CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PuanRosnita

Tips Mendidik Anak Cepat Membaca ( Siri-9 )

[Copy link]
Post time 14-11-2007 05:21 PM | Show all posts
puan ros....
saye nak tanye...anak saye dah darjah 2 masih belum mahir membaca dalam bahasa inggeris...ape patut saye buat....tolong saya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


PuanRosnita This user has been deleted
 Author| Post time 29-11-2007 04:34 PM | Show all posts
Alamak banyak rakan-rakan tanya tapi saya tak jawab lagi. Maaf yea semua... agak lama tak jengah ke sini. Hujung-hujung tahun ni banyak aktiviti... jadi masa terhad sikit... . Tak mengapalah saya cuba jawab satu persatu yea...

melati-putih:
Langkah paling awal yang perlu kita lakukan sebelum nak latih anak membaca ialah... mulakan dengan membaca dan mendengar panduan yang disediakan sehingga habis. Ia akan memberikan kita latar belakang konsep dan apa yang boleh kita capai melalui set tersebut dan bagaimana ianya dapat diajarkan kepada anak-anak dengan berkesan.

Latihan membaca sebenarnya bukan bermula dengan menghadap buku. Tetapi adalah dengan memperkenalkan bunyi huruf dahulu. Bagi anak berusia 2 - 3 tahun... latihan inilah yang perlu kita lakukan. Tunjukkan huruf... sebutkan bunyinya (tak perlu beritahu nama huruf). Fokus pada 1 - 2 huruf dahulu dan lakukan berulang kali. Kanak-kanak pada usia ini tumpuannya sangat singkat... oleh itu latihan perlu diberikan dalam sessi yang pendek... tetapi dalam sela-sela waktu yang kerap. Bergantung pada anak... dia mungkin mengambil masa sehari, atau seminggu, atau sebulan untuk menangkap apa yang diajarkan. Dan biasanya progress si anak akan lebih pantas selepas itu bila mana dia mula memahami konsep yang diajar kepadanya.

Dalam melatih membaca kita tidak semestinya bergantung kepada buku dan flashcard semata-mata. Untuk lebih "fun" semasa di dapur dan menguli tepung pun boleh latih membaca. Cthnya, bentukkan doh tepung tu menjadi huruf dan sebutkan kepada anak bunyi huruf tersebut. Atau potong makanan menjadi bentuk-bentuk huruf yang sedang dipelajarinya.

Last sekali... bila didik anak ni kesabaran kena tinggi... semangat kena kuat... dan mesti istiqamah serta tidak putus asa. Macam satu kursus yang pernah saya sertai... penceramah tu bagi tau... bila kita nak ajar anak membaca ni... kita mesti pada tahap "nekad"... apa nak jadi-jadilah... aku mesti komited untuk ajar anak supaya pandai membaca.

Amacam boleh?

p/s: Dulu saya pun short temper juga masa ajar anak. Tapi bila kenang balik... rasa bersalah pula pada dia. Yealah... budak tu tak tau apa-apa tapi kita letak expectation terlalu tinggi. Fikir ajar sekali dah dapat... hahaha... mana boleh!!! So bersabar dan ajar dengan tenang dan rasa ceria... Melati pasti akan kagum kesannya kepada anak-anak.


mysuria:
Masa mengajar dan sebut huruf tu... pastikan anak bukan lihat pada buku... tapi tengok pada pergerakan mulut kita. Sebut betul-betul dan buka mulut besar-besar agar anak dapat lihat dengan jelas bagaimana bunyi itu disebut. Buat beberapa kali dan minta dia ajuk cara kita menyebut. Mysuria ada VCD yang datang bersama Bacalah Anakku tu kan? Kalau ada cuba tonton dan lihat bagaimana latihan sebutan dibuat.

Kaedah yang sama juga bila kita nak ajarkan cara sebut bunyi yang telah digabungkan. Tunjukkan flashcard atau perkataan pada buku tu... dan dekatkan dengan sebelah mulut anda. Cthnya ambil flashcard "ba"... dan letak sebelah bibir anda... dan sebut "baa". Pastikan anak dapat lihat mulut anda... dan pada masa yang sama flashcard terbabit. Minta anak anda ulangi sebutan yang telah dibuat tadi.

Hehehe... ini baru tahap buku 2... kalau nak cerita sampai buku 8... panjang pula nanti. Cuba ni dulu la yea. Lagi sekali cuba tonton VCD yang disertakan tu. Nak lebih advance boleh dapatkan "VCD Kursus Kaedah Mengajar Bacalah Anakku" yang memuatkan ~5 jam latihan untuk para guru dan ibu bapa.

Berkenaan ReadEasy pula... ia boleh berjalan serentak sebenarnya. Pendekatan mengajar hampir sama cuma anak nampak sedikit keliru pada awalnya sebab fonik English dan BM ada sedikit perbezaan. Cthnya "a" dalam BM bunyinya "aaa" tetapi dalam English dia bunyikan "eee" . Tapi jangan khuatir... cepat je si anak bezakan mana satu sebutan untuk BM dan bila pula nak sebut cara English.


talapia:
Cuba talapia dapatkan buku yang banyak gambar dahulu. Masa sessi membaca tu... pada awalnya tak perlu baca sangat tetapi lebih kepada sessi eksplorasi apa ada dalam gambar2 di buku tersebut. Tunjukkan kepada anak objek-objek di dalamnya dan sebutkan nama objek-objek tersebut.

Peringkat seterusnya bercerita apa yang berlaku dalam gambar tersebut... berdasarkan kreativiti anda sendirilah. Tak perlu baca lagi... just made-up stories. Ideanya di sini adalah untuk tanamkan minat anak-anak kepada buku.

Perlahan-lahan baru tunjukkan kepada anak... eh ada tulisan lah di sini.... apa agaknya dia tulis. Dan barulah anda mula membaca. Setiap tahap ni mungkin mengambil masa berhari-hari atau berminggu-minggu.... tapi jangan khuatir si anak rasa bosan sebab mereka sebenarnya suka sesuatu yang dilakukan berulang kali.

Setiap sessi mereka akan pelajari benda baru sebenarnya kerana berbanding semalam... saraf otaknya hari ini telah jauh berkembang dan mempunyai kapasiti untuk mempelajari benda baru pula. Apa yang dia tak faham semalam... hari ini dah boleh dapat proses maklumat tersebut.

Apa lagi boleh dipelajari pada usia ini? Banyak... sangat banyak. Selain membaca berikannya permainan yang dapat meningkatkan motor skillnya, dedahkannya kepada rakan-rakan sebaya untuk meningkatkan skil berkomunikasi dan bergaul, dan lain-lain.

Pada usia awal ni... apa sahaja pun merupakan ilmu kepadanya. Justeru itu kita sebagai ibu bapa perlu pastikan "input" yang masuk ke minda anak-anak adalah yang terbaik dan berfaedah.


zyryn:

Anak tak mahir membaca? Cuba cari buku yang kena dengan minatnya... dan bawa baca bersama-sama. Saya ulangi kita kena baca bersama-sama. Bukan setakat beri buku dan suruh dia baca... tak mau dia bacanya. Duduk disebelahnya dan bimbingnya membaca.

Satu contoh... anda baca satu ayat... kemudian minta dia pula baca satu ayat. Jangan terlalu "membantu" dia membaca sehingga seolah-olah si anak seperti mengulang apa yang anda sebut. Bimbing anak cara bagaimana nak sebut perkataan yang dia tak pandai menyebut.

Satu lagi... pelbagaikan sumber bacaan untuknya. Jangan hadkan kepada buku sahaja. Berikannya komik, akhbar, sumber di internet dan lain-lain lagi.

Dan tips paling utama nak pastikan anak minat membaca... seluruh keluarga mestilah jadi keluarga yang minat membaca. Jika belum... jom mulakan hari ini juga


Buat rakan-rakan yang nak mempelbagaikan cara mendidik anak cepat membaca... melalui aktivi dan permainan... agar anak tidak lekas bosan... di AdikBijak.com ada saya letakkan buku baru "Permainan Kreatif" yang di dalamnya ada 30 aktiviti yang dibentuk khusus untuk melatih kanak-kanak cepat membaca.


Semoga jawapan saya di atas dapat membantu rakan-rakan semua

PUAN ROSNITA
AdikBijak.com
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 05:16 PM | Show all posts

Reply #82 PuanRosnita's post

Pn Rosnita..betul....
melati tak ajar sangat dia Al-Furqan.s.ebab umo cam gitu dia cepat boring..
so bila dia rasa dia nak 'mengaji' terms dia la..dia akan dtang bawak buku.....
memang impress..... dia boleh capture dah huruf2 jawi tue...tapi bukan satu hari la.... makan hari jugak la...tapi me bangga sangat2...

skrg dah banyak huruf jaw jugak la dia tau...
cuba huru Ba tue jek dia cam fail sikit..... tapi tak kisah
dia dapat capture satu dua huruf tue pun me rasa syukur dan bangga sangat..
memang puji melambung2 la....eheh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:39 AM | Show all posts
puan rosnita..tq so much..
act mysuria dah mula ajar kakak bacalah anakku..sejak dr first day cuti sekolah..tp ajar mlm je la..sbb siang kita keja..Alhamdulillah sgt2, skrg ni dah buku ke-4..dah ok..cuma kdg2 tu la..dia tertukar cam n & m, & kdg2 x ingat bunyi apa..itu yg kena revise blk ni..tp betullah..kena byk sabo...hehe...mysuria ni ngajar budak2 besar..msk lecture hall je..bla2..then kuar je..bila nak ajar anak sendiri baca buku ni..mcm tensen skit..tp bila dia dah pandai sampai buku 4 ni..rasa seronok pulak..& for now, mysuria ada jugak buatkan simple karangan yg guna semua suku kata yg dah belajar tu..so far, alhamdulillah..dia dpt baca, wp x d dlm buku bacalah anakku..

cuma utk english, dia x nak buku read easy..so, ada lah belikan seri 1 peter & jane..2 hari je dah khatam... kena beli seri 2 pulak la ni..

x pe la kan..asalkan anak2 pandai..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 05:33 PM | Show all posts
wahh.. camtu eh.. terima kasih pn rosnita... semoga adik bijak terus success k. hmm.. nnti saya nk try usha2 buku2 pulak kt situ... thanx
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 14-11-2007 01:21 PM
bacakan aje ....

anak yg umur 6 thn nie blom tentu dia paham keseluruhan citer yg kita bacakan atau yg dia baca sendiri...


yeke? then lega sikitlah sbb  anak aku yang umur enam tahun tu memang boleh baca dalam bahasa inggeris. cakap pun dah boleh sikit2, cuma aku dok risau jugak sbb ada  part yang dia tak paham bila baca artikel dalam bahasa inggeris. aku dapat tahu sbb bila comes to the question pasal artikel yang dia baca tu, dia tak boleh nak jawap.

aku pernah gak terbaca dalam satu buku pasal membaca nih, actually penulis dia tak berapa setuju sangat kita ajar anak guna teknik phonics, dia prefer kita guna ayat penuh untuk ajar anak membaca.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2007 07:33 PM | Show all posts
Salam semua,

Rock nak share cara membaca  bahasa Inggeris based on cara sekolah di UK ajar murid-murid.. Anak Rock umur 5 thn lebih.. skgn ni boleh membaca dgn lancar..kecuali kalau perkataan susah le..

The first step was phonics.. sounding of letters.. A sounds eh.. B sound Bah... and so on..

The second step they introduced the most common words in English language - say the first 30 words - these are the words macam I, you, and, so, the, a, we, can, to, so, as, - this is a very important stage..sebab perkataan ni..dorang akan jumpa frequently masa reading in any books.. So every week.. children akan bawak balik 5 new words.. yg cikgu dorang dah potongkan kecik-kecik and letak dlm plastic .. suruh baca di rumah and hafal ejaan.. so say minggu 1 - words yg di kasi are "I, you, we, he, she" - at the end of the week, the teacher will test each student whether they know the words or not.. And they continue the next week or so.. At the same time.. children are given simple books that contain these words.. so they can read the book with their parents and recognise how it's being used in the book.

Macam Rock..Rock akan buat sendiri and tambah lagi perkataan utk Meisha.. kalau cikgu bagi 5 words, I would add 5 more words..just to stretch her a little bit.. So far it works..

Yg paling penting.. is to introduce books at a very early age.. I started reading full text Cinderella to Meisha when she was 2 years old.. and walaupun dia tak kenal huruf or words.. she can recite the whole story by heart after a couple of weeks.. Read with them.. every night.. and kasi reward.. We have a sticker reward system in the house.. If she finishes 7 books in a week, we will give her
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 09:53 AM | Show all posts
sebaik2nya anak2 ni kena hantar tadika umur 4 tahun...sebab umur 5 tahun dia dah start kenal 2 suku kata... anak aku 2 orang...yang first antar tadika umur 5 tahun maksudnya tadika dalam 2 tahun...yang 2nd antar tadika umur 4 tahun... tapi dua2 tadika yang berasingan... yang kedua mungkin rezeki lebih...dapatlah hantar tadika mahal... diorang gunakan buku I can read/write keluaran Ameen.. memang dia dah boleh baca ayat2 yang sukar pada umur 5 tahun in english/malay.. amazinglah... yang kakak dia... masa standard 1 awal2 tahun dua suku kata pun tak blh... tapi bila tengah tahun blh lancar pulak baca... camner tu...? maksudnya sekolah pun memainkan peranan lah kan...? mungkin ada teknik pengajaran cikgu juga....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2008 01:23 AM | Show all posts
Alhamdulillah, baby dhania baru masuk 9 bulan. Dhania dah start ajar dia yg simple simple, tapi memang betul lah memory budak nie memang kuat.
Dia dah dapat ingat Fan, Clock, Umbrella, hand, lamp, ball, TV.
Tapi tak boleh sebut lagi cuma tunjuk jer.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 09:16 AM | Show all posts

Reply #89 dhania_arif's post

Mmg memori budak2 kuat.. tak mcm kita.. jenuh ulang byk kali pon belum tentu boleh igt.. ape taknya.. mcm2 karat dah masukk
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 06:53 PM | Show all posts

Reply #90 mulberi's post

Betullah.... memory diorang memang kuat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 06:19 PM | Show all posts

Reply #89 dhania_arif's post

betul dania cakap. memory baby mmg kuat.anak seri dari 3 bulan lagi dah mula ajar word ulang2. umur 6 bulan dah start buku kecik tu (just nak pupuk minat membaca). inagtkan dia tak tau sebut lagi. baru2 ni dia pandai sebut cat,baby, bila nampak dalam buku dia, dalam tv, dan jumpa kucing atau bb kat mana2.
maknanya bb ni mmg dengar bila kita ajar dan memori diorg mmg kuat.
sekarg tgh try phonics guna buku al-furqan. rasanya awal sangat. tapi seri cuba jer lah. harap2 dia cepat pandai mengaji cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 09:30 AM | Show all posts

Reply #87 rockabebe's post

wah menariknya rock..jgn lupa upload video miesha baca buku ye..tu ari, i pon ade amik video phone my son membaca...konon2 nak anta kat nenek dia kat kg...

balik umah tadi..ade jugak my son sebut pasal common english words yg rock citer tu....katanya esok baru teacher dia nak kasik.. ..dalam stage ni..apa yg patut me expect dr my son selain tahu baca words tersebut...mestikah dia tahu camne nak eja words tu sume?

rock akan baca buku dan words tu sume hari2 ke sama2 dgn meisha..dlm usia meisha skrg dia dah pandai tulis cantik tak ABC? my son bulela nulis sket2 start umur dia nak masuk 5 years gitu..tapi, takdela kemas rata in line..mmg gituke gamaknya? sbb my son masuk skool gomen di sini..dan setau i utk umur my son-5 years..dorang skool main2 je kat sini..sbb takde intensive exercise menulis cam budak2 skool private kat mesia cthnya..

rock ade wat exercise menulis dgn miesha jugake? kalu ade...adakah rock buat exercise tu hari2? camne rock attract dia utk minat buat exercise tu sume?

[ Last edited by  aryssaharris at 20-3-2008 09:32 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.430965 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list