View: 3011|Reply: 2
|
Kaedah melindungi anak + tips
[Copy link]
|
|
Beri kanak-kanak 慿uasa扥leh: RAFFARO AFFANDY SALIM
Anak-anak memerlukan ibu bapa sebagai tempat perlindungan daripada sebarang anasir dan ancaman negatif dari luar. Setiap ibu bapa mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak mereka.
Akan tetapi, amatlah mustahil dan sukar bagi ibu bapa untuk memerhati dan mengawasi pergerakan anak-anak mereka 24 jam.
Ada ibu bapa yang sibuk dengan tugasan kerja dan ada juga yang lebih senang membiarkan anak mereka bebas untuk pergi ke mana sahaja.
Namun, ada juga anak-anak yang merajuk dan berasa diri mereka dikongkong akibat perhatian berlebihan ibu bapa mereka. Kongkongan ini menyebabkan terjadi satu lagi fenomena yang membimbangkan iaitu lari dari rumah.
Disebabkan kemustahilan untuk mengawasi anak-anak pada setiap masa, para ibu bapa dan penjaga perlu merangka strategi berbentuk empowerment (beri kuasa) sebagai langkah mengawasi anak-anak.
Strategi ini menjadikan anak-anak sebagai penjaga diri mereka sendiri dan tahu membuat keputusan walaupun tanpa ibu bapa di sisi. Seperti kata pujangga, 揓ika anda memberikan seseorang makanan, anda hanya memberinya makan selama satu hari, tetapi sekiranya anda memberi seseorang pancing dan mengajarnya cara memancing ikan, anda telah memberinya makanan untuk selama-lamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Menjaga keselamatan diri
Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS ([email protected])
KEBELAKANGAN ini sering kedengaran berita anak atau remaja hilang yang dilaporkan melalui media massa. Sebilangan kes tersebut melibatkan remaja yang lari dari rumah, manakala sebilangan lagi berpunca daripada pihak luar yang menculik anak-anak demi pelbagai tujuan yang tidak baik.
Sudah tentu hal ini amat memilukan hati ibu bapa yang mengalami situasi tersebut.
Kes-kes jenayah berkaitan isu keselamatan diri kanak-kanak kecil serta remaja bukanlah perkara baru. Namun dengan peningkatan jumlah kes yang berlaku menuntut kita merenung kembali situasi ini serta mengambil langkah-langkah yang sepatutnya dalam memastikan keselamatan mereka terjamin.
Seolah-olah persekitaran kita pada zaman ini menjadi tidak selamat khususnya untuk anak-anak serta remaja. Justeru adalah perlu ibu bapa mengambil langkah yang sewajarnya untuk melindungi anak-anak mereka daripada perkara-perkara yang mungkin mengancam keselamatan diri. Di samping, mendidik anak-anak supaya bersikap proaktif dalam mengambil langkah-langkah keselamatan.
Kebebasan yang terkawal
Dalam hal ini, isu yang mungkin timbul ialah berkenaan kebebasan diri anak-anak khususnya yang sudah meningkat remaja. Dalam usia sedemikian, remaja mempunyai perasaan ingin tahu atau ingin mencuba yang amat kuat. Justeru mereka mungkin lebih berkeinginan untuk mengetahui dunia di luar rumah.
Konflik mungkin timbul apabila remaja mula menuntut lebih kebebasan daripada kawalan ibu bapa. Di pihak ibu bapa, kawalan mereka bertujuan melindungi remaja daripada pelbagai perkara negatif serta jenayah. Oleh itu, ibu bapa perlu menerangkan anak-anak mereka tentang hal ini supaya konflik yang timbul dapat dijernihkan kembali.
Namun tidak selamanya ibu bapa dapat meletakkan bentuk kawalan yang sama untuk anak-anak mereka yang semakin membesar.
Melepaskan kawalan terhadap anak-anak perlu dilakukan ibarat melepaskan tali bersama pemberat. Untuk pemberat sampai ke tanah tali perlu dilepaskan dengan lancar serta sedikit demi sedikit agar apabila sampai ke tanah pemberat tidak rosak dan tanah tidak berbekas. Seandainya tali dilepaskan terus maka pemberat bakal menjunam ke tanah, lalu pemberat rosak dan tanah pun berbekas.
Begitu juga dalam memberi kebebasan kepada anak-anak. Kebebasan perlu diberi secara terkawal dan terbimbing agar anak-anak akhirnya apabila dewasa memiliki kebijaksanaan serta kekuatan melindungi diri daripada perkara negatif.
Indah dipandang, padah mengundang.
Sememangnya dunia di luar rumah mungkin kelihatan begitu indah bagi seseorang remaja itu. Justeru keadaan inilah yang paling didambakan remaja.
Namun remaja harus sedar bahawa keseronokan untuk lepas bebas itu hanya sementara. Sebaliknya, apa yang menanti adalah ancaman terhadap keselamatan, kehormatan serta kesihatan sendiri.
Berapa banyak kes yang kita dengar tentang remaja perempuan lari dari rumah mengikuti teman lelaki akhirnya menjadi hamba kepada nafsu lelaki tersebut. Malah ada yang disuruh bekerja dengan menggadaikan kehormatan sendiri kepada orang lain.
Akhirnya remaja sendiri merana kerana kebebasannya dirampas malah mungkin penyakit Aids yang dibalas. Juga berapa ramai yang gagal kembali kepada keluarga lantaran terperangkap dengan sindiket pelacuran sepanjang hidupnya.
Ibu bapa remaja sebenarnya berusaha melindungi anda daripada perkara yang tidak baik di luar rumah. Remaja perlu menyedari bahawa dunia di luar rumah, ada sahaja pihak yang mungkin mengambil kesempatan melakukan perkara yang tidak baik terhadap remaja andainya mereka alpa. Seandainya remaja ada dimarahi ibu bapa, amarah mereka bertujuan mendidik remaja agar menjadi lebih baik.
Peranan ibu bapa
Terdapat pelbagai langkah yang dapat diambil oleh para ibu bapa dalam melindungi anak-anak mereka.
* Sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak terutamanya yang masih kecil. Anak-anak yang masih kecil masih belum mampu melindungi diri mereka, justeru peranan ibu bapa adalah penting dalam hal ini. Bagi anak yang sudah remaja, ibu bapa perlu mengambil berat ke mana mereka keluar, untuk tujuan apa serta bersama siapa mereka keluar.
* Kenali siapa rakan anak-anak. Hal ini penting dalam mengenal pasti watak serta keterampilan mereka kerana pengaruh mereka mampu mencorak watak serta keterampilan anak-anak pula. Di samping itu, ibu bapa juga boleh membina hubungan yang baik dengan rakan anak-anak dengan mengajak menyertai aktiviti kekeluargaan sendiri agar secara tidak langsung mereka dapat dididik.
* Mengajar anak-anak terutamanya yang masih kecil supaya tidak mudah menerima sebarang pelawaan orang lain yang tidak dikenali. Mereka juga boleh diajar untuk menjerit meminta pertolongan sekiranya berasa terancam.
* Mendidik anak-anak supaya berada di rumah pada waktu malam. Jika ditelusuri, kebanyakan kes jenayah berlaku pada waktu malam, seperti pergaduhan atau lumba haram.
Peranan remaja
Dalam menjaga keselamatan diri, remaja perlu bersikap proaktif dalam mengambil langkah-langkah berkaitan. Berikut adalah sebahagian saranan untuk remaja;
* Sentiasa meminta keizinan ibu bapa untuk keluar rumah serta memaklumkan di mana mereka berada ketika di luar rumah.
* Berkongsi cerita dengan ibu bapa perihal rakan-rakan remaja yang berkaitan supaya ibu bapa dapat mengenali watak rakan-rakan remaja. Ini memungkinkan ibu bapa dapat memberi nasihat berguna untuk remaja dalam berkawan.
* Berusaha mempelajari seni mempertahankan diri.
* Sentiasa berjalan dalam berkumpulan serta menggunakan laluan yang tidak sunyi atau gelap terutamanya bagi remaja perempuan. Mereka juga perlu memastikan pergaulan dengan rakan lelaki adalah terkawal agar kehormatan sentiasa terpelihara.
Kesimpulan
Isu keselamatan diri anak-anak termasuk golongan remaja memerlukan usaha pelbagai pihak dalam mewujudkan suasana persekitaran yang selamat. Ancaman keselamatan di luar rumah boleh berlaku di mana-mana atau pada bila-masa.
Ancaman tersebut bukan sahaja boleh berlaku dalam bentuk jenayah tetapi kemalangan. Apa yang penting, masing-masing perlu berhati-hati pada setiap masa agar risiko perkara negatif dapat dikurangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Instil safety awareness
Childwise by RUTH LIEW
Is your child equipped with skills that will protect her from predators?
CHILDREN in primary school have a distorted image of what a bad person might look like. This was what I discovered when I conducted a personal safety workshop for primary schoolchildren in my daughter抯 school. When I asked the students what a bad person would look like, they confidently described someone with a moustache and ugly facial expressions. They did not think that women and kind-looking elderly men fit the image of a bad person.
Following the recent sexual abuse and brutal murder of an eight-year-old girl, every parent must be thinking how they can best protect their children from acts of violence. Children need to know the possible dangers that lurk around them.
The best people to teach children about personal safety are their parents. Discuss with your primary-age and older children, the acts of violence as reported in the media. Children have questions and need to be reassured that bad things would not happen to them.
Children need to know about their neighbourhood. Tell them which homes they can visit when you are not around. You must set boundaries on where they can go in the neighbourhood. If your children are invited by friends and neighbours to go to areas beyond that, tell them that they should always check with you or a trusted adult first.
Parents must take precautionary measures when dropping their children off at tuition centres, shopping malls, Internet cafes or parks. Make sure your child is aware of the safety measures to take with regard to strangers, before allowing her to venture out on her own. Tell your child that if she feels uncomfortable when a stranger walks towards her, she should run away without hesitation. It is never wrong to say 揘o! |
|
|
|
|
|
|
| |
|