|
Salam,
Siapa diantara kita pernah hidup pada zaman sebelom ada Raja...?? Zaman di mana semua raky ...
tunggulbatu Post at 3-7-2011 22:39 
Terima lkasih untuk info dan pandangannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
tuan/puan... kalau tuan/puan baca sejarah tanah air kita ni... maaf cakaplah tuan/puan, golongan inilah yg membawa masuk (maaf) penjajah ke tanah air kita, (khususnya Inggeris) bermula dpd kemasukan Francis Light ke Pulau Pinang (atas permintaan Sultan Kedah... 1776 (kalau tak silap)) sehinggalah kpd kemasukan Stamford Raffles ke Temasik (1823) yg dibawa masuk oleh kerabat Sultan Johor (sehingga terlepasnya Temasik kpd Stamford Raffle... selepas itu mulai 1824 (Perjanjian Inggeris Belanda) Tanah Melayu teruslah dikuasai oleh Inggeris sehingga tahun 1957 apabila kita merdeka... Di manakah yg dikatakan bahawa (maaf) raja2 ini memayungi rakyat jelata yg tidak pernah sedikitpun tidak mendaulatkan raja... (khususnya orang Melayu)... kerana mereka berebut kuasa, kekayaan, mereka sanggup menggadaikan tanah air kpd penjajah... sejarah tidak berbohong kpd kita... tuan/puan sila semak semula sejarah tanah air ini... bagaimana Inggeris masuk? mereka tidak masuk dgn menyerang kita, mereka masuk kerana dijemput. siapakah yg menjemput mereka?... sejarah telah menceritakan dan mengesahkannya! tapi kita, orang Melayu mudah lupa, tetap mendaulatkan raja! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tuan/puan... kalau tuan/puan baca sejarah tanah air kita ni... maaf cakaplah tuan/puan, golongan ini ...
tokwan_jantan Post at 4-7-2011 08:47 
You might have some points there Tok Wan |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mrjinggozzz at 4-7-2011 10:07
ha3 
ye ke ko bca sejarah ni , ko xkn x tau raja2/sultan2 tu kene kelentong dgn penjajah tu..
kita org melayu bila tetamu datang kita jemput dgn baik tanpa prasangka,namun sebab kurang pengalaman,emas yg kita beri racun yg dibalas org penjajah ni:@
bila da mereka sedar mereka kene tipu,mreka sedaya upaya menghalau penjajah&nk rmpas kembali tanah yg dirampas,banyak kali taw,setelah beratus taun dgn bantuan rakyat berbilang kaum akhirnya kita bleh merdeka
jgn ko lupe klu ko beragama Islam,disebabkan oleh keturunan sultan inilah agama Islam tersebar meluas
xda sapa sempurna,kesilapan dulu menjadi iktibar&ingatan buat kita semua
tgok skarang sejarah nk berulang,anasir luar mmg nk sgt menjahanamkn negara kita ..kita plak boleh jek join sedar/xsedar he3
jgn kerana marahkn nyamuk,satu negara di bakor nyer!kite bakor je sop
opp terkeluar topik,kembali ke topik asal nk gado2 gi bod sejarah,nak berapi2 samapai angus sila ke bod isu2 semasa sory momod |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnye ape yg nak kita bincangkan?
misteri Daulat ke? atau Raja Berdaulat? :re: |
|
|
|
|
|
|
|
PERTABALAN SULTAN PERAK
ISTIADAT PERTABALAN JIN (TABAL JIN)
TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.
Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.
Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.
Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.
Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.
Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.
Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.
Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.
Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda
Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat d**etahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.
Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERASTANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.
(Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkerajan....) |
|
|
|
|
|
|
|
eh ada merge
aku bru nk tgh tuli komen enci leo punyer xpe tepek jela..
uuuuu{:3_84:}
menarik..ada gupenyer adat nih yek enci leo
bley taw time majlis tu warga isatana bley ke melihat secara mata kasar kehadiran jin2 itu?
ker mcm diceritakan hanya dpt tgok gerakan keris jer |
|
|
|
|
|
|
|
errr rosse ada dpt surat "urusan seri paduka baginda" nih .. agak2 kalau rosse abaikan ajer surat nih akan kene tulah raja tak  |
|
|
|
|
|
|
|
malas nk ckp pasai soltan dolu2....tp soltan2 skrg neh majoritinya umpama liabiliti jer pd negara....hidup sumbangan dr rakyat....ada tu cara hidup anak beranak suku sakat ngalahkan kapir omputih.....ada tu langsung tak berperanan.....mana rakyat nk pandang tinggi dah.....ilang respek langsung.....
bukan Melayu sendiri yg tak suka.....bangsa lain lagilah sakit hati dan benci kan Soltan/raja2 Melayu neh.....cuma Melayu jer la yg daulat diraja ke hulu....daulat diraja ke hilir...... |
|
|
|
|
|
|
|
Salamin alaik..
Sekarang ni berdasarkan pengetahuan saya yang mat cetek ini, istilah daulat / tulah ni digunakan sebagai satu bukti kesaktian/kebesaran raja2 zaman daulu berbanding dengan rakyat jelata.
Zaman dahulu memang ada golongan raja ini yang bertaraf aulia Allah yang mentadbir negara/kerajaan dengan mengikut syariat Islam. Amalan mereka juga bukan calang2, tidak ramai yang sanggup buat apa yang mereka amalkan. Mereka dianugerahi Allah s.w.t dengan keistimewaan hasil ketekunan mereka beribadat dan beramal soleh.
Tetapi bila sistem feudal beraja mengamalkan sistem warisan / keturunan, maka ada yang waris Raja2 ini bukan dikalangan org yang alim dan warak, tetapi masih ingin menunjukkan kebesaran/kesaktian mereka tetapi bukan melalui anugerah Tuhan kepada hambaNya yang Soleh (karomah atau maunah) tetapi dengan menggunakan perantaraan jin dan sihir.
DAri situlah bermulanya perjanjian mereka dengan raja2 jin di negeri mereka yang kononnya telan menandatangani MoU akan menolong raja manusia ini jika di dalam kesusahan. Di sini bermulanya daulat/ tulah yang bukan dari sumber yang haq, sebaliknya menghampiri syirik kerana mengharapkan pertolongan ghaib bukan dari Allah s.w.t.
Dan boleh dikatakan jika ada daulat/tulah pada zaman sekrg pun, ia berasal dari saka diraja yang telah mendampingi waris raja2 ini sejak keturunan nenek moyang mereka lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|