CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: kartika2

mermaid betul ke wujud

[Copy link]
Post time 11-7-2007 01:34 PM | Show all posts
Ikan Duyung: Antara Mitos, misteri, dan ilusi

DALAM cerita dongeng, ikan duyung sering digambarkan sebagai seorang perempuan yang jelita dengan sebahagian anggota badannya menyerupai ikan. Ikan duyung itu hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan.

Cerita mengenai ikan duyung bukan sahaja wujud dalam masyarakat kita tetapi juga dalam hampir semua masyarakat. Dalam mitologi Greek tua, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babylon pula menyembah ikan duyung sebagai tuhan atau dewa laut yang dikenali sebagai Oannes atau Ea. Oannes digambarkan sebagai duyung jantan.

Dalam masyarakat Cina, ikan duyung dikatakan mempunyai paras rupa yang cantik dan dianggap sebagai isteri kepada naga laut. Manakala, masyarakat Jepun mengenali ikan duyung sebagai Ningyou dan mempunyai rupa yang hodoh.

Menurut ceritanya, pada tahun 1800-an, seorang nelayan telah terpancing seekor haiwan menyerupai ikan duyung di sebuah sungai di Osaka. Haiwan itu mempunyai ketinggian lebih kurang satu meter dan mengeluarkan bunyi seperti seorang bayi sedang menangis. Ikan duyung yang telah dikeringkan itu mempunyai ketinggian 169 cm dan mengikut catatan orang Jepun, ketinggian sebenar ikan duyung ini ialah tiga meter. Terdapat seekor lagi ikan duyung yang telah diawetkan dan berusia lebih 1400 tahun yang dibawa dari China ke Jepun lebih seratus tahun yang lalu. Ikan duyung itu mempunyai ukuran panjang 120 cm.

Dalam dongeng orang Jerman, ikan duyung dipercayai hidup di dasar Sungai Rhine. Masyarakat Polynesia pula percaya bahawa pencipta mereka yang bernama Vatea wujud dalam bentuk separuh manusia dan separuh lagi bahagian tubuhnya menyerupai ikan lumba-lumba.

Dalam mitologi Barat, ikan duyung dikenali dengan beberapa nama seperti Meerymaid, Merrow, dan Muirruhgach.

Di Scandinavia, ikan duyung betina dikenali sebagai Havmand dan ikan duyung jantan dipanggil Havfrue. Kepercayaan mengenai kewujudan ikan duyung juga berlaku dalam kalangan masyarakat India yang menganggapnya sebagai dewi air yang dikenali sebagai Asparas. Begitu juga dengan masyarakat Afrika yang mengaitkannya sebagai isteri kepada bomoh sungai. Mitos dan cerita mengenai ikan duyung juga wujud di alam Melayu yang menghubungkannya dengan sejenis mamalia laut yang dikenali sebagai Dugong. Catatan mengenai penemuan ikan duyung telah dibuat oleh beberapa orang pelayar.

Pada 15 Jun 1608, semasa dalam pelayaran menuju ke Hindia Timur, Henry Hudson telah mendakwa beliau dan beberapa rakannya telah melihat ikan duyung. Dakwaan sedemikian sebenarnya telah acap kali dilaporkan sama ada oleh para pelayar atau pun nelayan.

Namun, dakwaan itu tidak disertai dengan bukti yang konkrit dan fakta yang saintifik sehingga menyebabkan ramai yang kurang mempercayainya. Oleh itu, kewujudannya terus menjadi satu misteri dan teka-teki kepada manusia. Ada yang berpendapat bahawa ikan duyung hanya wujud dalam khayalan orang dahulu kala. Ikan duyung wujud tetapi bukan dalam bentuk dan rupa seperti yang digambarkan oleh cerita dongeng, mitologi, dan legenda.

Segelintir saintis percaya bahawa ikan duyung merupakan sejenis ikan mamalia yang mempunyai paru-paru. Jadi, dari semasa ke semasa ikan ini akan timbul ke permukaan air untuk mengambil udara. Setiap kali timbul, duyung akan kelihatan seperti seorang manusia. Mereka yang melihat ikan ini dari jauh atau suasana yang berkabus akan menyangka ikan itu seorang manusia yang menyerupai perempuan.

Dengan kata lain, dalam keadaan laut yang luas terbentang, ramai pelayar dan nelayan boleh 憈ertipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2007 01:35 PM | Show all posts
Misteri - ikan duyung
Oleh Nasron Sira Rahim

TERLALU banyak misteri dan mitos di dunia ini tetapi apabila membicarakan mengenai ikan duyung; keterangan daripada pengasas Muzium Nurul 慉la, Safuan Abu Bakar, menambahkan lagi teka-teki sama ada kewujudan makhluk itu benar atau sekadar dongeng.

Mitos menyatakan bahawa ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh bahagian atas seperti manusia manakala bahagian bawahnya berupa ekor ikan. Ia hidup di dasar laut tetapi apabila naik ke darat, ekornya bertukar menjadi kaki manusia dan makhluk itu akan menjadi bisu.

Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam cerita dongeng kebanyakan bangsa di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya.

Masyarakat Babilona pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai 慐a
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 01:41 PM | Show all posts
lan beno dari mermaid yg dgembar gemburkan dalam versi kartun ciss!!!

tapi ade gak cite org pernah nampka mermaid ni.. sumpahan dedolu kot...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 01:56 PM | Show all posts
aku pun dapat  pic nih.......

atas sebab2 tertentu, diorang xleh nak publish kat paper...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 02:09 PM | Show all posts
humang aihhh..gigi dia..kena pakai kayu sugi nih...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 03:38 AM | Show all posts
Aku pernah diceritakan oleh orang Sabah bahawa terdapat ikan duyong kat perairan sana. Selalunya mengikut cerita dia, akan muncul ikan lumba2 dahulu dan kemudiannya baru ikan duyong ni.
Penampakkan dia adalah terhad di sebabkan nelayan kat sana akan membongkar sauh pergi jauh dari serangan ikan lumba2 ni yang akan mengganggu ikan yang akan mereka tangkap.
Very playfull dolphine ...U know...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2007 02:46 PM | Show all posts
FAKE

apsal la orang cepat percaya dengan benda mengarut yang disebarkan melalui email nih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 02:47 PM | Show all posts

Reply #66 rdzaccess's post

tipu.

aku orang Sabah, tak tau pun cerita ni.

mungkin yang dia nampak tu dugong, bukan duyung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2007 08:20 PM | Show all posts
aku pun orang sabah jugak...aku rasa diorang bukan nampak duyung atau dugong......rasenyer diorang nampak scuba diver tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 09:11 PM | Show all posts

Reply #69 GRINDSAKHTANIC's post

scuba driver ko panggil dugong..mashaallah.. abistuu kalau grind berenang panggil apa? kayu hanyut?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 02:05 PM | Show all posts

Reply #4 paler kembang's post

ya rabbi..ko ni. ikan mana ade j*b** ke yg obvious..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 03:33 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 29-8-2007 09:11 PM
scuba driver ko panggil dugong..mashaallah.. abistuu kalau grind berenang panggil apa? kayu hanyut?

tak......taik terapung...ekekekekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 02:07 PM | Show all posts
woi kroit......hang nak kena kaa??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 3.270885 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list