CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3193|Reply: 16

KATANYA - prog bekas pelajar AF

[Copy link]
Post time 1-1-2009 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Katanya buka tirai 2009

VINCE

SEBAGAI membuka tirai tahun 2009, Astro Ria dengan bangganya membawakan Katanya, sebuah program yang bakal menggamit semula memori indah yang pernah dilalui oleh bekas para pelajar Akademi Fantasia (AF) yang kini sudah pun bergelar bintang.

Program istimewa itu juga bakal mengupas lebih lanjut tentang perkembangan bintang AF dalam meniti perjalanan untuk bergelar anak seni yang berwibawa.
Program lapan episod itu akan dihoskan oleh pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan, "Kami di Astro amat terharu dan berbesar hati dengan segala sokongan padu yang tidak pernah padam oleh para pelanggan sejak mula program Akademi Fantasia diperkenalkan sehinggalah kini.

"Program Katanya dihasilkan khusus untuk mengimbas kembali saat suka dan duka para bintang AF sepanjang berlangsungnya enam musim program realiti itu setakat ini.

KAER

"Ia ditujukan khas buat para penonton sebagai tanda penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada sokongan mereka yang sememangnya amat bermakna buat kami."
Tambahnya, "Saksikan juga pendedahan istimewa tentang tip-tip persediaan yang berguna untuk mereka yang ingin menyertai sebarang program yang berkonsepkan rancangan realiti kelak.
"Kami berharap agar pendedahan yang akan dipaparkan menerusi program ini nanti dapat menarik minat seterusnya menggalakkan lagi penyertaan daripada orang ramai dalam program-program seumpama ini.

"Kami amat memerlukan bakat-bakat yang telah berjaya dicungkil menerusi program-program AF sebelum ini seperti Mawi, Mila, Stacy, Zahid, Vince, Faizal, Felix, Akma, Bob, Aizat, Kaer, Rosma, Khai, Amelia, Marsha, Linda dan banyak lagi untuk memeriahkan lagi industri seni tanah air."

KHAI dan ROSMA


Katanya yang akan bersiaran selama 30 minit setiap episod itu akan membawa para penonton untuk mengikuti dengan lebih dekat pencapaian dan projek terbaru bintang-bintang AF kesayangan ramai.

Program yang padat dengan informasi yang menarik itu terbahagi kepada tiga segmen yang setiap satunya akan membincangkan mengenai pelbagai topik, isu dan gosip yang berlainan.

Setiap topik telah disuntik dengan elemen-elemen unik dan istimewa yang pastinya menghiburkan. Para penonton akan dihidangkan dengan tiga topik segar dan hebat yang berlainan setiap episod sepanjang 8 minggu bersiarannya program tersebut.
Selain daripada itu, nantikan juga penampilan istimewa bekas pengetua dan para bintang AF pada setiap episod seperti Ramli MS, pasangan Mawi dan Ekin, Stacy, Mila, pasangan Rosma dan Khai, Reza, Nana, Adi, Burn dan ramai lagi.
Antara paparan menarik yang bakal dihidangkan termasuklah gelagat para bintang AF sewaktu sesi rakaman album di studio dan persediaan ketika di set pengambaraan drama atau filem serta banyak lagi.


MARSHA

Para penonton juga berpeluang untuk mengetahui tip-tip hebat tentang dandanan, solekan serta penggayaan rambut yang sesuai untuk ke sesi uji bakat mana-mana program realiti terutama Akademi Fantasi.
Penonton juga boleh mempelajari dengan lebih lanjut tentang cara pemilihan pakaian dan warna yang tepat untuk memastikan imej dan keterampilan diri adalah sesuai untuk digayakan ke sesi uji bakat AF.
Program hebat itu pastinya akan mengubat kerinduan para penonton kepada bintang-bintang AF pada musim-musim yang lepas.

Adakah tradisi AF akan disambung semula untuk musim yang seterusnya? Jangan lupa untuk saksikan sama ada persoalan ini akan terjawab dalam program Katanya di Astro, (Saluran 104) bermula Ahad ini, 4 Januari pukul 9.30 malam!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2009 07:53 AM | Show all posts
suka-suka hati je buka benang di tahun baru ni
kalau tak sesuai.. buatlah apa yg patut ye mod

<tak tau nak letak mana aritkel ni sebenarnya
sbb ia melibatkan ramai graduan AF>
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 10:55 AM | Show all posts

Balas #2 niy\ catat

Bagus jugak niy, sebab aku jadi tukang baca je malas nak cari bahan tumpang
orang dah letak seronok jugak aku baca.Kerje kat opis ni tak pernah nak habis.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 01:49 PM | Show all posts
yang si mak lampir tu nak enterframe sekali kenapa? dia pun bekas AF gak ke? Bior je la laki dia sorang je .. ntahapapa la asteruk ni :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 09:03 PM | Show all posts

Reply #4 bRaBus_23's post

maklum la.. kira satu pakej tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 10:34 AM | Show all posts
selamat tahun baru hijrag dan masihi kat kenkawans semua. cam biasalah, i salu terlambat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2009 08:03 PM | Show all posts
4.1.09... malam ni kan... sape yang  start dulu? vince ke?
aku xde astro...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 09:33 PM | Show all posts
tak kesah ler saper nak start...aku dah maleh nak pollow hiburan ni. azam tahun ni pencen bab hiburan tapi lom pencen ngutuk mawis....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2009 10:52 PM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 4-1-2009 09:33 PM
tak kesah ler saper nak start...aku dah maleh nak pollow hiburan ni. azam tahun ni pencen bab hiburan tapi lom pencen ngutuk mawis....


i pollow......ngutuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 11:39 PM | Show all posts
Episod malam ni citer pasal stacy n nubhan, wedding mawi ekin, ngan citer pasal fashion/penampilan diri....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 4-1-2009 09:33 PM
tak kesah ler saper nak start...aku dah maleh nak pollow hiburan ni. azam tahun ni pencen bab hiburan tapi lom pencen ngutuk mawis....


ai nak pollow yg mana ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by rajaulam at 4-1-2009 08:03 PM
4.1.09... malam ni kan... sape yang  start dulu? vince ke?
aku xde astro...


ada astro
tapi tak tengok pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by cloudnine_mm at 4-1-2009 11:39 PM
Episod malam ni citer pasal stacy n nubhan, wedding mawi ekin, ngan citer pasal fashion/penampilan diri....


wedding lagi ke?
kemain lagi astro.. dok ulang tayang je...muak taw

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 09:57 AM | Show all posts

Balas #13 niy\ catat

a'ah wedding.... penyiar rasmi dan eksklusif la katakan, harus la kena tayang berjuta kali
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 07:31 PM | Show all posts
Originally posted by niy at 5-1-2009 08:48 AM


wedding lagi ke?
kemain lagi astro.. dok ulang tayang je...muak taw



sampai termuntah muntah kang dpn tb
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 12:08 AM | Show all posts
apasai budak tu berkuasa affect hang gitu sekali sampai boleh muntah-muntak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2009 02:59 AM | Show all posts
ini dah kes berat kalau sampai muntah2.. kene pergi check doktor...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.124020 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list