View: 2454|Reply: 19
|
Hari Bapa bersama Datuk Siti Nurhaliza!
[Copy link]
|
|
Siti, Ziana duet
GANDINGAN penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dengan Ziana Zain mungkin dilihat agak janggal kerana nada vokal mereka yang berbeza. Namun itulah yang mahu ditampilkan pada majlis Hari Bapa Bersama Datuk Siti Nurhaliza sempena ulang tahun ke-33 Lord抯 Tailor pada 6 Jun ini.
Selain dihiburkan dengan alunan merdu Siti, gandingannya dengan Ziana menjadi acara kemuncak bagi majlis yang akan berlangsung di Banquet Hall, Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur jam 3 petang itu.
Ia turut menyaksikan Siti dan Ziana tampil dengan sut khas yang direka Lord抯 Tailor. Jika selama ini Siti dan Ziana anggun dengan gaun labuh bersama kilauan hiasan aksesori, kali ini mereka tampil berbeza dengan Power Suit.
Pegawai Publisiti Lord抯 Tailor, Bill Bora, berkata gandingan Siti dan Ziana satu kelainan yang cuba ditampilkannya untuk majlis terbaru yang dikendalikannya kali ini.
揝aya yakin ia bakal menjadi gandingan yang mengejutkan ramai pihak. Selama ini Siti dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai vokal merdu dengan gaya menyanyi bersahaja manakala Ziana dengan lagu nada tinggi. Tapi bagaimana agaknya apabila kedua-duanya digandingkan?
揜amai yang sangsi dengan gandingan ini tetapi saya yakin ia sesuatu yang istimewa. Ziana menjadi penyanyi popular pada awal 90-an kemudian tempatnya digantikan Siti apabila mula mencuri tumpuan pada 1996.
揗ereka akan menyanyikan lagu popular Ziana tetapi belum pasti lagu apa. Apapun, mereka berdua sudah memberi persetujuan atas cadangan gabungan ini, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nyanyila lagu rancak sikit...sangkar cinta ka... |
|
|
|
|
|
|
|
best2 nih.. tak sabarnya aku! |
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 ada pergi ? best ker ? |
|
|
|
|
|
|
|
semalam kan? mesti ramai yg pegi tapi forumner cari xde yg pegi kot.kalo ada sure ada berita kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Siti idam jadi ibu
07-06-2007 11:52:34 AM
Wahida Asrani
Tanggal21 Ogos nanti, genap setahun usia rumahtangga yang dibina oleh DivaMalaysia ini dan suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau lebihdikenali dengan panggilan Datuk K.
Ternyata, sejak baru bergelarsuami isteri lagi sehinggalah sekarang, kehidupan pasangan ini memangsentiasa menjadi tumpuan ramai. Kini, hampir setahun hidup bersama,Datuk Siti Nurhaliza akui kehidupannya kini lebih terisi.
"Baru setahun usia rumahtangga kami dan masih banyak cabaran yang perlu dilalui. | Siti dan Datuk K ketika hadir pada majlis sambutan ulangtahun ke-33 Lord's Tailor semala (Foto The Star oleh Samuel Ong) | "Perlahan-lahankami masih cuba lagi untuk fahami perasaan masing-masing dan sudahtentu apa yang Siti harapkan agar perkahwinan ini biarlah kekal sampaike akhir hayat," ujar Siti ketika ditemui pada majlis sambutanulangtahun ke-33 penubuhan Lord's Tailor di Hotel Ritz Carlton, KualaLumpur, semalam.Lord's Tailor, yang diasaskan oleh Robert Loh amatterkenal dengan rekaan fesyen sut dan tuksedo di mana salah seorangpelanggannya adalah Datuk K yang telah lebih lapan tahun menggunakankhidmat Robert.
Mengulas dengan lebih lanjut tentang setahunperkahwinan mereka, Siti berkata, dia amat bersyukur kerana sehinggahari ini, suaminya amat memahami perjalanan seninya yang agak sibuk.
"Siti pegang pada satu benda saja iaitu perlu menghormati antara satu sama lain. Itu yang Siti amalkan.
"Tentang anniversary kami, Siti dan suami masih belum fikir apa-apa lagi mengenainya," katanya sambil tersenyum.
Berbicara mengenai rumahtangga, pastinya soalan berkisarkan 'cahayamata' turut diajukan kepada penyanyi popular ini.
Masakantidak, usia perkahwinan sudah hampir setahun, pastinya kehadiran 'orangbaru' akan lebih menyerikan keharmonian rumahtangga pasangan ini.
"Siti dan lali dengan soalan macam ni. Terus-terang Siti katakan, Siti tidak pernah merancang bila untuk mempunyai anak.
"Adapasangan yang menunggu enam hingga tujuh tahun untuk dapat anak, tapiSiti harap kami tidak payahlah tunggu selama itu. Jika ada rezeki,adalah. Buat masa ini, cukuplah Siti jumpa pakar untuk dapatkan khidmatnasihat mereka," jelas Siti.
Siti dan Ziana bersama 16 selebriti lelaki yang diundang untuk memperagakan pelbagai konsep tuksedo rekaan Lord's Tailor (Foto The Star oleh Samuel Ong) Dalampada itu, pada majlis sambutan ulangtahun ke-33 Lord's Tailor, Sititurut diberi penghargaan untuk merasmikan 'Power Suit For PowerfulWomen', sut untuk golongan wanita yang pertama keluaran Lord's Tailor.
16selebriti lelaki juga turut diundang untuk memperagakan pelbagai konseptuksedo rekaan Lord's Tailor antaranya adalah Farid Kamil, FahrinAhmad, Arash Muhammad, Ashraf Sinclair, Awal Ashaari, Vince, RashidiIshak, Aman (pemenang tempat kedua Mr. Maskulin), Dafi, Shawal, Ebi danAlan Yun.
Siti turut menghiburkan tetamu yang hadir denganbeberapa buah lagu seperti Aku Cinta Padamu, I Will Always Love Youserta duet bersama Ziana Zain menerusi lagu Hanya Memuji dan sebuahlagi duet untuk lagu mandarin bersama pemenangInternational Chinese New Talent Singing Champion 2006, Andrew Tan.
[ Last edited by kattleya at 7-6-2007 06:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
cantik sangat siti...tapi dah berisi dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Prefer kalu CT pakai shirt mcm ZZ..nampak smart skit.. Anyway..bosanlaa..asek2 tanye pasal anak..boosannlaa..
[ Last edited by MsJaneDoe at 7-6-2007 09:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 MsJaneDoe's post
xsesuai lah baju dalam tu warna biru |
|
|
|
|
|
|
|
dia nyanyi untuk bapa dia si datuk K tu ker? |
|
|
|
|
|
|
|
datuk k ni dah tak bekerja ke? asyik mengekor ct saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JAY-Z at 8-6-2007 09:31 AM
xsesuai lah baju dalam tu warna biru
cantik la jay.. . seksi seh... :love: :love: |
|
|
|
|
|
|
|
rupenye siti pakai baju berlapis lagik kat dalam tuh.. cuma warnanya je yang skin colour... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa CT x tunjuk tetek terus alang2 |
|
|
|
|
|
|
|
erkk... bukannye seksi pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ZacharyDerwoods at 13-6-2007 12:18 PM
rupenye siti pakai baju berlapis lagik kat dalam tuh.. cuma warnanya je yang skin colour...
tanak tapi nak ler tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peacefrog at 14-6-2007 08:15 AM
tanak tapi nak ler tu....
iye ker...pandainyer peace :clap:
aiii peacefrog....:love: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lela_manje at 14-6-2007 09:26 AM
iye ker...pandainyer peace :clap:
aiii peacefrog....:love:
secocok....:love: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 peacefrog's post
amboix3................. |
|
|
|
|
|
|
| |
|