|
dulu time blajor kat U,ada fwen buat research sbb ank lari dr rumah,g clubbin'.most of them..makbpk punyalah kuat didikan agama..sekolahpun sek agama..tp bila dah tersalah pilih kwn2,jadik cam culture shock.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 sha_n's post
ma pun risau..
boboy..kut dia yg bwk ank org lari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 sha_n's post
a'ah ek..
org dulu2 kater,gugurl ni susah nk jaga,,
boy lak jadik mat rempit.. |
|
|
|
|
|
|
|
lari dari rumah? mmmm pada mac mereka mungkin :
1. Rasa tersisih dari keluarga.
2. Rasa nobody loves them.
3. Dah mix with wrong company.
4. Dah memang degil, parents dah buat apa pun tetap kepala batu... |
|
|
|
|
|
|
|
remaja yg larik rumah ni patut di galakkan....
bior dia tau mcm mane susah nak survive....
dia tak sedar yg parents taja dari hujung rambut hingga hujung kaki...
emosi diri sendiri pun tak terurus, ade hati nak buang mak n bapak...
kalau larik terus jadi jutawan takpe le...
ni esok2 balik... makan, tido mintak duit kat parents gak...
diorg ingat parents nak sgt ke jage diorg free2...
satu hari nanti parents akan suruh diorg tanggung diri sendiri gak...
semua org rase diorg bleh jage diri sendiri, dah besar or ego.... cume kematangan je yg menentukannye... |
|
|
|
|
|
|
|
ni tak lari...tapi berpeleseran
Bosan di rumah punca remaja berpeleseran
SEREMBAN: Kebanyakan remaja yang dikesan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kerana berkhalwat, berpakaian menjolok mata serta kurang sopan di khalayak ramai berpunca kerana ingin menjauhkan diri daripada ibu bapa yang kerap bertengkar.
Sumber JHEAINS berkata, pihaknya mengesan beberapa pasangan remaja Islam yang berkhalwat serta berpakaian menjolok mata dalam tempoh beberapa bulan lalu.
Katanya, pasangan remaja yang ditahan JHEAINS kerana didapati berpeleseran terutama di pusat beli-belah dan kawasan sunyi akan diberikan kaunseling serta nasihat supaya tidak mengulangi perbuatan itu.
"Selepas diberikan kaunseling kebanyakan remaja terbabit menyesal serta tidak mengulangi perbuatan itu," katanya.
Bagaimanapun, kebanyakan mereka menyatakan tindakan itu kesan daripada rumah yang tidak tenteram kerana ibu bapa kerap bertengkar.
Menurut sumber itu, ibu bapa seharusnya berusaha menjadikan kediaman sebagai tempat selesa untuk anak mereka.
"Keselesaan itu penting untuk memastikan anak mereka tidak mengambil tindakan berfoya-foya di luar rumah bersama rakan atau pasangan," katanya.
Menurutnya, berfoya-foya di luar rumah boleh menyebabkan remaja melakukan sesuatu yang boleh merosakkan masa hadapan seperti menghidu gam. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kes kes lari dari rumah ni.. kalau ppuan.. rasanya mostly pasal ikut boy fren..
kalau yg laki tu mungkin pasal nak merasa hidup sendiri..
komunikasi anak dan ibu bapa sgt penting..
tanpa kita sedari.. bila anak meningkat usia.. seolah olah terbina benteng antara parents dan anak.. anak dah tak mo cakap dgn parents.. kawan kawan menjadi lebih penting.. dan selalu merasakan yg diaorg ni dah besar dan pandai membuat keputusan.. mak bapak pulak selalu bagi pandangan negatif kat anak.. anak pun bosan..
aku pernah jumpa budak budak ppuan yg bermasalah like lari dari rumah n pregnant bawah umur.. tengok muka seme innecent.. mak bapa pun bukanlah jenis yg teruk.. budak tu sendiri yg buat masalah.. terlalu percayakan bf.. bila dah pregnant.. bf tinggal kan.. baru lah tau langit tu tinggi rendah..
lagi satu penekanan agama tu kurang.. ada yg tak pernah solat.. hati tu seolah olah dah penuh bintik hitam.. dan byk jugak antara mereka ni rupanya di tumpangi makhluk halus..
pasal parents pun tak tahu nak buat apa dgn anak yg degil dan tak mo dengar cakap.. hantar kesini.. bila dengar masalah sorng sorng.. terasa sungguh berat bebanan dan tanggungjawab....
berat mata memandang berat lagi bahu memikul..
sama sama lah kita saling ingat memperingati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak lari rumah salah ibu bapa |
|
|
|
|
|
|
|
Pengaruh kawan punca anak hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada alasan ibu bapa abai tanggungjawab
Rencana Pengarang
SEMAKIN membimbangkan. Begitulah rumusan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung fenomena remaja melarikan diri dari rumah.
Walaupun pengaruh kawan-kawan dilihat sebagai antara punca yang mendorong mereka berbuat demikian, namun elemen lain seperti sikap ibu bapa dan suasana mereka dibesarkan juga perlu diberi perhatian.
Apabila remaja boleh dipengaruhi oleh kawan-kawan untuk meninggalkan keluarganya bagi mencari sesuatu kehidupan tidak pasti di luar sana, sudah tentu ia didorong oleh sesuatu.
Bayangkan kanak-kanak baru berusia 12 tahun yang sepatutnya masih di bawah belaian dan asuhan ibu bapa sanggup meninggalkan rumah sehelai sepinggang mengikut kawan-kawan tanpa ada tempat untuk dituju.
Tentu ada silap di mana-mana terutama dalam institusi keluarga sendiri sehingga mendorong remaja yang belum cukup akal itu bertindak demikian.
Seperti kata Musa kanak-kanak dan remaja tidak tahu ke mana hendak lepaskan 憈ekanan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by macademia at 14-8-2007 05:31 PM
minta dijauhkanla benda ni dari mac.... anak jumpa kawan kejap pun mac dah risau, inikan pulak MIA.....
samalah kita mac... |
|
|
|
|
|
|
| |
|