|
Reiki sama kuat pada kedua belah tangan
Aliran dan kesan Reiki sama pada kedua belah tangan. Tidak perlu dikhuatirkan tangan mana yang "memberi" atau "menerima". Apabila kita mengubati seseorang selama satu jam dengan satu tangan, ia akan memperolehi setengah bila kita menggunakan kedua belah tangan kita. Kualitinya tidak berubah. Kita juga boleh mengubati seseorang dengan satu tangan dan orang lain dengan tangan yang satu lagi.
Perlu mengetahui tentang aturan yang berkaitan dengan tangan. Misalnya: kedua tangan harus tetap terletak pada tubuh pesakit. Kedua : tangan tak boleh bersilangan; perletakan harus pada sisi tubuh tertentu. Dan seterusnya. Tidak ada yang salah dengan ilmu-ilmu seperti itu. Tetapi bila kita menggunakan Reiki secara sendiri, aturan-aturan tersebut menjadi tidak perlu. Bila kita menggabungkan Reiki dengan ilmu lain, mungkin kita perlu memperhatikan aturan-aturan dari ilmu tersebut. Hal ini tidak akan mempengaruhi keberkesanan Reiki, ianya akan tetap mengalir dan bekerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Reiki tidak akan kehabisan
Salah satu pengamatan yang menakjubkan dari Reiki adalah bahawa Reiki tidak semakin berkurangan dengan penggunaannya. Para pengamal mendapati bahawa mereka tetap dapat mengubati pesakit yang sakit sepanjang hari dan Reiki akan tetap mengalir sekuat ketika mereka memulai penyembuhan pada pagi harinya. Justeru itu si pengamal seolah-olah mendapatkan "nilai tambah" dari Reiki, bererti mereka akan mengakhiri harinya dengan merasa lebih kuat daripada saat mereka bangun pagi harinya.
Hal inilah yang membezakan Reiki dengan ilmu penyembuhan yang lain. Banyak ilmu yang memanfaatkan energi fizik (Chi) dari tubuh sebagai sumber energi untuk digunakan kepada pesakit. Ini mengakibatkan pengurasan energi fizik dari pengamal. Keberkesanan keseluruhan hasil dari penyembuhan akan bergantung pada kekuatan dari pengamal. Jumlah pesakit yang dapat diubati setiap hari adalah bergantung pada kemampuan pengamal untuk "mengisi ulang" energi fiziknya.
Ada kecenderungan untuk menggambungkan berbagai ilmu penyembuhan sejenis dalam suatu kelompok sistem "energi" Akupunktur, tai chi, terapi polaritas,shiatsu, penyembuhan magnetic dan penyembuhan "spiritual" lainnya mungkin boleh dikelompokkan dalam kategori ini kerana mereka mengikuti aturan baku, dari aliran energi fizik (chi, ki, prana dan sebagainya) dalam tubuh.
Reiki tidak boleh dimasukkan dalam kategori ini, Reiki bukanlah energi fizik yang "terpolarisasi" dalam erti yang umum kerana karakter yang khusus yang ditunjukkan secara perubatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aliran Reiki tidak terpengaruh dengan tingkat kesihatan pengamal.
Seseorang yang sakit biasanya memiliki energi fizik yang sangat lemah sehingga akan kurang efektif bila mengubati orang lain menggunakan energinya sendiri. Pengamatan dari perubatan menunjukkan bahawa seseorang yang sangat sakit dan lemah pun, masih boleh mengalirkan Reiki. Ternyata ia boleh memberikan penyembuhan sekuat seorang pengamal lain yang sihat walafiat. Dari pengamatan ini kita boleh simpulkan bahawa energi Reiki tidak datang dari energi fizik tubuh kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Reiki boleh diterapkan pada haiwan dan tanaman.
Haiwan cenderung untuk memberi reaksi yang lebih cepat terhadap Reiki daripada manusia. Haiwan memiliki sistem energi yang lebih dinamik dan kekuatan penyembuhan dirinya lebih tinggi. Haiwan juga cenderung memiliki tingkat stress yang lebih rendah, tidak memiliki hambatan emosional mahupun kecenderungan sabotaj diri. Semakin haiwan lebih lama dipelihara manusia, semakin lama proses penyembuhannya. Haiwan peliharaan cenderung "Mengambil" perasaan stress dan emosional dari pemiliknya. Seringkali mereka merupakan refleksi dari pemiliknya. Bila kita melihat seekor anjing yang tegang dan gelisah. Kita boleh memperkirakan bahawa untuk mengubati secara semua, kita mungkin lebih baik mengubati pemiliknya dengan Reikinya (atau ubat penenang!).
Tanaman juga bereaksi terhadap Reiki kerana mereka merupakan medan energi yang hidup dan mungkin tidak seimbang, sehingga akan bereaksi terhadap sifat penyeimbang dari Reiki. Kerana pengaruh dan akibat positif dari Reiki terhadap haiwan dan tanaman, kita boleh simpulkan bahawa pengaruh dari Reiki tidak bersifat psikosomatis. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Berdasarkan kajian saya dan juga muzakarah dengan Master Reiki dari Jepun, kesimpulan yang dibuat adalah ia memang mengandungi unsur2 spiritual yang bukan berdasarkan syariat Islam.
Kepada org Islam yang mengamalkannya, saya nasihatkan supaya tinggalkan dan bertaubat. Tenaga alam semesta yang anda sedut memang berasal dari sekeliling anda, dan ia juga menarik sekali jin2 di persekitaran. Cahaya dan kebolehan memulihkan di dalam reiki itu mengandungi unsur jin dan makhluk lain.
Jikalau anda memang suka membiarkan golongan jin ini masuk ke dalam diri, maka sedutlah seberapa bnyk tenaga dari alam ini yang anda suka.
SAya dah beri peringatan, terpulang kepada saudara/saudari untuk membuat keputusan.  |
|
|
|
|
|
|
|
tenaga reiki yg mengalir kat mentol(lampu) tu ke? pernh tengok sbelum ni yg ade owg pegang lampu, pastu menyala...tu ke reiki??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 66# evilcooler
SAya dah beri peringatan, terpulang kepada saudara/saudari untuk membuat keputusan.
wsalam, tang ayat nih yg aku tak tahan nih.... hehehehe... mcm tgh pilih nak pakai baju ape pulok.... yg pastinya, ini soal akidah.. mmg tak bawa mudarat jika mengamalkannya, tetapi bila dah diamalkan dgn bacaan2 tertentu yg bukan dari Al Quran, sudah tentu rosaklah akidah siapa yg mengamalkannya.... malah jika pula ianya melibatkan jin, ini mmg parah ler... nak tau ade jin ker tak...tgu jin tuh ngamuk ler...mcm saka lah pulok... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 68# tunggulbatu
Salam bro...
Dah ada pengalaman pun dalam menghadapi kes ni, tapi biasalah saya ni jenis lembut, teguran pun secara bertapis. Sudah diberi peringatan di dalam benang, dah lepas tanggungjawab saya sebagai saudara Islam.
Jika ada di depan mata, memang saya akan tarbiah dan buat sehabis daya untuk mengelakkan umat Islam terpesong akidahnya.
Yang mendalami ilmu ni pun satu hal, tak tahu asal usul main belajar je, janji nama "new age alternative therapy".
Bila dah disedutnya jin2 sesat kat sekeliling dia, baru padan muka..Time rasa hebat dan best boleh rawat orang, memang le best, time dah diri kena ganggu dan dirasuk minda dan jiwa, time tu le mula cari perawat Islam minta disembuhkan. Title master reiki la hape, kena kacau terus mencari perawat ingin disembuhkan. Nak sembuh diri sendiri selama ni pun pakai tenaga jin, camane nak sembuh.
Benda ni pun sama dengan yoga, kerana saya sendiri pun dah berjumpa dengan pengamal yoga sejati dari India, golongan ascetic atau mereka yang meninggalkan duniawi mencari Tuhan mereka. Setiap gerak geri yoga adalah penyembahan dan pemujaan kepada dewa dewi mereka. Itu belum lagi di tambah dengan sebutan / zikir mereka dan teknik mengosongkan minda. Bila dah sampai tahap tu, jgn ceritala berapa bnyk makhluk dalam badan. Itu sebab la ada diantara mereka tidak perlu mkn minum bagi tempoh masa lama, kerana jin2 kafir dan syaitan yang memberi nutrisi dan menyokong fizikal mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 69# evilcooler
Wsalam wahai sahabat,
sungguh lurus iktikadmu wahai sahabat.. tegakkan syiar islam dan banteras kebathilan dikalangan umat... jika mereka tetap engkar, jalan yg paling selamat ialah engkau muhasabah diri dan beriman kpd Allah dan Rasul... |
|
|
|
|
|
|
|
macam yoga...reiki ni bagus juga diamalkan untuk kesihatan badan dan teknik pernafasan yang betul tapi jgn la diselitkan ngan unsur2 spiritual agama lain, reiki ni pun banyak cabangnya...amik yang baik buat kesihatan paru2 dan tubuh badan cukup..kalau ikutkan sufism pun mengamalkan teknik pernafasan seakan teknik reiki. instead of pakai bait-bait mantra seperti "oooooooooom" pakai la kelebihan ayat2 zikirullah....wallahualam! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 71# juragan_malam
Salam wak,
Lama tak nampak. Waras? 
Bagi pengamal sebenar yoga sejati, teknik2 dan postur badan yang dibuat adalah merupakan sebuah persembahan dan kaedah mereka mencapai tahap zen atau ketenangan sejati. Ini satu cara mereka mendekati Tuhan mereka dan berharap dewa dewi akan turun ke dalam diri mereka. Tanpa adanya mantera dan bunyi yg diamalkan dalam bacaan ketika yoga, ia ibarat sembahyang kita tanpa adanya rukun sembahyang. Setakat perbuatan tanpa isi.
Dan kita tidak seharusnya cuba merupai org2 Hindu dalam cara mereka menyembah Tuhan2 mereka, kerana Rasulullah s.a.w sudah bersabda dalam maksud Hadith : "Sesiapa yang merupai perbuatan sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam golongan tersebut,"
Jazakallah. |
|
|
|
|
|
|
|
mengarut...dulu aku pernah pergi kursus pasal reiki ni..sorang Dr yang buat...aku tak tau la dia Dr apa....mula2 penjelasan dia ok...lepas tu aku tengok video klip dia yang kawan aku bawak... siap pergi pandai kidor kat jawa tu...buka silat kat sana..tembak2 lagi...hahaha.. terus aku batalkan niat aku nak belajar mendalah ni
Dengar cerita sekarang Dr tu bergiat aktif dengan bisness biodisc pulak dah... Buat duit kut dengan QI tu...rezeki dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua. Pada pendapat aku, belajar reiki nie bagus tapi alirkan dengan zikir. Aku tak belajar reiki tapi aku praktis Chi Kung dah dekat 8 tahun. Setaipa latihan chikung aku, aku alirkan bersama-sama zikir, Alhamdulillah. Barulah nampak keberkesanan dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 74# Luckman
Salam Luckman,
Qi atau Chi dalam istilah perubatan kuno Cina dianggap sebagai life force setiap makhluk di dalam dunia ini. Ia merupakan penyatuan kepada dua unsur di dalam badan yang di kenali sebagai Yin (sejuk / negatif) dan Yang (panas /positif). Keharmonian dan keseimbangan kedua2 unsur ini di dalam tubuh setiap manusia yang di percayai menjadikan manusia itu sihat, bertenaga, positif dan cergas.
Dalam Islam pun ada, para pengamal tasawuf pun mengamalkan nafas zikir yang pelbagai peringkat. Peringkat nufus menjadikan si penzikir tersebut mampu memanaskan badan ketika sejuk di sekeliling dan menyejukkan badan di ketika panas. Ini diamalkan oleh perwira Islam dahulukala dan amalannya diturunkan sehingga kini. Mujahidin Islam ketika berperang di Afghanistan menjadikan zikir sebagai benteng perisai zahir, melantunkan peluru dari badan dan mengelakkan di mamah bahang api ketika berada di medan perang.
Ilmu yang diturunkan kepada semua manusia sejak Nabi Adam a.s jika dikumpulkan pun masih bagai debu jika dibandingkan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas. Subhanallah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|