CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4201|Reply: 12

Bantu anak bina kreativiti minda

[Copy link]
Post time 5-3-2008 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Bantu anak bina kreativiti minda
SIFAT ingin tahu, spontan atau mempamerkan bakat semula jadi antara ciri yang ada pada anak-anak. Selain itu, anak-anak juga cepat tertarik pada perkara baru.

Ibu bapa mungkin mengetahui atau menyedari ciri-ciri itu pada anak mereka dan tidak keterlaluan jika dikatakan si anak mempunyai kreativiti secara semula jadi.

Jika menyedari anak memiliki sifat sedemikian, apa salahnya mencari kaedah mendidik di samping mempertahankan kebolehan mereka.

Ada di kalangan ibu bapa menjerit-jerit apabila si anak menconteng dinding atau mencalar buku kakak dan abang semata-mata menunjukkan minat melukis.



Ibu bapa harus mengembangkan atau membawa hala tuju anak-anak ke arah yang lebih positif supaya mengenal pasti minatnya yang sebenar.



Panduan berikut mungkin dapat membantu ibu bapa menangani atau mengenal pasti sifat anak-anak sehingga dapat mengembangkan bakat mereka ke peringkat maksimum.

- Adakah kita menerima segala kelebihan dan kekurangan anak? Adakah kita menghargai kelebihannya dan membantu anak mengatasi kelemahannya?

- Adakah kita menyedari setiap individu unik, tidak sama dan tidak akan dapat disamakan dengan anak orang lain?

- Tahukah anda kreativiti mempunyai banyak dimensi dan mungkin dimensi kreatif anak anda tidak sama dengan anda?

- Sudahkah anda mengenal pasti minat dan bakat anak anda satu persatu?

- Adakah anda memberi dorongan apa yang dilakukan si anak atau marah kepada mereka?

- Adakah anda memberikan perhatian kepada apa yang mereka buat, contohnya cuba melakukan aktiviti bersama?

- Adakah anda sering memperkenalkan perkara baru kepada mereka atau rela menyembunyikannya?

- Adakah anda berinteraksi dengan anak-anak sama ada cara santai atau buat-buat marah?

- Adakah anda memberi ruang waktu, tempat dan kemudahan termasuk bahan-bahan supaya anak menjadi lebih kreatif?

- Pernahkah anda memberikan projek khusus berkaitan minat supaya daya kreatif mereka dapat dipraktikkan?

- Adakah selama ini anda berminat dengan hasil projek mereka atau sekadar minat dengan proses mereka saja?

- Adakah anda menilai hasil tangan mereka dari sudut pandangan anda tanpa menggunakan perspektif penilaian anak-anak?

- Adakah anda membantu menguatkan lagi kebolehan mereka?

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mempertahankan kreativiti anak-anak. Antaranya ialah:

- Membangunkan keperibadian anak dengan kasih sayang

Bersandarkan kasih sayang, ibu bapa akan menerima anak seadanya. Jangan memaksa mereka menjadi orang lain memandangkan setiap individu unik.

Contohnya, Saidina Umar dan Abu Bakar meskipun berlatar belakang agama yang kuat, mereka tetap berbeza. Bagaikan bintang, semuanya akan bergemerlapan. Terang atau tidak sesuatu bintang itu tidak akan menggelapkan cahaya bintang yang lain.

Seperti yang diperhatikan di kalangan sahabat baginda Rasulullah saw, mereka semuanya kreatif tetapi dimensinya berbeza.

Salman Al-Farisi misalnya mahir dalam perang parit dan Umar Al-Khattab mahir dalam tertib lalu lintas. Abu Bakar As-Shiddiq pula mahir dalam ekonomi Islam manakala Khalid Al-Walid mahir dalam perang moden.

- Memberi motivasi dan semangat

Sama seperti berpuasa dan solat berjemaah bersama, mengapa tidak melakukan ibadat berkenaan bersama anak-anak untuk mengembangkan lagi bakat mereka?

Ibu bapa boleh membantu anak melaksanakan sistem yang dapat mengembangkan bakat dalam dirinya. Misalnya, memberi ruang waktu mencukupi, tempat atau bilik selesa dan menyediakan bahan diperlukan untuk menampung bakat mereka.

Ibu bapa juga boleh membabitkan diri secara bergilir-gilir kerana ada masanya mungkin anak mahu bersendirian membuat kerja mereka dan ada masanya mereka memerlukan anda.

Suasana harmoni juga harus dipelihara supaya tidak menyekat kebolehan anak-anak.

Apabila segala keperluan sudah disediakan, ibu bapa harus bersikap rasional. Pastikan tidak menilai anak mengikut perspektif sendiri.

Jangan terlalu cerewet kerana ia boleh membantutkan perkembangan anak-anak. Contohnya, apabila anak boleh mengira daripada satu hingga 10, berikan pujian padanya dan ganjaran walaupun dia mungkin mengambil masa untuk mencapai kemajuan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2008 10:41 AM | Show all posts
selalu buat craft dgn my doter...pandai gaklah dia gunting paper guna gunting plastik tu...tempek2 buat apple, siap lekat kat dinding...

kat bilik anak2 , dinding memang jadi tempat mempamikan kreativiti...segala jenis art di tampal...2/3 bulan sekali, spring cleaning

btw....sesapa suka buat origami dgn anak2, i suka buat painting activity...esp paint the boxes

[ Last edited by  my-alja at 6-3-2008 10:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 10:50 AM | Show all posts
mac lihat anak2 mac let go of their creativity masa buat art and masa buat craft.

Masa tgk hasil kerjatangan they all, terasa betul yg mac ni tak kreatif....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 11:04 AM | Show all posts
i nie tgh dlm proses menggalakkan anak menulis, so i suggest dia buat creative writing...of course lah citer dia pasal ultraman...

jadi sebelum sesi menulis tu...ajar dia buat mind mapping(right brain app of learning)...jadi ideas tu nampak lagi besar dan teratur, cuma masa menulis tu memang ambik masalah...dgn nak mengeja bagai...seminggu baru siap satu citer
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 11:41 AM | Show all posts
alja, mac
i started art & craft ngan my boy wen he was 2y. ya allah! jenuh ok! o coz mummy does most o it la kan... & mummy being herself, asyik la x sabar ngan anak... asyik la bergaduh!

kelam kabut jgn cerita la... hihihi... but it really pays off bile the masterpiece is done...

syd
thx 4 tis article. starting fr tis moment onwards, i just hav 2 learn 2 let go... biar anak rs free unt b creative
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 01:24 PM | Show all posts

Reply #5 mummydhani's post

i know the feeling...

rasa cam tak sabar tgk dia nak gam kertas2 tu....tgn nie gatal btol nak buatkan ...rumah memang dah cam kindy place, bersepah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2008 02:17 PM | Show all posts

Reply #6 my-alja's post

haha
mmg! ade ke nk glue ekor tider kt kepala tiger?
camno tuh?
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 05:23 PM | Show all posts
si anak menconteng dinding atau mencalar buku kakak dan abang semata-mata menunjukkan minat melukis.

adoiii.....dinding rumahku dah cam canvas utk masterpiece dia...
me masih lg dok ngomel bila time2 wa down kepenatan...
nih kena blaja to let-go...ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2008 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by mummydhani at 9-3-2008 11:41 AM
alja, mac
i started art & craft ngan my boy wen he was 2y. ya allah! jenuh ok! o coz mummy does most o it la kan... & mummy being herself, asyik la x sabar ngan anak... asyik la bergaduh!  ...



bila nak buat art and craft, memang kena banyak sabar...... hehe. which is lacking in me....

Kalaula my kids buat art and craft dalam keadaan rumah still kemas dah tak bersepah.... hehe... sure I'll let them do the activity more often.... haha pemalas punya mak.

Smalam my girl dah kluar her brushes and water colors..... and mac dah jeling.... nak buat apa pulak tu? i asked....
homework seni la mama..... baru mac senyap. hehe..... tapi malam tadi bising la sebab dia tak kemas balik barang2 art dia betul2..... hehe. (Semalam takde masa nak layan.... sebab mak nak tgk tv on pilihanraya..... )
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 08:16 AM | Show all posts
Salam semua! Nak bina kreativiti tak semestinya dgn art saje kan?
My kids memang suka melukis. Me tak de bakat. Kecik2 asyik lukis ultraman, dah besar skit mula lukis naruto. Me cukup x berkenan!

Selain melukis, utk mengasah kreativiti, hubby belikan blocks utk yg kecik2 dan LEGO utk yg dah besar. Mcm2 bentuklah depa reka. Tp dah nama pun boys, suka sgt mencipta kereta, motor. La ni, me tengah mencabar minda mereka spy menghasilkan kereta F1 yg siap ada strering yg boleh berfungsi menggerakkan2 tayar. So, yg berdua tu masih berpeluh dgn "assignment" nih. Dah 3 hari tak siap2 lg. Bentuk dah ada cuma tinggal part strering jek tak pass lg.

Selain dr ni, time duduk2 ngan anak2, kita org main sambung2 perkataan terakhir utk dijadikan ayat.
eg: Org pertama bina satu ayat. "HARI INI SAYA TIDAK PERGI KE SEKOLAH"
Then org ke 2 sambung dgn perkataan SEKOLAH
Best tau anak yg 5 dan 6 thn buat ayat! Mcm2 ayat lucu keluar! Tambahan pulak dpt anak2 yg dah sememangnya suka merepek2 dan merapu!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 08:30 AM | Show all posts
Originally posted by HOTlips at 12-3-2008 08:16 AM
Salam semua! Nak bina kreativiti tak semestinya dgn art saje kan?
...


btol tu hotlips....memacam boleh buat kalo kreatif

semalam anak nie tulis karangan, dia kena interview his fren..(i pretended to be one), dgn pegang microfon, dia tanyalah memacam...lepas tu buat report dlm buku tu, nak tergelak tgk dia excited sgt menulis....lepas tu dia malu sendiri, dia cakap ehh..pandailah dia buat report from interview

i pun nak cubalah mainan yg u tulis tu....setakat nie kami suka main word game, contohnya...hari tu abah dia bagi word...HOMOGENEOUS, anak nie boleh create 13 new words from it...tapi dia kalah tipis dgn parents sebab kami dapat equally 15 words
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 08:47 AM | Show all posts
art & crafts 101

- sile put away sume kelengkapan art & crafts ketika x digunakan - elakkn easy access especially bile anak anda berumur 2/3y seperti ank saya

hihihi

once i lupe nk simpan crayon, abis tv cabinet yg putih die coloured jd biru! luckily washable!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 09:46 AM | Show all posts
anak nie bawak balik keje sekolah....ayat mudah tapi sampai 27 ayat!...

i ayat kena tulis sampai 5 baris...bayangkan 27 x 5...dah berapa tu?....liat sungguh dia nak habiskan...tapi logiklah kan, buat ayat budus camtu...memang tak membantu lansung anak2 punya kreativiti....

cuba bagi gambar...tanpa cerita, mesti kepala ligat nak menulis....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.168077 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list