|
sepatutnye dikalangan anggota beruniform ni, buat satu standard pas tu keluarkan pekeliling supaya hormat (salute) antara satu sama lain. contoh... Lt Muda klu jumpa DSP polis dia akan salute. pas tu klu polis buat roadblock, ditahanye kete kapten, dia salute....
boleh juga digunakan dikalangan badan2 lain mcm bomba, kastam dll. even security service pun sama.
indonesia praktis mcm tu. dulu aku gi medan, melawat Konsul General.... pak guard nampak aku beruniform terus salute. yg pak polisi pun sama.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 tin's post
wa yang patut tanya soklan tu kat lu bai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 zvicmorrow's post
sebab tu depa bagi pangkat sarjan... orang berpengalaman |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #43 tangopapa\ catat
Dah dekat dua pagi dah bro. Bulum titon ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 LT's post
TNI lain sebab asalnya bawah satu organisasi, so benda tu dah jadi tradisi... Kalau konstabel polis nampak kapten ATM, wa berani potong jari kalau dia salute... sedangkan C/insp pun buat dunno je... tapi wa tetap respek sesetengah pegawai/ anggota polis yang bukan jenis macam tu... selama wa berurusan dengan polis, dari kes kehilangan senjata sehingga kes curi minyak, walaupun jadi Chairman BOI, kerjasama tu tak menghampakan. Cuma ade sesetengahnya, dari segi hormat agak kurang... dan ade sesetengahnya yang hormat atas dasar kepentingan kerja kita kepada mereka, what a pity to us.... itu belum masuk agensi2 kerajaan yang lain macam bomba dan penjara...apetah lagi kastam dan imegresen
Pandangan wa, wujudkan satu akta pindaan bersama... seksyen 22 (c) , tidak memberi tabik hormat kepada setiap seorang pegawai atasan yang mana lebih tinggi pangkatnya dalam perkhidmatan ATM dan PDRM ...
Walaupun demikian, diantara jabatan kerajaan, kalau tak salah wa, ade satu bentuk borang aduan terhadap setiap kesalahan yang dibuat oleh jabatan lain kepada pegawai jabatan lain... tapi prosesnya sama panjang dengan bertukar jabatan...dan berdendanglah lagu bangau oh bangau |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 lipanlapan's post
err... lu pun tak bleh tido ke bro? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #46 tangopapa\ catat
Awal lagi nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #47 lipanlapan's post
samalah...jom pekena roti canai ngan teh tarik segelas |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #48 tangopapa\ catat
Jom...
tp sini x de roti canai la, aoetah lagi roti bom ngan roti tisu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 lipanlapan's post
roti ape yang ade bro? roti perancis ade? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #50 tangopapa\ catat
Mcm2 bangsa roti ade, kecuali roti canai, roti telur & roti tisu hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by LT at 31-1-2009 09:32 PM
sepatutnye dikalangan anggota beruniform ni, buat satu standard pas tu keluarkan pekeliling supaya hormat (salute) antara satu sama lain. contoh... Lt Muda klu jumpa DSP polis dia akan salute. pa ...
Pengalaman aku....
Aku tak dak masalah mendapat hormat dari pegawai mahupun anggota dari ATM mahupun Jabatan Penjara.... bahkan kadang-kadang dari Pasukan Bomba dan Penyelamat pon sama....
Aku pun tak dak masalah memberi hormat pada pegawai ATM yang pangkatnya lebih kanan dari aku.... tak de masalah apa-apa....
Cuma... kalau nak suh anggota PDRM beri hormat pada pegawai ATM semasa melaksanakan road block... yang tu susah sikit la nak bagi.... sebab pemberian tabik hormat ini senornya kalau ko tahu... tak wajib sekiranya sedang melaksanakan tugasan di jalan raya.... derang pon tak beri hormat pon pada pegawai PDRM sendiri kalau mereka sedang buat road block... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #52 SangSaka's post
itu double standard namanya... how do u want to train ur subordinates when there is some circumstances that they are released from the rules? Its time for RMP to change the procedures.
Dalam tentera, walaupun roadblock dijalankan didalam kawasan kem atau pemeriksaan bonet kereta, mereka tetap bagi tabik hormat kepada pegawai walaupun tak de sebarang keistimewaan yang diberikan. Dan tabik hormat adalah MANDATORI di dalam ATM. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 lipanlapan's post
Ahh sudahhh... lain macam je version roti yang ade kat sana nun... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tangopapa at 2-2-2009 09:52 AM
itu double standard namanya... how do u want to train ur subordinates when there is some circumstances that they are released from the rules? Its time for RMP to change the procedures.
D ...
Bukan soal double standard kat sini.... pemeriksaan kenderaan yang dibuat dalam kawasan kem tak sama dengan pemeriksaan kenderaan yang dibuat di atas jalan-jalan raya. Kalau di IPD, IPK mahupun markas batalion, mereka akan beri tabik hormat juga walaupun aku lalu di hadapan pos pengawal..... dan sama seperti ATM, pemberian tabik hormat juga wajib diberikan dan mengikut pangkat samada hormat senjata atau setakat sedia. Sama gak sama seorang pegawai kanan ATM lalu di kawasan PDRM.
Soalnya disini ialah pemeriksaan di jalan raya. Tak wujud apa-apa masalah pun selama ini dalam soal sebegini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 SangSaka's post
Ok, faham. Tapi sepatutnya, dikalangan anggota polis, bila membuat roadblock, apabila mereka dah mengetahui status seorang pegawai Polis, mereka patut bagi tabik hormat. Itu menunjukkan tiada kompromi ke atas setiap pegawai polis dan dalam masa yang sama ia menunjukkan disiplin yang tinggi sesuatu jabatan tu, betul tak tuan Saka?
Kalau pegawai ATM yang menerima nasib yang serupa, kitaorg tak kisah... bukan kitaorg yang buat laporan prestasi diorang pun. Pegawai2 ATM dan PDRM wajib menyuntik semangat hormat-menghormati di kalangan kita sebagai satu langkah permulaan ke arah hubungan yang lebih baik. Kita banyak berkerjasama rapat dalam pelbagai perkara, seharusnya semua orang dalam perkhidmatan ATM dan PDRM mempunyai semangat yang sama, bukannya menunjukkan sifat bongkak, ego, pentingkan diri sendiri yang banyak dilakukan generasi muda ATM dan PDRM masa kini. Sape lagi yang boleh membetulkan ini semua kalau bukan pegawai sendiri?
Bagi saya, hormat memainkan peranan penting, sort of a soft brainwash, untuk mengekalkan sesuatu tradisi. Pegawai harus kekalkan dan pelihara tradisi ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #56 tangopapa\ catat
Peraruturan tidak mewajibkan mereka berbuat demikian. Kecualilah pegawai berkenaan lengkap berpakaian seragam PDRM atau pun mereka sememangnya kenal mereka sebagai seorang pegawai kanan. Pengalaman aku sendiri semasa road block, apabila meminta seorang tu memperkenalkan dirinya, dia berpangkat lebih kanan dari aku. Aku tidak memberikannya tabik hormat bukan kerana dia tidak memakai uniform, tetapi dia faham bahawa tidak perlu berbuat demikian atas macam2 sebab.
Aku tidak tahu bagaimana sebenarnya semangat itu yang berlaku dikalangan PDRM atau ATM. Pengalaman aku bersama ATM, mereka langsung tidak mempunyai masalah memberi hormat kepada pegawai PDRM dan sepanjang pengetahuan aku, anggota PDRM tidak juga mempunyai masalah memberikan tabik hormat kepada pegawai kanan ATM. Kalau ada sifat ego dan bongkak, tu mungkin sifat peribadi, bukan sifat yang diasuh didalam maktab latihan atau pusat latihan.
Sifat ego dan bongkak menyusahkan dalam sesuatu tugasan yang dilaksanakan bersama. Rasanya, tuan faham apa maksud tugasa yang dilaksanakan secara bersama ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu dia..otai-otai dah bersuara..org awam mcm aden ni takbley nak komen la..I follo je la |
|
|
|
|
|
|
|
zvicmorrow replied at 29-1-2009 11:07 AM
di mana kedudukan dan taraf level ASP polis? kalau dibandingkan ngan army, kalau ikut paku 3 paku
...
Pangkat PDRM / ATM
Insp/P - Leftenan Muda (Lt M)
Insp - Leftenan (Lt)
ASP - Kapten (Kapt)
DSP - Mejar (Mej)
SUPT - Leftenan Kolonel (Lt Kol)
ACP - Kolonel (Kol)
SAC - Brigediar Jeneral (Brig Jen)
DCP - Mejar Jeneral (Mej Jen)
CP - Leftenan Jeneral (Lt Jen) |
|
|
|
|
|
|
|
tangopapa replied at 2-2-2009 09:52 AM
itu double standard namanya... how do u want to train ur subordinates when there is some circumstanc ...
Rodblok dlm kem ataupun post kawalan tak sama penugasannya dengan rodblok di jalan awam.. setiap penugasan ada sop-sop tertentu.. kawasam kem polis dan setiap pos pengawal yg menjaga keluar masuk wajib hormat pegawai kanan.. kalau atas jalan awam ada pengecualiannya, polis tertakluk dengan semua undang2, kepala penguatkuasan, bkn hanya tertakluk dgn akta polis sahaja, sebab itu la kena bijak bezakan situasi.. kat jalan awam, kita jaga kepentingan awam, bkn kepentingan pegawai2 polis yg lalu sahaja.. kena tau polis wujud untuk org awam.. sebab tu la, lain penugasan lain sopnya.. ada sebab kenapa benda tu dan dua abad masih kekal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|