sebuah pintalan nama hanya RM5," katanya lagi.

Selain daripada pintalan nama, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai model dan replika seperti robot, motosikal Harley Davidson, tempat letak kad nama dan aksesori telefon bimbit.

Lebih menarik perhatian ialah replika menara Taming Sari yang dipintal daripada dawai besi halus menjadi tarikan ramai pengunjung yang datang ke kedainya.

Kesemua hasil kraf tangan daripada pelbagai reka bentuk dijual dengan harga yang berpatutan mengikut saiz.

Pemuda yang berasal dari Kampung Beringin, Negeri Sembilan ini pernah membuat beberapa buah replika untuk dijadikan cenderahati.

Salah satu replika paling unik yang pernah dihasilkannya ialah sebuah taman yang diberikan oleh pihak Menara Taming Sari kepada bintang Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan, tahun lalu.

Mohd. Fajrul juga pernah membuat replika Eyes On Malaysia yang mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk disiapkan dan replika itu kini telah diserahkan kepada bahagian pengurusan tersebut sebagai cenderahati semasa pembukaannya.

"Replika korporat seperti ini memerlukan masa dan bergantung kepada mood untuk disiapkan kerana ia memerlukan penelitian untuk mendapatkan hasil seni yang kemas dan menarik,'' katanya.

Selain dua buah gerai yang sedia ada, dia juga pernah membuat beberapa pertunjukkan di tapak-tapak ekspo, institusi pengajian tinggi dan beberapa buah sekolah di negeri ini.

Katanya, dia juga ada mengambil tempahan untuk dijadikan cenderahati pada hari perkahwinan, majlis-majlis rasmi dan sebagainya.

''Saya berhasrat untuk mengembangkan perniagaan luar dari negeri Melaka dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

''Apa yang penting, saya perlu memantapkan lagi hasil kraf tangan dengan pelbagai idea yang kreatif,'' katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2009 03:06 AM | Show all posts
menarik yek .. ada sesaper pernah try bwat dak?

bleh search kat google guna keyword "wire art" (ntuk arca2) atau "wire name" (ntuk bentuk nama guna dawai tuh)

memang menarik

neh antara cecontoh yg ada kat google :


bunga dawai


piano dawai


katak dawai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2009 03:09 AM | Show all posts

kete dawai


moto dawai

neh yg hardc0re nyer :


gitar (besor) dawai


besttt!!!

sesapa yg ndak cuba try test tuh, nenanti post aa gambo hasilnyer kat sini

bebaik, jangan sampai melecet jari tuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 02:19 PM | Show all posts
dawai juga satu seni.erm.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 02:19 PM | Show all posts



lawa nye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2009 07:44 PM | Show all posts
Originally posted by EiLA1919 at 22-2-2009 02:19 PM

dawai juga satu seni.erm.


apapepon bleh dimanfaatkan kalau kena pada caranya

asalkan ada daya kreativiti, usaha + gigih : Insya`Allah ..

macam mamat fajrul tu pun .. awalnya hidup susah

now seni pintalan dawai tu dah bleh tampung keperluan hidup dia .. bagus aa kan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.073872 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list