CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3210|Reply: 18

Anugerah Skrin 2008

[Copy link]
Post time 11-8-2008 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Lebih banyak pencalonan untuk Anugerah Skrin November ini
                        11-08-2008 10:28:16 AM                                                       
                                oleh WAHIDA ASRANI

                                                                          MAJLISanugerah berprestij, Anugerah Skrin kembali untuk tahun yang ke-10 bagimengiktiraf karyawan-karyawan dan penggiat seni tanahair yang bakalberlangsung pada November depan.

Berkonsepkan 'diamond', AnugerahSkrin 2008 ini bakal mempertandingkan 22 kategori berbanding 21 padatahun lalu merangkumi drama, filem dan penerbitan drama.

Menariknyakali ini, dua buah kategori baru turut diperkenalkan iaitu PelakonPembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

"Kami menerima pencalonan yang banyak pada tahun ini dan disebabkan itu kami bercadang untuk memperkenalkan kategori baru.

"Walaupunselepas 10 tahun baru kami memperkenalkan kategori ini (PelakonPembantu Terbaik), tetapi jika kita lihat majlis anugerah seperti EmmyAwards pun, mereka sering lakukan perubahan meskipun selepasbertahun-tahun.

"Namun begitu, bagi kategori filem bebas, kitaterpaksa gugurkan kali ini kerana tiada pencalonan. Mungkin pada masadepan jika kita menerima penyertaan yang banyak, kategori ini akandiwujudkan kembali.

"Apapun, saya menjangkakan saingan akan lebihsengit pada tahun ini," ujar Pengarah Urusan Kumpulan Pengurusan JenamaTV3 Nurul Aini Abu Bakar yang ditemui pada majlis pelancaran anugerahtersebut di Hotel One World, Bandar Utama, baru-baru ini.

Berbandingtahun lalu, Anugerah Skrin kali ini menyaksikan peningkatan dari jumlahpenyertaan setiap kategori yang dipertandingkan di mana pencalonan awalmenyaksikan sebanyak 18 buah drama, 13 drama bersiri dan enam dramakomedi telah tercalon, manakala 22 buah filem tempatan pula layakdipertandingkan bagi kategori filem.

Antara drama yang dicalonkanialah Kehangatan Lantana, Kembalikan Amanda, Tuhan Pun Tahun, Jelatang,Iris, Manjalara, Bella, Takdir Yang Terindah, Di Bawah Ketiak Isteri,Gaia dan Pak Pandir Moden manakala filem-filem yang tersenarai dalampencalonan awal ini ialah 1957 Hati Malaya, Anak Halal, Duyung, KalaMalam Bulan Mengambang, Cuci, Congkak dan Impak Maksima.

Secarakeseluruhannya, Anugerah Skrin tahun ini mempertandingkan sembilankategori bagi drama, drama rantaian dan drama komedi; tujuh kategoribagi filem dan enam kategori bagi penerbitan dalaman.

Antaranyakategori Drama Terbaik, Drama Rantaian Terbaik, Drama Komedi Terbaik,Filem Terbaik, Pelakon Terbaik (Lelaki & Wanita) dan PengarahTerbaik (Drama & Filem).

Penyertaan terdiri daripadaterbitan-terbitan yang telah ditayangkan di kaca televisyen semuasaluran dan pawagam mulai 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008 selainpencalonan drama yang berdasarkan jumlah penonton yang berjaya diraihmengikut kajian AGB Nielson dan mengikut genre masing-masing.

Sepertitahun-tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naunganMedia Prima iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turutmenjemput stesen televisyen RTM dan Astro untuk menyertai anugerahberprestij itu.

Semua rangkaian televisyen tersebut layakmenghantar penyertaan bagi terbitan drama dan penerbitan dalaman yangpernah disiarkan di stesen televisyen masing-masing untuk merebutanugerah bagi kategori-kategori yang dipertandingkan mengikut syaratditetapkan.

"Penjurian telah bermula sejak 9 September lalu yangmana juri adalah berbeza untuk menilai filem dan drama. Untuk drama,kita bukan penyertaan kepada dua bahagian yang mana pertamanyapenyertaan berdasarkan rating tertinggi dan seterusnya sebuah dramayang dipilih sendiri oleh stesen televisyen berkenaan.

"Walaupunkebanyakan drama dipilih berdasarkan rating, tetapi panel jurikemudiannya akan tetap membuat penilaian berdasarkan kandungan dankualiti drama tersebut," kata Nurul.

Dalam pada itu, KetuaPegawai Eksekutif TV3 Datuk Amrin Awaludin berkata, pihak penganjurcukup berbangga kerana Anugerah Skrin kali ini mendapat kerjasamapositif dari stesen televisyen lain dan menerima banyak pencalonan yangmenampilkan muka-muka baru dalam bidang ini.

"Ini merupakan satutanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanahair. Dengan adanyaanugerah seperti ini, ia dapat menggalakkan penggiat-penggiat seniuntuk berusaha lebih gigih lagi agar hasil karya mereka dihargai danmendapat pengiktirafan," kata Amrin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2008 01:09 PM | Show all posts
byk sgt anugerah..aku pon dah pening kepala..huhuuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 05:45 PM | Show all posts
Aku rasa anugerah SKRIN nie takyah masukkan FILEM...

just buat untuk DRAMA SAJA....macam EMMY
dan ada 3 kategori

DRAMA (Drama Bersiri)
COMEDY (Drama Bersiri Komedi)
MINISERIES (Telemovie)
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 11:08 PM | Show all posts
jgn jadi buhsan mcm last year
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 11-8-2008 05:45 PM
Aku rasa anugerah SKRIN nie takyah masukkan FILEM...

just buat untuk DRAMA SAJA....macam EMMY
dan ada 3 kategori

DRAMA (Drama Bersiri)
COMEDY (Drama Bersiri Komedi)
MINISERIES (Telemovie)



huhuhu..tol tu...filem kan dah ada FFM...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 01:30 AM | Show all posts
kalo drama bersiri, aku nak citer drama yg sebelum Ezora. pelakon utama elly mazlien.

Menyentap jiwa drama tuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-8-2008 09:16 AM | Show all posts

Reply #6 toritonz82's post

yang mana?

dia jadik Bella tu ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2008 11:38 AM | Show all posts
Anugerah Skrin 2008

WANDA pasti ramai yang mula menantikan kemuncak malam Anugerah Skrin yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 7 November depan.

Sementelah kehangatan penganjuran anugerah yang dianggap antara yang berprestij sudah mulai terasa bahangnya setelah TV3 menayangkan drama-drama terpilih menerusi slot Cerekarama pada setiap Sabtu sejak beberapa bulan lalu.

Sebanyak 22 kategori dipertandingkan tahun ini berbanding 21, tahun lepas meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman dengan pengenalan dua kategori baru untuk filem iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Secara keseluruhan, sembilan kategori dipertandingkan bagi drama, drama rantaian dan drama komedi; tujuh kategori filem dan enam bagi penerbitan dalaman.

Bagi menyertai anugerah ini, calon-calon terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca tv dan pawagam mulai 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton.

Seperti tahun lepas, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak menganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama memeriahkannya.

Tahun ini nampaknya persaingan sengit bukan sahaja melibatkan kategori filem tetapi juga drama yang antara calon-calonnya adalah drama terdiri daripada Kehangatan Lantana yang mengisahkan tentang isteri derhaka dan Tuhan Pun Tahu yang diinspirasikan daripada kisah hidup seorang penulis lirik popular yang diarahkan pengarah Jinggo.

Juga bertanding adalah drama-drama Ihsan, Cinta Si Rempit, Suara Saleha dan Cari yang kesemuanya disiarkan di TV3 manakala RTM1 dan RTM2 mempertaruhkan Pulanglah Di Aidilfitri, Nasi Lemak Lebaran, Kebun Pisang Tok Mudim, Calon Madu dan Wasiat Fitrah.

Sementara drama-drama TV9, NTV7 dan Astro Ria yang tercalon pula masing-masing adalah Raya Sedondon, Abang! Mak Panggil Balik, Relung Kasih, Aku Bukan Buaya, Jangan Lupa, Hang 2 dan Kembalikan Amanda.

Filem cereka pula mempertandingkan 22 buah filem dan Wanda percaya memang ia persaingan hebat kerana calon-calonnya hebat-hebat belaka.

Filem Terbaik Festival Filem Malaysia 21, Kala Malam Bulan Mengambang merupakan antara calon selain filem Sepi, 1957: Hati Malaya, Congkak, Anak Halal, Impak Maksima, Duyung, Anak, Pensil, Apa Kata Hati? dan Cinta Yang Satu.

Turut tercalon filem-filem Haru Biru, Kayangan, Otai, 9 September, Misteri Orang Minyak, Nan Tanjung 2, Dunia Baru The Movie, Evolusi KL Drift, Akhirat dan Cinta U-Turn.

Sementara calon-calon bagi drama rantaian meliputi Jelatang, Iris, Manjalara, Bella, Takdir Yang Terindah, Bicara Aur Dengan Tebing, Tangisan Bulan Madu, Bilik No. 13, Akademi Polis, Pendekar Lima, Elly, Ghost dan Jangan Main Belakang.

Calon-calon bagi kategori drama komedi pula mempertaruhkan enam drama iaitu Mr. Mama, Bujang Antik, Depan Rumah Sebelah Kedai, Pak Pandir Moden, Gaia dan Di Bawah Ketiak Isteri.

Melihatkan pencalonannya, Wanda pasti ramai yang sudah berkira-kira siapakah yang mampu meraih anugerah terutama anugerah utama seperti drama dan filem terbaik, pelakon lelaki dan wanita terbaik juga pengarah drama dan filem terbaik.

Pada Wanda, tak kisah siapa yang menang kerana yang penting adalah semangat juang dan semangat mahu meneruskan kesinambungan industri drama dan filem.

Juga memikirkan bagaimana mahu terus mempertingkatkan hasil kreativiti selaras dengan kehendak masa kini.

Apa pun, dalam dok sibuk orang memperkatakan tentang pencalonan Anugerah Skrin, jangan tak tahu, ramai juga yang tertanya-tanya siapa pula yang bakal mengendalikan anugerah berprestij itu.

Banyak juga nama yang Wanda dengar yang turut dicalonkan bagi kategori pengacara majlis yang tugasnya bukan sahaja cantik dan segak di pentas tetapi seharusnya bijak mengendalikan perjalanan majlis.

Antara nama yang tercalon Wanda dengar termasuklah Adlin Aman Ramlie, Nurul Syuhada, Fara Fauzana dan Amy Mastura. Tidak ketinggalan Awal Ashari, Dynaz dan Fahrin.

Hemmm... Ramai juga tu. Tapi kalau nak tahu siapa bakal mengendalikan Anugerah Skrin edisi ini, tunggulah pengumuman minggu depan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2008 12:16 PM | Show all posts

Reply #8 Syd's post

syd, dah ada thread utk calon2 drama kat bod Malaysiana
boleh la kalu nak speku drama mana yg akan menang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2008 10:09 AM | Show all posts
Dengarnya... Nurul Syuhada pengacara Anugerah Skrin?
Oleh Normah Becok



CIK Normah tabik betul dengan pengurusan TV3 yang begitu komited menggilap bakat yang bernaung di bawah stesen itu.

Ada saja yang mereka lakukan untuk memperkenalkan nama pengacara yang menaungi stesen televisyen popular itu. Lihat saja sepanjang puasa lalu, promosi selebriti TV3 cukup meluas dan ini membuktikan betapa tinggi nilai mereka di pasaran.

Sesuatu yang buat Cik Normah kagum adalah kepercayaan stesen itu terhadap keupayaan pengacara didikan mereka. Ada saja peluang yang mereka bentangkan supaya bakat selebriti ini tidak terhad dalam satu konsep program saja.

Apa yang Cik Normah dengar, selepas mengasah bakat menerusi Nona dan Majalah 3, pengacara jelita, Nurul Syuhada diberi tanggungjawab besar untuk mengendalikan acara berprestij, Anugerah Skrin.

Acara yang akan berlangsung pada 7 November depan bakal menyatukan Nurul dengan seorang artis lelaki yang turut mempunyai kredibiliti sebagai pengacara.

Tertanya juga Cik Normah, apakah Nurul mampu menjalankan tanggungjawab itu. Iyalah, mengendalikan acara hiburan dan berbentuk majalah ketara perbezaannya.

Acara hiburan walaupun formal perlu disuntik elemen humor dan jenaka ringan supaya tidak statik. Mungkin ini sesuatu yang baru buat Nurul.

Khabarnya, selain Nurul beberapa nama lain yang berpengalaman turut disenaraikan. Tetapi ternyata, rezeki menyebelahinya. Cik Normah nanti saja pengumuman mengenai hal itu pada sidang media Anugerah Skrin, 22 Oktober ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2008 10:09 AM | Show all posts

Reply #9 beta_carotene's post

nanti sat
nak p sana

hehehe tumpang sedut senarai drama yek

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2008 10:12 AM | Show all posts
Senarai Penuh Pencalonan Anugerah Skrin 2008 [Kategori Drama TV]

sumber: www.jomstar.com.my

Calon-calon Drama Ke Anugerah Skrin 2008

Telemovie Produksi

    * Kehangatan Lantana   
    * Ihsan
    * Tuhan Pun Tahu
    * Cinta Si Rempit
    * Suara Saleha  
    * Pulanglah di Aidilfitri
    * Cari  
    * Nasi Lemak Lebaran
    * Kebun Pisang Tok Mudim
    * Calon Madu
    * Wasiat Firah
    * Raya Sedondon
    * Abang! Mak Panggil Balik
    * Relung Kasih
    * Aku Bukan Buaya
    * Jangan Lupa
    * Hang 2  
    * Kembalikan Amanda


Drama Rantaian / Bersiri

    * Jelatang   
    * Iris  
    * Manjalara   
    * Bella  
    * Takdir Yang Terindah   
    * Bicara Aur Dengan Tebing   
    * Tangisan Bulan Madu
    * Bilik No 13     
    * Akademi Polis     
    * Pendekar Lima  
    * Elly     
    * Ghost  
    * Jangan Main Belakang


Drama Komedi

    * Mr. Mama  
    * Bujang Antik  
    * Depan Rumah Sebelah Kedai  
    * Pak Pandir Moden   
    * Gaia
    * Di Bawak Ketiak Isteri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2008 10:12 AM | Show all posts
Kategori yang Dipertandingkan (Drama TV)

    * Drama Terbaik
    * Pelakon Lelaki Terbaik Drama
    * Pelakon Wanita Terbaik Drama
    * Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
    * Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
    * Pengarah Terbaik Drama
    * Lakon TV Terbaik Drama
    * Drama Rantaian (Bersiri) Terbaik
    * Drama Komedi Terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:21 AM | Show all posts
TAKDE CALON LAIN YG LAYAK MENANG DRAMA RANTAIAN TBAEK KCUALI ------ GHOST!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 11:41 AM | Show all posts
Adlin, Nurul Syuhada tampil kematangan Anugerah Skrin 2008

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

SETIAP kritikan yang diberikan dalam Anugerah Skrin 2007 tidak dipandang ringan oleh pihak TV3 bagi memastikan kesilapan lalu tidak diulangi lagi.

Bagi merealisasikan matlamat mereka untuk menjadikan majlis berprestij ini lebih berjaya, gandingan hebat pengacara, pelakon dan pengarah berbakat, Adlin Aman Ramli dan personaliti TV3, Nurul Syuhada sebagai pengacara majlis menjadi taruhan utama Anugerah Skrin 2008 (ASK 2008).

Mungkin ada yang akan memikirkan gandingan mereka nampak lebih formal dan belum pasti sama ada mereka ini sesuai untuk digandingkan bersama.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin melihat pemilihan ini sebagai suatu anjakan paradigma sekaligus memberi peluang kepada muka-muka baru untuk menjayakan majlis anugerah yang telah berusia 10 tahun ini.

"Anugerah Skrin sudahpun memasuki tempoh usia yang matang di mana ianya dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanahair untuk menjulang nama mereka setelah berhempas pulas memberikan yang terbaik untuk industri.

"Pemilihan Adlin Aman Ramli sebagai pengacara majlis tersebut merupakan pilihan yang sesuai berdasarkan pengalaman dan kredibilitinya sebagai penghibur berbakat. Pihak kami yakin, disebalik usia muda dan masih 'hijau' di dalam bidang pengacaraan, Nurul Syuhada mampu untuk menggalas tanggungjawab besar ini berdasarkan kepetahan dan karismanya beraksi dan mengendalikan tugasan di hadapan kamera," jelas Amrin ketika majlis pelancaran ASK 2008 di Hotel One World, Bandar Utama semalam.

Baginya, selepas Anugerah Skrin berkembang sejak 10 tahun lalu, kini anugerah ini cuba tampil dan membuat kelainan berbanding malam anugerah penggiat seni lain seperti Festival Filem Malaysia.

Walaupun namanya adalah pengiktirafan kepada penggiat seni yang sama seperti malam-malam anugerah yang lain, TV3 sentiasa memberikan pembaharuan kepada Anugerah Skrin dari semasa ke semasa.

"Jika tahun lalu tiada penerima Anugerah Khas Juri, namun ASK 2008 meneruskan tradisi di mana Anugerah Khas Juri akan dinobatkan kepada penerima bertuah yang akan diumumkan pada malam tersebut. Anugerah tersebut akan diberikan kepada mereka yang telah banyak memberikan sumbangan kepada industri perfileman tanahair.

"Majlis ini lebih memberikan penekanan kepada drama dan telefilem. Selain itu, ASK 2008 juga mengenengahkan kategori penerbitan dalaman dan filem," ulas Amrin.

Sejajar dengan perkembangan industri hiburan tanahair yang semakin berkembang, majlis berprestij ASK 2008 memilih tema 'Berlian' simbolik kepada sumbangan artis dan karyawan yang diibaratkan seperti berlian yang tidak ternilai harganya.

Majlis yang turut memilih warna tema biru dan perak ini akan berlangsung pada 7 November ini, pukul 9 malam hingga 11.30 malam bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dibawakan secara langsung oleh TV3.

ASK 2008 tidak pernah sunyi dengan persembahan-persembahan hebat daripada selebriti terkenal tanahair seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Adibah Noor, Lah, Noryn Aziz dan Nikki.

Nantikan kemunculan istimewa dramatis tanahair iaitu Erry Putra, Adi Putra, Emelda Rosmila dan Faradhiya yang buat pertama kalinya bergandingan menyampaikan medley istimewa sambil berdansa di bawah tunjuk ajar koreografi terkenal, Sazlan Mat Adnan dan Pat Ibrahim. Persembahan mereka akan diiringi oleh kumpulan muzik bimbingan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito.

Kali ini, sebanyak 22 kategori dipertandingkan berbanding 20 kategori pada tahun lepas meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. Apa yang menariknya, ASK 2008 menyaksikan dua lagi kategori diperkenalkan bagi kategori filem iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Secara keseluruhannya, sembilan kategori dipertandingkan bagi kategori drama, drama rantaian dan drama komedi, tujuh kategori dari filem dan enam kategori bagi penerbitan dalaman.

Calon-calon yang dipertandingkan untuk 22 kategori ini terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di TV3, RTM1, RTM2, TV9, NTV7, 8TV, Astro Ria serta Astro Prima dan pawagam mulai 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008 selain pencalonan drama yang bedasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen mengikut 'genre' masing-masing.

Untuk kategori drama yang dipertandingkan, siaran ulangan drama-drama tersebut ditayangkan di slot Cerekarama bermula dari 16 Ogos hingga 26 Oktober nanti.

Antara drama yang dicalonkan adalah Kehangatan Lantana (TV3), Ihsan (TV3), Tuhan Pun Tahu (TV3), Pulanglah Di Aidilfitri (RTM1), Kebun Pisang Tok Mudim (RTM2), Raya Sedondon (TV9), Aku Bukan Buaya (NTV7) dan Hang 2 (Astro Ria).

Manakala drama rantaian yang dipertandingkan termasuklah Jelatang (TV3), Manjalara (TV3), Tangisan Bulan Madu (RTM2), Ghost (8TV) dan Jangan Main Belakang (Astro Ria). Drama komedi pula melibatkan Mr. Mama (TV3), Bujang Antik (RTM1), Pak Pandir Moden (TV9), Gaia (Astro Ria) dan Di Bawah Ketiak Isteri (Astro Prima).

Antara 22 buah filem cereka tempatan yang dipertandingkan pula adalah Kayangan, Impak Maksima, 1957: Hati Malaya, Kala Malam Bulan Mengambang, Cuci, Duyung, Congkak, Pensil dan Sepi.

Seperti tahun lalu, ASk 2008 turut menyelitkan anugerah khas oleh pihak penaja, Pantene yang selama tiga tahun berturut-turut menaja Anugerah Skrin iaitu Anugerah Pantene Shine.

Antara selebriti yang dicalonkan untuk anugerah tersebut kali ini adalah Jue Aziz (Jangan Main Belakang), Ayu Raudhah (Pulanglah Di Aidilfitri), Wan Sharmila (Abang Mak Panggil Balik), Carmen Soo (Ghost) dan Sherry Ibrahim (Elly).

Para penonton boleh mengundi calon-calon Anugerah Pantene Shine dengan menghantar pesanan ringkas yang dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 mulai 19 Oktober hingga 7 November ini, pukul 4 petang.

Cara-cara untuk mengundi seperti berikut:

Taip SHINEKOD NAMA ARTIS dan hantar ke 33399.

JUE-Jue AzizAYR-Ayu RaudhahWNS-Wan SharmilaCMS-Carmen SooSHR-Sherry Ibrahim

Program istimewa sempena ASK 2008 iaitu Prelud Anugerah Skrin akan menemui penonton pada 29 Oktober ini, pukul 6 petang. Pengacaranya, Fouziah Gous akan bersama-sama penonton berkongsi tips mengenai fesyen menarik yang sesuai untuk digayakan pada malam gemilang ASK 2008, persiapan yang dilakukan oleh tenaga produksi ASK 2008, debaran dan harapan para finalis menjelang malam tersebut.

Bagi para peminat yang ingin menyaksikan acara gemilang ini boleh mendapatkan tiket di Balai Pengawal Sri Pentas mulai 22 Oktober ini. Selain menonton TV3, penonton boleh melayari laman web www.tv3.com.my yang akan membawakan klip menarik di sebalik tabir, kemeriahan hamparan merah dan penyampaian anugerah secara langsung.

Stesen radio Hot Fm merupakan stesen radio rasmi ASK 2008.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 12:09 PM | Show all posts
finalis top 5 ble kuar uols?
iols pelik la kt msia ni.majlis anugerah yg melibatkan drama/filem mcm lembab kan?biasanya plg awl seminggu sblm baru kuar pencalonan.kdg 2 mlm anugerah baru kuar.pas2 bising la org xtgk, xtau lah.
tgk mcm kt hollywood nu, sbln sblm dh kuar pencalonan.sumer anugerah kt snaa cam2.promosi mmg gempak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2008 11:35 AM | Show all posts
Siapa bakal menyerlah?
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
[email protected]

SEMUA yang menjadi persoalan di kalangan pencinta industri hiburan bakal terjawab apabila Anugerah Skrin (ASK) 2008 mendekati kemuncaknya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 9 malam ini.

Terus memainkan peranan proaktif dalam memajukan industri drama dan perfileman tempatan, TV3 menghadirkan ASK 2008 menyajikan produksi televisyen yang menerima jumlah tontonan tertinggi di pelbagai saluran untuk dinilai panel juri profesional sebelum diangkat sebagai yang terbaik.

Membawakan tema Berlian, acara gemilang yang memberi simbolik penghargaan terhadap sumbangan karyawan dan penggiat seni hiburan atas jasa membangunkan industri dapat dilihat menerusi pengiktirafan tahunan yang diperkenalkan sejak 1995.

Kilauan bintang bakal menerangi langit Dewan Merdeka, namun siapa yang menyerlah sekali gus mengukuhkan profil seni dengan pengiktirafan daripada juri profesional tanpa secalit pun didasari elemen populariti?

Mempertandingkan 22 kategori, ASK 2008 menyediakan sembilan kategori khusus kepada penggiat drama, termasuk kategori khas - Drama Rantaian Terbaik dan Drama Komedi Terbaik.

Tujuh kategori diperuntukkan untuk produksi filem, tambahan dua kategori iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik berbanding ASK 2007 memperlihatkan kepekaan penganjur dalam meluaskan lagi pengiktirafan sebagai menghargai jasa anak seni.

Langsung tidak memberikan bayangan produksi yang berjaya menembusi senarai Top 5 untuk setiap kategori, namun beberapa drama dan filem dijangka mampu memberi saingan pada malam ASK 2008.

Menyorot pencalonan bagi kategori drama, daripada 22 penerbitan yang layak untuk dipertandingkan kelebihan terletak kepada produksi seperti Kehangatan Lantana, Suara Saleha, Tuhan Pun Tahu dan Ihsan.

Kehangatan Lantana arahan sutradara, Feroz Ab Kader dijangka memberi saingan hebat kepada produksi lain berdasarkan garapan jalan cerita menarik, dikemaskan lakonan berkesan dua teraju utamanya, Ady Putra dan Fasha Sandha.

Berkisar mengenai kekejaman seorang isteri yang mengenakan ilmu hitam untuk menundukkan suaminya, Kehangatan Lantana walaupun tidak mengetengahkan tema baru kerana bentuk cerita seperti itu pernah dipersembahkan sebelum ini namun ada sesuatu yang berani dalam produksi itu.

Kehangatan Lantana bergerak kemas dan mengesankan. Bagaimanapun, laluan mudah Feroz mungkin dicantas sutradara yang dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik ASK 2007, Azman Yahya atau Jinggo.

Jika tahun lalu, Jinggo menerusi produksi Sebuah Ijtihad membuahkan pengiktirafan besar apabila turut memenangi Drama Terbaik, ASK 2008 menyandarkan harapan kepada Tuhan Pun Tahu.

Barangkali tema yang dibawakan Tuhan Pun Tahu tidak sekuat Sebuah Ijtihad, Jinggo mampu memberi kejutan kerana drama ini masih ada elemen yang dapat membuka mata juri.

Keberkesanan lakonan teraju utamanya, Sheila Rusly dan Que Haidar dibantu aktres berpengalaman, Normah Damanhuri, Tuhan Pun Tahu turut menyelitkan aliran sentuhan baru daripada Jinggo yang menggerakkan jalan cerita drama ini agak perlahan pada permulaan namun memberikan impak dari segi mesej serta penyampaian.

Suara Saleha yang menemukan dua anak seni berkaliber, Zamarul Hisham dan Fauziah Ahmad Daud juga mampu memberi saingan apa lagi ditangani pengarah berpengalaman, Murali Abdullah.

Potensi untuk membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik barangkali lebih berpihak kepada Ady Putra, Que Haidar dan Zamarul Hisham apabila masing-masing menunjukkan persembahan membanggakan dalam produksi Kehangatan Lantana, Tuhan Pun Tahu dan Ihsan.

Bagaimanapun, tuah juga mungkin berpihak kepada dramatis berpengalaman, Idris Md Diah kerana sejarah pernah membuktikan nama kurang komersiol namun punya wibawa tetap dijulang seperti yang dilakar Tamam Idris dan Jalil Hamid, sedikit masa lalu.

Saingan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik barangkali lebih mencuri perhatian jika Fasha yang sebelum ini menyerlah dari sudut populariti memberikan lakonan mengesankan dalam Kehangatan Lantana.

Membawakan watak sebagai isteri yang menderita menanti saat ketibaan ajal kerana menundukkan suami menggunakan ilmu hitam, Kehangatan Lantana adalah lakonan terbaik Fasha sepanjang bergelumang dalam bidang seni.

Seperti Ady, cabaran Fasha juga besar kerana saingan yang bakal diterimanya bukan calang-calang pelakon. Sheila Rusly mampu menidakkan kelebihan Fasha, begitu juga Fauziah Ahmad Daud yang memberikan emosi hebat serta lakonan terkawal dalam Suara Saleha sebagai anak dara tua yang berkorban untuk kebahagiaan insan lain.

Naluri kemanusiaan yang ditunjukkan Jasmin Hamid dalam Relung Kasih barangkali memberi kelebihan ketika memainkan peranan sebagai kakak sulung yang berkorban untuk masa depan adik beradiknya.

Jasmin berjaya keluar daripada watak komedi yang selama ini sinonim dengan dirinya, malah dia juga mengumpan emosi untuk khalayak bersimpati dengannya apabila dia mengenepikan kepentingan diri untuk melihat adik beradiknya mencatat kejayaan.

Beralih kepada filem, andai Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) menjadi ukuran, kelebihan pastinya akan berpihak kepada garapan Mamat Khalid yang menjulang Filem Terbaik pada malam itu.

Bagaimanapun, andai aspek lain yang dilihat juri untuk ASK 2008 tuah berkemungkinan menjadi milik Anak Halal arahan Osman Ali yang cuba keluar daripada norma biasa filem Melayu.

Sepi garapan Kabir Bhatia juga berpeluang untuk mengungguli Filem Terbaik, malah memperlihatkan pengarah itu mengulangi kejayaan yang pernah dilakar pada malam ASK 2007.

Saingan Pelakon Lelaki Terbaik dilihat sengit antara Rosyam Nor yang mengungguli kategori itu pada malam FFM21 lalu menerusi Kala Malam Bulan Mengambang dan Farid Kamil untuk Anak Halal.

Namun, jangan dinafikan kelebihan Kamarulzaman Taib yang meraih Pelakon Harapan Lelaki FFM21 menerusi 1957: Hati Malaya kerana dia juga berpotensi mengulangi kejayaannya.

Beralih kepada Pelakon Filem Wanita, Maya Karin mungkin mempunyai peluang lebih cerah menerusi watak anak jalanan dalam Anak Halal jika dibandingkan dengan Ida Nerina dan Vanidah Imran yang masing-masing memberi kekuatan kepada Anak dan Akhirat.

Menerusi Anak Halal, Maya berjaya menyerlahkan sisi baru dalam persembahannya dan memperlihatkan kematangan untuk membawakan watak yang menuntutnya bermain pelbagai emosi.

ASK 2008 diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Adibah Noor, Noryn Aziz dan Nikki selain menyatukan Adlin Aman Ramlie dan Nurul Syuhada sebagai pengacara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 11:40 AM | Show all posts
Keputusan penuh ASK 2008

Drama

Drama Terbaik: Suara Saleha

Pengarah Terbaik Drama: Murali Abdullah (Suara Saleha)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Zamarul Hisham(Ihsan)

Pelakon Wanita Terbaik Drama: Fauziah Ahmad Daud (Suara Saleha)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Que Haidar (Tuhan Pun Tahu)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Normah Damanhuri(Tuhan Pun Tahu)

Lakon TV Terbaik: Anwar Idris (Wasiat Fitrah)

Drama Rantaian Terbaik: Bicara Aur dengan Tebing (Tenview (M) Sdn. Bhd.)

Drama Komedi Terbaik: Mr. Mama(Radius One)

Filem

Filem Terbaik: : Kala Malam Bulan Mengambang

Pengarah Terbaik: Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Baizura Kahar (Sepi)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zaefrul Nazri (1957: Hati Malaya)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nasha Aziz (Sepi)

Lakon Layar Terbaik Filem: Ara dan Mira Mustafa(Sepi)

Penerbitan Dalaman

Dokumentari / Majalah Terbaik: Majalah 3,Episod Sudirman (TV3)

Bual Bicara Terbaik: Macam-macam Aznil (Astro Ria)

Rancangan Muzik Terbaik: Anugerah Juara Lagu 2008 (TV3)

Rancangan Hiburan Terbaik: Projek Superstarz (S2)

Rancangan Realiti Terbaik: So You Think You Can Dance

Laporan Khas Terbaik: Orang Asli Terancam (Buletin Utama)

Anugerah Khas Juri: Yasmin Ahmad

Anugerah Shine Pantene: Wan Sharmila
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 01:37 PM | Show all posts
award utk yasmin ahmad....
congrat!!!
dah lame tggu die dpt award camnie.
finally dapat gak.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.073838 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list