View: 2266|Reply: 10
|
Siti: Belum masa saya masuk politik
[Copy link]
|
|
Siti: Belum masa saya masuk politik
08-02-2007 10:58:43 PM
Oleh EDWARD RAJENDRA | KLANG: Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin memang berminat dalam politik tetapi tidak berhasrat menceburinya buat masa ini.
"Ya, politik memang menarik dan ada kebaikan dalam berpolitik.
"Kerajaan kita kini ditadbir dengan baik dan saya menyokong kepemimpinan sekarang sepenuh hati saya.
"Buat masa sekarang muzik lebih penting kerana ia membuatkan saya memahami perasaan dan diri saya lebih mendalam," katanya hari ini selepas hadir sebagai Duta Yayasan Jusco Malaysia untuk menyerahkan bantuan kepada Rumah Kanak-kanak Ini Disayangi (KIDS) di sini.
Siti bergambar bersama penghuni Rumah KIDS sewaktu majlis penyerahan van hari ini. (foto The Star oleh K. K. Sham)
Sebuah akhbar harian minggu lepas mengulas kemungkinan pembabitan Siti dan suaminya Datuk Khalid Muhamad Jiwa dalam gelanggang politik di negeri kelahirannya Pahang apabila aktif membantu mangsa banjir di negeri itu dan Johor.
Apabila ditanya lagi tentang cita-cita politiknya, Siti berkata: "apabila tiba masanya yang sesuai berpolitik, saya akan masuk."
Terdahulu dalam majlis tersebut, Siti menyerahkan sebuah van Toyota Hiace baru untuk rumah anak yatim tersebut yang dihuni 50 kanak-kanak.
Kenderaan itu dibeli hasil kutipan derma dalam satu majlis makan malam amal anjuran yayasan tersebut tahun lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
siti memang dah berisi sekarang. tak boleh cover lagi. but it doesn't matter asalkan dia bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
xpe..berisi pun comey...
jangan serabai udah laa...
erm..x best laa kalo dia masuk politik... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 cinta_ungu's post
btol tuh... aku setuju..
beirisi pon berisi lahh.. tak ksiah pon asalkan still leh nyanyi... dan tak serabai
.. dan tak perlulah aktif politik... |
|
|
|
|
|
|
|
x pe la kalu die masuk politik pon aku x kesah.... |
|
|
|
|
|
|
a_i_r_y_l This user has been deleted
|
Originally posted by sayang_mulut at 9-2-2007 10:24 AM
asal nampak gemuk
bahagia sangat kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
x suka CT join politik...nanti bertambah hipokrit |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh tak perlu lah terlibat dgn politik nie..
me, myself tak berapa gemo benda2 politik nie..
[ Last edited by eddysheddy at 18-2-2007 03:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tak yah berpolitik
era moden nih politik open for educted person baru kita boleh respect
otak kena cerdik, sedia dalam apa jua cabaran
tau buat pilihan (mana penting & tak penting)
bagi aku Siti teruskan jek jadi penyanyi tak pun aktif ngan business
dalam politic orang tu kena tricky Siti tu macam tak layak tuk sampai tahap tu
so......jadi usahawan jek kalo nak berhenti nyanyi
Donald Trump tak jadi ahli politik pun orang dok agung2 pe
lagi popular dari ahli parti |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah gila glamer...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|