View: 3674|Reply: 15
|
[PERBINCANGAN] ~~INDEKS KEMALANGAN JALANRAYA DI MELAKA~~
[Copy link]
|
|
mat rempit and yg bawak kereta/lori/van sama jer...
those yg ignorant.. tak ambil defensive measure... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 dee_dee's post
minah rempit mest byk gak kn :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
aku nmpk ni jekkk
perghhhhhhhhhh leleh .. |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi, faktor jalanraya yg tertalu cantik dan indah:pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 badai's post
bwk lori lagi la..men koner je..tak pikir org belakang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Ax's post
apehal ngan ax ni..silap thread ke :nyorok: |
|
|
|
|
|
|
mat_kelam This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Jururawat hamil anak kembar 8 bulan maut dalam nahas
Oleh: AZMAN IBRAHIM
MELAKA 15 Feb. - Seorang jururawat yang hamil lapan bulan terbunuh bersama kandungan kembarnya apabila motosikal dibonceng dirempuh sebuah kenderaan dipandu lelaki 73 tahun di lampu isyarat Jalan Dato Md. Zin, Cheng, dekat sini pagi ini.
Fazlina Mohamed, 27, yang dijangka melahirkan anak kembar sulungnya dalam masa tidak sampai dua minggu lagi, gagal diselamatkan walaupun suaminya cuba mendapatkan bantuan daripada para pemandu yang melalui tempat kejadian.
Hanya selepas 20 minit barulah ada pemandu yang bersimpati ingin membantu. Namun, sudah terlambat, mangsa meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Melaka.
Suami mangsa, Mohamad Azmi Sulaiman, 27, dan seorang penunggang lain, cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Onn Ahmad berkata, kemalangan kira-kira pukul 6.45 pagi itu berlaku ketika dua buah motosikal terbabit berhenti kerana lampu isyarat merah.
Bagaimanapun katanya, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari belakang terus merempuh dua motosikal berkenaan.
Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika Fazlina dan suaminya dalam perjalanan dari rumahnya di Jalan Rambai 17, Taman Rambai Jaya ke tempat kerja di Hospital Melaka di sini.
Menurutnya, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang serius pada tulang belakang dan bahagian perut.
``Kenderaan pacuan empat roda itu telah merempuh belakang motosikal dinaiki mangsa selain sebuah lagi motosikal yang berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah.
``Sebaik sahaja kemalangan berlaku, suami mangsa cuba meminta pertolongan daripada para pemandu lain yang melintasi kawasan berkenaan tetapi gagal.
``Hanya selepas 20 minit barulah ada pihak yang ingin membantu membawa mereka ke hospital.
``Saya berasa cukup kesal dengan sikap masyarakat yang pentingkan diri sendiri dan tidak mahu menghulurkan bantuan,'' katanya di sini hari ini.
Mohamad Azmi yang juga berasal dari Kota Bharu, Kelantan merupakan seorang anggota tentera dari Renjer 8 Kem Terendak di sini.
Suami mangsa telah membuat laporan pada pukul 11 pagi ini di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan, Lim Sing Chian, 73, membuat laporan polis kira-kira 11.40 pagi di balai yang sama.
Sing Chian bagaimanapun ditahan di IPD Melaka Tengah bagi membantu siasatan.
Sing Chian dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Cheng Baru menuju ke Lorong Pandan.
Pemandu itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh motosikal yang dinaiki mangsa.
Sementara itu, Mohamad Azmi ketika ditemui melahirkan rasa kecewa dengan sikap orang ramai yang tidak mahu memberikan pertolongan.
``Orang ramai tidak mempunyai belas kasihan terhadap isteri saya yang sarat mengandung dan terbaring di tepi jalan kerana terlibat dalam kemalangan,'' katanya.
Menurut Mohamad Azmi, isterinya yang dijangka melahirkan anak kembar 1 Mac nanti mungkin dapat diselamatkan sekiranya dikejarkan ke hospital serta-merta.
``Saya amat berterima kasih kepada seorang pakcik yang tidak dikenali kerana sudi menumpangkan arwah Fazlina dan saya untuk ke Hospital Melaka selepas 20 minit gagal mendapatkan pertolongan.
``Saya anggap ini semua sebagai takdir dan ia adalah dugaan Tuhan.
``Saya juga perlu banyak bersabar dan menenangkan hati sendiri kerana kejadian yang berlaku hari ini sebenarnya tidak dijangka sama sekali kerana arwah langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan,'' katanya.
Menurut Mohamad Azmi, jenazah arwah isterinya akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Kota Bharu petang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ganti ayah, ibu: Sabwari
Oleh Ahmad Naim Tahir
SEREMBAN: "Saya akan jaga adik-adik... apa yang penting ialah kehidupan dan masa depan mereka," kata Sabwari Abd Wahab, anak sulung pasangan suami isteri yang maut bersama seorang anak mereka dalam kemalangan ngeri di Nilai, kelmarin.
Sabwari, 26, yang bekerja di sebuah kilang di Batu Berendam, Melaka, berkata masa depan empat adiknya lebih penting selepas kehilangan bapa, Abd Wahab Sukor, 50, dan ibu, Shaharzat Baba, 44, dalam kejadian awal pagi berkenaan.
Empat adiknya, Suffian, 22, bekerja di sebuah pusat landskap di Nilai, dekat sini; Nurizati, 18, penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Masjid Tanah, Melaka; Shahril Qisti, 17, dan Muhd Raffi, 15, masing-masing bersekolah di Pulau Sebang, Tampin, Melaka.
Lima beradik berkenaan yang sedang bercuti berikutan tragedi itu kini menumpang kasih nenek, Umi Salamah Mohd Dom, 69, di Kampung Bemban, Jalan Pantai, di sini.
Adik bongsu mereka, Nur Athirah, 12, turut maut dalam kejadian tidak jauh dari susur Plaza Tol Nilai jam 12.40 pagi itu.
Sabrawi bagaimanapun bimbang emosi adik-adiknya terganggu apabila pulang ke rumah di Pulau Sebang kerana mereka amat rapat dengan ibu bapa serta Nur Athirah.
揝ekarang mereka agak stabil kerana ramai saudara mara di rumah nenek... cuma saya bimbang kalau balik ke Pulau Sebang nanti takut emosi terganggu," katanya.
Kemalangan berlaku selepas van Perodua Rusa yang dipandu Abd Wahab, pekerja Telekom Malaysia (TM) Tampin terbalik dan terbakar dirempuh sebuah pacuan empat roda dari belakang.
Shaharzat dan Nurathirah rentung selepas terperangkap dan tersepit di tempat duduk masing-masing, manakala Abd Wahab berjaya merangkak keluar dengan badan separuh terbakar, tetapi meninggal dunia sejurus kemudian.
Sementara itu, Suffian berkata, beliau amat terkejut sejurus dimaklumkan mengenai kejadian itu, malah sukar menerima kenyataan kehilangan tiga insan tersayang serentak.
Lima beradik berkenaan semalam dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar serta Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Salmah Mohd Taufek.
Norhayati berkata, kerajaan negeri akan mengkaji bantuan sesuai untuk lima beradik itu meneruskan kehidupan, selain berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka.
Salmah pula berkata, TM akan menyalurkan kira-kira RM200,000 kepada lima beradik malang itu merangkumi bantuan kewangan daripada tabung kebajikan, koperasi serta gaji bapa mereka sebagai kakitangan TM.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Hasanuddin Hassan, berkata ujian air kencing pemandu kenderaan pacuan empat roda didapati negatif dan polis menunggu keputusan ujian darah lelaki berusia 45 tahun itu.
p/s: Paling tak sanggup nie lah...cuba bayangkan kalau terjadi pada keluarga kita..... |
|
|
|
|
|
|
|
p/s: Ingat tak kemalangan nie?
Dua maut dirempuh treler terbabas
2006-09-22 23:10:29.0
MELAKA: Dua orang yang berada di sebuah gerai menjual buah terbunuh manakala empat orang yang berada di gerai berdekatan cedera setelah dirempuh sebuah treler yang terbabas dalam kejadian di kilometer 16, Jalan Melaka-Muar di Telok Mas di sini petang ini.
Ketua Turus Trafik Melaka Tengah ASP Ahmad Salam Hamdan berkata mangsa yang maut adalah peniaga buah yang dikenali sebagai Mohd Nazri Mohd Said, 31, dan seorang wanita, Arah Abdul Amid, 49, yang merupakan pelanggan di gerainya.
Beliau berkata ketika kejadian Arah yang merupakan isteri kepada seorang warden Sekolah Henry Gurney, yang terletak berhampiran tempat kejadian sedang membeli buah-buahan di gerai Mohd Nazri.
"Ketika kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang, lori dari arah Muar ke Melaka itu dikatakan cuba mengelak sebuah motosikal di hadapannya lalu terbabas ke kanan jalan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Empat orang yang cedera itu ialah Mohd Firdaus Abu Samah, 17, Mohd Saifuddin Hassan, 18, dan Lim Ming Guan, 38 serta Mohd Fauzan Hasanuddin, 17, yang cedera parah.
"Pemandu treler berusia 29 tahun itu kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan," katanya
Kawasan kemalangan itu menempatkan satu deretan khemah beberapa peniaga termasuk yang membuat persiapan untuk berniaga di bazar Ramadan.
Salah seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Bakar, 40-an, berkata beliau melihat treler itu yang menuju ke arahnya dan sempat mengelak sebelum berlaku peristiwa yang tidak diingini.
"Saya sedang mengemaskan gerai menjual makanan saya sempena Ramadan yang saya usahakan bersama rakan saya. Syukur tiada berlaku musibah ke atas saya walaupun rakan saya mengalami sedikit kecederaan," katanya. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Wednesday, 20 December 2006
Pecah kepala
Yusri Abdul Malek
MELAKA: Kepala seorang wanita berasal dari Sabah, pecah selepas digilis tayar lori tangki sebaik terjatuh dari motosikal ditunggangi teman lelakinya di Jalan Tanjung Minyak, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam itu, mangsa, Norsiah KK Sulaiman, 23, membonceng motosikal ditunggangi teman lelakinya, Adam Mat Sohor, berusia 20-an, dari arah Cheng ke Tanjung Minyak.
Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk memancing di sebuah kolam di kawasan berhampiran.
Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa yang sedang melalui kawasan lencongan kerana kerja menaik taraf jalan tiba-tiba terbabas lalu terperosok ke bawah lori tangki berkenaan yang dalam perjalanan dari arah bertentangan.
Jurucakap polis berkata, berikutan kejadian itu, kepala mangsa pecah dan mati di tempat kejadian manakala teman lelaki mangsa pula cedera parah di seluruh badan.
Menurutnya, teman lelaki mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
揝iasatan awam mendapati motosikal dibonceng mereka terbabas ketika melalui lencongan berkenaan menyebabkan kedua-dua mereka terperosok ke bawah lori tangki itu sebelum digilis, |
|
|
|
|
|
|
|
tu blom accident mmbr aku kt merlimau .. kuar metro thn baru 2.1 aritu..
cine 2 org blumbe kete , langgar mat motor ...
n yg sorg lg bdk telok mas kene himpit ngan kelisa kt mlk raya ... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|