CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22652|Reply: 19

Simpulan Bahasa dan Peribahasa

[Copy link]
Post time 2-8-2007 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Sesiapa yang ada senarai simpulan bahasa dan peribahasa sila pos di sini.
dalam kehidupan seharian pun masih digunakan lagi simpulan bahasa dan juga peribahasa.
contohnya seperti karam singh walia...dia punya himpunan banyak...tolong la sapa yang ada tu pos la di sini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2007 09:06 PM | Show all posts
tadak orang nak contribute ka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 09:12 PM | Show all posts
Hangat hangat tahu ayam - buat kerja separuh jalan...memula2 je bersungguh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 04:19 PM | Show all posts

Reply #3 mrs_livingstone's post

lagi lagi....nak himpun semua ni....
ada banyak lagi yang ku tidak tahu pasal peribahasa dan simpulan bahasa ni......
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 05:20 PM | Show all posts
napa thread yg berguna ni cam  tak mendapat sambutan ja ni?
i'm 101% positive yg byk org tahu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 05:22 PM | Show all posts

Reply #4 hyphrigian's post

ajak-ajak ayam...pelawaan yg tak bersungguh2..
cam ajak org mkn tp sbnrnya tak bermaksud nk ajak pun org tu mkn sekali...
tp kan pd pandangan saya la,lebih baik ajak2 ayam dr tak ajak langsung...nampak sket beradab, berbahasa...i dont think yg ajak2 ayam ni sbg hipokrit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2007 10:38 PM | Show all posts

Reply #6 mrs_livingstone's post

betoi.....
banyak peribahasa dgn simpulan bahasa yang kita taktau....
yang jarang diguna....kalau buleh nak buat koleksi....
memang dengki sangat dengan karam singh tu.....
dia punya koleksi memang banyak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 10:42 PM | Show all posts
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Terdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa seperti berikut:

a, Peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan (pepatah).

b. Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaan

c. Lidah pendeta



Namun ada juga yang membahagikan peribahasa seperti berikut:

    * Simpulan bahasa
    * Perumpamaan
    * Bidalan
    * Pepatah atau Perbilangan

Bukan Peribahasa:

    * Kiasan
    * Metafora



Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus.

Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan.

Contoh:
Simpulan Bahasa         Maksud
Panjang tangan         Suka mencuri
Periuk nasi         Punca pencarian
Buruk siku         sudah diberi, diambil balik
Ikat perut         Berjimat makan dan minum
Kaki bangku         Tidak tahu bermain misalnya bola.



Menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:

(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.

     Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.

(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya.

     Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.

(c) Daripada kepercayaan orang ramai

     Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.

(d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.

     Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.



Perumpamaan

Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.

Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-teragnan dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.

Contoh perumpaan yang disebut perbandingan

a. seperti katak di bawah tempurung

b. umpama kaca dengan permata

c. Bagai pungguk rindukan bulan

d. Ibarat air di daun keladi

e. laksana katak diharung ular.



Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan

a. Genggam bara api biar sampai jadi arang

b. Diberi betis hendak peha

c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.



Bidalan

Bidalan ialah peribasaha yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.

Bagaimanapun bdalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama.

Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap diguanakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.

Contoh bidalan:
Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Maksud lapis pertama jelas dan maksud lapis kedua merujuk orang yangs edikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Hujan emad di negeri orang,

hujan batu di negeri sendiri,

Baik juga negeri sendiri.
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Jikalau beranak, ikut kata bidan.



Pepatah atau Perbilangan

Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.

Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.

Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Contoh
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
Cubit paha iri, paha kanan sakit juga.
Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

info dari : http://www.tutor.com.my/stpm/peribahasa/peribahasa.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2008 11:55 PM | Show all posts
ada hati = mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka = rupa atau wajah seseorang
gelap mata = hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
bertikam lidah = bertengkar; berdebat
berhati batu = degil dan sukar menerima nasihat
kacang hantu = orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kera sumbang = orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
puteri lilin = tidak tahan terkena panas matahari
putih hati = ikhlas; jujur
tawar hati = tidak mempunyai minat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 03:32 PM | Show all posts
ai terkedu setiap kali karam sing walia wat kuar simpulan2 bahasanya.. kadang2 tu tak pernah dengor pung sebelum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 10:58 AM | Show all posts
Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan - Jika sudah terlanjur berbuat jahat, biarlah sehingga berhasil.

Ayam terlepas tangan berbau tahi- Orang yang melakukan perbuatan jahat, akhirnya mendapat malu.

Bertanam tebu di bibir, bertanam halia di hati - Kata-kata manis yang dikeluarkan untuk memujuk atau memuji tetapi ada maksud di sebaliknya.

Menjual petai hampa - Berbual atau bercakap kosong.

Seperti ayam berak kapur - Rupa seseorang yang pucat kerana menghidapi penyakit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 04:11 PM | Show all posts
baru nampak thread ni..
i have to say my bm terok sgt2...kekadang tak paham pun apa my frens ckp.
tapi lately ada kesedaran lah... so dah belajar sikit2 semula.

- masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak
- dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung
- dikejar tak dpt dikendong berciciran

itu sikit jer..nanti red tambah lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 10:44 PM | Show all posts
idup lagi thread ni....

bagai melepas batuk di tangga....

ramai yang keliru dengan peribahasa ni...

aku pun dah lupa maksudnya....

batuk tu bukanlah batuk sakit tapi bauk makna yang lain....

banyak lagi simpulan bahasa dengan peribahasa yang kau tatau....

Bahasa Melayu ni luas penggunaanya.....

nanti cek cari no...hari tu ada terjumpa buku himpunan peribahasa dan simpulan bahasa....

tapi takdan nak beli sebab nak beli benda lain dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:28 AM | Show all posts

Reply #13 hyphrigian's post

bagai melepas batuk ditangga tu mcm buat keje tak sepenuh hati kan?

itu yg aku belajar lah. aku pun takde buku peribahasa. jeles dgn karam singh walia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 04:49 PM | Show all posts
masuk kandang kambing mengembek..
masuk kandang harimau, mengucap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 11:56 PM | Show all posts

Balas #14 redsinner\ catat

ya maknanya betul....

tapi aku kurang pasti samada perkataan tu BATUK @ BATOK...

sebab 2 perkataan ni sebutan sama tapi makna lain....

aku rasa la kan. bagai melepas batok di tangga...

batok tu sejenis gayong kecil digunakan untuk mengambil air membasuh kaki sebelum masuk ke rumah...

kalau ada sapa yang tau sila bagi penjelasan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 05:06 PM | Show all posts
cakap kosong dan cakap angin  - simpulan bahasa yg sama atau tidak...


cakap kosong tu -  mcm small talks kan...

cakap angin tu - khabar angin ke..cakap yg hanya berdesas desus tanpa bukti...

Klua ada sesiapa yg ada penjelasan lanjut  harap2 sudi berkongsi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:47 AM | Show all posts
mengata org paku serpih, mengata org dia dia yg lebih.....

dok cakap hal org sini sana....rupanya2 dia pun 2x5....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:49 AM | Show all posts
mudah je simpulan bahasa ni....

anak angkat...
anak kandung...

semua org pun tau apa maksudnya....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 10:59 PM | Show all posts
ajak-ajak ayam??? ...bukan ajak ayam tu join...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.069870 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list