CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: reddots

Danau Tok Uban

[Copy link]
Post time 29-7-2011 01:32 AM | Show all posts
Orang yang ghaib tanpa kubur...... seperti Hang Tuah, Cik Siti Wan Kembang ....

Kota yang ghaib pada mata kasar .....

ilmu mengawal 7 petala langit dan 7 petala bumi .....

Danau Tok Uban .....

carilah sendiri jawapannya ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 02:01 AM | Show all posts
Reply 121# cmf_WonBin

erk..bukan ke ada makam chik siti wan kembang kat area Tanjung Chat, KB? ataupun lebih tepat jalan nak ke PCB lepas tu masuk satu simpang then akan terjumpa 1 kawasan kubur
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 01:02 AM | Show all posts
My Uncle dan Danau Tok Uban

Pak Cik Aku dan Ustaz Wan Khairi Kg Kutan/Pasir Pekan merupakan 2 ora ...
cmf_WonBin Post at 27-7-2011 10:43 AM


Sekembali daripada Danau Tok Uban, aku terus tanya pasal Silat Gayong. Aku memang tahu Gayong itu asalnya daripada orang Bugis. Dan aku memang tahu keturunan Nik ini campuran Cina, Arab dan Bugis. Tapi aku tak tahu pula bahawa nenek moyang aku Fakeh Ali Malbari merupakan seorang panglima Silat Gayong yang berhijrah ke Kelantan-Patanni daripada Sulawesi. Banyak rahsia yang aku ingin ketahui pasal apa ada di Danau Tok Uban, siapa Wali 7, siapa Wali Songo, kenapa.... kenapa.... apa....

Aku telah diperlihatkan IBU GAYONG.

Ini gerak Lam Alif .....

Ini Alif tegak ...... dapat kat orang Kedah, dia panggil Silat Cekak .... Itu salah satu drpd Gayong.


Kemudian dikeluarkan sabilah keris berbungkus kain kuning dan dicelupkan ke dalam air .... kamu nampak keris ini tak basah sebab air tak boleh sentuh keris ini walaupun diselam dalam air? Cuba kamu cium baunya .... itu bau kasturi .... tak pernah hilang sejak beratus tahun lalu ....
"eh eh eh iyer laaaa ...." jawab aku sambil tercengang ...
Keris ini antara beberapa keris milik anggota Wali 9. Keris ini jadi macam ini setelah diludah oleh beberapa orang Wali 9. Buat masa sekarang aku adalah pewaris keris ini, diberikan secara ghaib oleh seorang keturunan Sunan Gunung Jati.

-Berapa biji buah kunci yang kamu belajar dalam Gayong Dato Meor?
" Saya Gayong Pusaka, setakat ini saya dapat 21 buah yang sudah diperhalusi dengan teknik seni"
- Cuba kamu kunci aku dengan buah kunci Gayong Dato Meor yang paling hebat.
Aku pun apa lagi gunakan kunci dengan teknik seni, biasanya kalau kena kunci cara ni, aku pegang dengan 2 batang jari pon musuh sudah meraung kesakitan yang amat sangat, sebaliknya dia dengan mudah buka kunci aku, badannya licin macam belut. Geraknya macam ular. Lepas tu terus dia serang aku. Tangannya macam patukan ular- patuk guna jari, tapi serang dengan siku dan lutut juga, tapaknya kekadang rendah, kekadang tinggi, kekadang angkat sebelah kaki, geraknya kekadang berpusing macam gasing, dan melompat dengan siku dan lutut. Dan memang tabiat aku bila dah hampir kalah kena serang, aku akan bukak buah tomoi. Guna keting dan siku untuk defence. Kami memang sedang sparring, tapi aku tak pernah seumur hidup sparring dengan seorang yang amat pantas sehingga mata aku tak sempat berkelip, sedang2 aku sudah melambung terhumban ke belakang..

"Aku rasa Cikgu Awang Daud dah 30 tahun tak pakai gerak macam ni... hahahaha...... inlah Gayong Ular, kamu pakai lah apa jenis kunci dalam Gayong Dato Meor, aku boleh buka. Kamu pakailah segala tapak dan buah Yoi, Gayong Ular boleh kejar dan matikan .... takda dalam silibus Dato Meor ... Gayong itu amat luas .... Dato Meor baru dapat sikit sahaja ...... aku boleh tunjuk kamu gerak Hang Jebat tapi aku takut roboh lantai kayu ini"

"Kenapa uncle banyak guna tapak silat tapi 100% guna siku dan lutut?"
- kamu ingat nenek moyang kamu boleh menang lawan orang Siam kalau tak pakai siku dan lutut? Dahulu 'kita' berperng dengan orang Siam. Lagipun bila aku 'makan' tapak kau, aku akan masuk rapat - memang sedap pakai siku dan lutut.

Seumur hidup aku, aku tak pernah sparring (lawan betul2) pakai cara silat sebab semuanya tak menjadi dalam real street fighting. Kalau ada pun cuma beberapa teknik Gayong yang aku dah ringkaskan, itu pun ala-ala serangan berangkai dalam Silat Olahraga. Itu pun bila pakai, nampak macam karate/Teakwondo. Tapi apa yang aku lihat telah menyebabkan aku bingung setelah aku dibelasah dengan buah silat yang tak pernah aku lihat seumur hidup aku ...... sasau jadinya .... terlalu banyak misteri dalam silat Gayong dan Danau Tok Uban ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:14 PM | Show all posts
Teruskan..biar rahsia terbongkar..trima kasih sharing
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:01 PM | Show all posts
Eksklusif:Melayu Kelantan 60,000 tahun, penduduk paling asal di SemenanjungEksklusif: Melayu Kelantan 60,000 tahun

Oleh Anwar Hussin
[email protected]
2011/08/04

Kajian USM dapati sub-etnik penduduk paling asal di Semenanjung

KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun.

Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.

Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak), Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan dan Kedah Langkasuka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 1.706963 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list