CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

Anugerah Planet Muzik 2007 - Siti menang paling banyak.. yeay!

[Copy link]
egp This user has been deleted
Post time 11-6-2007 04:52 PM | Show all posts
Wakakak pada marah ya ma comment gw?

Halo bu anon, pak/bu harisbee? gw pantun dulu ya!

'dari siam ke melaka, di melaka banyak pohon singkong, haloo anon.., abee....senyum dooonngg.... hihihi...'

Suer deh, ga ada sdikit pun niat dihati ini untuk menghina musisi malaysia, tapi jika kata2 gw membuat kalian tersinggung ok gw minta maaf..maafkan hamba paduka...

Mungkin gw salah thread harusnya di thread sebelah tp ok lah sebelum msg gw di pindah gw mau luruskan dulu masalahnya.

Gini lho bu anon, pak/bu abee..
seperti yang kalian udah maklum walaupun kita dari rumpun yang sama tapi sesungguh masih bnyk perbedaan dalam budaya dan bahasa kita, untuk itu gw bla bla bla... (hahaha) ngerti ga? wahahaha..pasti pada bingung? (sama, gw juga)
kyanya bu anon lagi sensitif neh, jadi i malaslah nak komen bebanyak.. wakakak... maaf oot di remove aja msg gw juga gpp koq!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2007 09:16 PM | Show all posts

Reply #361 egp's post

hello dear egp..
aku tak marah pun..
kalau aku marah, aku dah sembur ko dari awal

seperti yang apa aku tulis pada posting awal2.. kita memang byk perbezaan.. walaupun dari satu rumpun.
bahasa kita ada banyak persamaan tapi terlalu banyak juga perbezaannya. citarasa dan taste musik bangsa kita jugak agak mustahil untuk sama 100%.

jangan kecil hati dong.. posting kamu amat dialu2kan disini..
TAPI... pada pandangan dan pendapat peribadi aku, adalah satu perkara yang tidak adil untuk membanding2kan muzik malaysia & musik indonesia... kerana kita tidak serupa.

dan..satu lagi...
aku rasakan posting dan perdebatan kita ni memang dah salah thread.. aku prefer kita sambung di thread yang sesuai.. contoh thread yang kalian bukak hari tu.. ok?

[ Last edited by  MsAnonymous at 11-6-2007 09:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 06:33 PM | Show all posts
derput
Originally posted by jf_pratama at 11-6-2007 02:00 PM


Banyak pihak di Indonesia paham dan maklum atas situasi ini  .... hahahaha...

  

Nah ini gue setuju .. gak semua artis penyani Indonesia itu bagus... Banyak juga yang maksa jadi penyany ...


hallo bung JF.....

celakanya artis2 yang loe maksud macam acha dan irwansyah sering tampil live di TV tanpa lipsing...
verrry2 confident, walopun fals kemana2 tapi mreka malah cuek...malah cengengesan, senyum kanan, senyum kiri...
pokaknya PD abisss........
Reply

Use magic Report

egp This user has been deleted
Post time 13-6-2007 01:09 AM | Show all posts
Hallo semua temen2 indonesia dan malaysia
APM udah lewat meninggalkan kita.. yang ada tinggal jejak kata kita di thread ini hehe.. hmm jadi bingung nich mau bahas apa lagi? mending di close aja kali ya threadnya? baru buka nanti menjelang APM 2008 dan kita perang lagi disini? wahahaha..

katanya APM 2008 di adakan di jakarta ya? klo iya, mudah2an aja indonesia bisa bikin APM jadi malam yang 'spektakuler' yang akan dikenang spanjang masa.. (ngarep ;p)

ok lah sampai jumpa ya di APM JAKARTA 2008....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 01:41 PM | Show all posts
Wah,爐ernyata ada juga orang malay yang sadar dan support pendapat gue .

Mudah-mudahan kriteria penilaian APM 2008 akan lebih jelas dan dapat dipertanggung-jawabkan.... hingga siapapun yang menang akan lebih bangga jadinya ...

Apa maknanya menang APM
Oleh: NIEZAM ABDULLAH

ANUGERAH Planet Muzik (APM) 2007 yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura pada 8 Julai lalu menyaksikan “kejayaan” penyanyi Malaysia kerana menggondol lapan daripada 12 anugerah yang dipertandingan.

Ramai yang berkata tahun ini merupakan tahun tuah buat penyanyi-penyanyi Malaysia.

Kemenangan itu juga dikatakan suatu yang luar biasa apabila kategori Artis Wanita Paling Popular terus dimiliki oleh Datuk Siti Nurhaliza. Beliau mengekalkan kedudukan itu selama tujuh tahun berturut-turut.

Seperti yang sedia maklum, APM sama juga seperti anugerah-anugerah lain yang dilaksanakan di negara ini. Ia tidak ubah seperti Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular dan juga Akademi Fantasia yang menyandarkan harapan kepada orang ramai bagi menentukan siapa pemenangnya.

Cuma ia berbeza dengan AF kerana program realiti itu menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala konsep APM memerlukan orang ramai mengirimkan pencalonan yang disiarkan di akhbar, sama seperti Anugerah Era dan Bintang Popular.

Kemenangan yang dipilih berdasarkan undi penonton dan bukan juri profesional sebenarnya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Penganjuran APM oleh Mediacorp Radio Singapura itu sekadar ingin memeriahkan industri muzik selain menaikkan nama Singapura yang ketandusan bintang-bintang mereka.

Maka dilaksanakan satu program menggabungkan penyanyi tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura yang sekadar hendak mengangkat industri muzik Singapura agar lebih dikenali.

Malah anugerah yang dibawa pulang oleh setiap artis sekadar boleh dijadikan hiasan kerana ia tidak ada apa-apa prestij atau makna kepada kenangan itu.

Jika dibandingkan dengan Anugerah Era dan juga Bintang Popular, paling tidak ia ada nilainya kerana kemenangan mereka turut diiringi dengan hadiah wang tunai. Di peringkat antarabangsa pun ada anugerah yang tidak disertakan wang tunai tetapi bezanya anugerah itu sendiri ada nilai atau prestij.

Tetapi APM tidak ada prestij sebagai anugerah yang bertaraf antarabangsa. Kalau tidak ada hadiah wang tunai, apa nilainya? Anugerah Industri Muzik (AIM) lebih baik kerana diadili secara profesional oleh mereka yang arif dalam bidang muzik.

APM hanya anugerah biasa yang mana pemenangnya tidak lebih seperti membawa pulang ‘piala kenang-kenangan’ kerana terpilih memenangi acara itu. Itu sahaja.

Selepas tujuh tahun APM dianjurkan, mutunya agak merosot apatah lagi penganjuran yang terbaru ini.

Tidak dinafikan pengacara dan juga artis yang diundang tampil terpilih daripada mereka yang benar hebat tetapi malangnya ‘muka yang sama’ sahaja muncul membuat persembahan.

Sedangkan kita mempunyai artis ataupun penyanyi lain yang sepatutnya diberi peluang untuk muncul. Mediacorp Radio yang bertanggungjawab mengendalikan anugerah itu sepatutnya melakukan sesuatu untuk memastikan penganjuran APM yang diperkenalkan sejak tahun 2000 itu lebih berprestij.

Mereka sepatutnya tidak menyandarkan harapan kepada pembaca untuk menentukan pemenang kerana ia akan menyaksikan pemenang daripada muka yang sama.

Amat tidak relevan sekiranya anugerah itu benar-benar ingin mengangkat martabat muzik serumpun. Malah banyak perkara yang boleh dipertikaikan dari segi keputusan pemenang kerana ada yang mendakwa seolah-olah dirancang.

Ini kerana pada tahun lalu bintang dari Indonesia dilihat lebih banyak membawa pulang anugerah dan tidak mustahil pada tahun hadapan pula akan menjadi milik Singapura.

Tujuh tahun melaksanakan program sedemikian bukanlah satu tempoh yang baru sebaliknya pengendali APM perlulah merombak konsep yang sedia ada agar ia menjadi sebuah anugerah yang benar-benar boleh diiktiraf.

Pengiktirafan APM secara tidak langsung akan menjadi pendorong untuk sebahagian besar penyanyi dalam mempertingkatkan lagi mutu kerjaya masing-masing.

Jika tiada apa-apa tindakan, tidak mustahil pada masa akan datang ada pihak yang akan berkata, bukannya susah untuk memenangi APM asalkan mampu mengirim borang yang banyak. Di mana hala tuju APM pada tahun hadapan?

Anugerah yang dianggap ‘hancur lebur’ pada tahun ini perlu diperbaiki agar mutu anugerah itu tidak dilihat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.044025 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list