CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: dexa

--- DR FAZLEY YAACOB ----

[Copy link]
Post time 31-10-2006 01:24 AM | Show all posts
poyo la mamat ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2007 10:40 PM | Show all posts
Fazley ceburi bidang kecantikan pula
16-01-2007
Oleh WAHIDA ASRANI  

"Bagi saya, benda yang jarang orang buat, itulah yang akan saya lakukan," - ringkas jawapannya, tapi itulah yang diluahkan oleh Dr. Fazley Yaacob, atau Fazley ketika menceritakan tentang kerjaya terbarunya sebagai pengusaha produk kecantikan untuk golongan wanita dan lelaki.

Tegas penyanyi, pengacara dan penceramah motivasi ini, tidak salah bagi kaum lelaki untuk menceburi konsep perniagaan seperti ini, walaupun pengusaha kosmetik di negara ini rata-ratanya didominasi oleh kaum wanita.

Berpegang kepada prinsip tersebut jugalah akhirnya jenama D'Fazley Cosmetic diwujudkan oleh Fazley serta ahli keluarganya yang lain di mana produk-produk di bawah jenama ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Fazley International Cosmetic (FICOS), yang menyaksikan Fazley sendiri bertindak sebagai Pengarah Eksekutif syarikat tersebut.

"Sebenarnya, perancangan untuk buat perniagaan ini memang sudah lama saya fikirkan sejak kira-kira 7 bulan lalu. Ini adalah salah satu perancangan jangka panjang saya untuk mengembangkan lagi family business.

"Mengapa saya pilih untuk buat produk kosmetik? Saya rasa, sudah jadi hakikat semua orang ingin nampak menarik di mata umum. Walaupun jarang kita lihat pengusahanya lelaki, tetapi saya tidak kisah.


Fazley menunjukkan buku motivasi santai 'Bila April...Cerita Paji' serta
perniagaan terbarunya, D'Fazley Cosmetic
(Foto The Star oleh Norafifi Ehsan)


Insyaallah, produk ini akan dilancarkan dalam masa dua bulan lagi. Saya juga ada merancang untuk pasarkan produk ini nanti ke Timur Tengah," ujar Fazley ketika ditemui pada majlis minum petang bersama media, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dengan slogan "Suci...itulah kelebihanku!" yang dicipta oleh ibunya sendiri, Datin Umi Kalsom, produk-produk yang akan dikeluarkan di bawah jenama ini adalah produk kecantikan untuk wanita, produk 'ketampanan' lelaki dan supplement untuk kecerdasan minda.

Menariknya, produk-produk tersebut turut menekankan pada penggunaan bahan-bahan halal untuk mengelakkan keraguan orang ramai dan memudahkan pengguna yang beragama Islam.

"Sekarang ini, kita di dalam proses untuk memastikan semuanya teratur dan berjalan lancar. Produk-produk ini turut jalani proses R&D di Johor.

"Kita juga sudah ada pengedar sendiri yang akan memasarkan produk-produk tersebut. Untuk pek pengenalan produk tersebut, kita meletakkan harga yang berpatutan sekitar RM50 hingga RM100," kata Fazley, yang hadir ke majlis tersebut dengan ditemani isterinya Azrene Soraya.

Menurutnya lagi, FICOS juga akan mengeluarkan beberapa lagi produk lain pada masa akan datang antaranya, produk pemakanan halal.

"Bila April...Cerita Paji" laris di pasaran


Selain mengeluarkan produk kosmetik sendiri, Fazley juga kini sedang giat merangka aktiviti untuk mempromosikan buku motivasi santai 'Bila April...Cerita Paji' yang dihasilkan olehnya sendiri, terbitan Karangkraf.

Difahamkan, buku tersebut yang telah mula berada di pasaran sejak Hari Raya Aidilfitri yang lalu kini sedang mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Alhamdulillah, untuk cetakan pertama sebanyak 20,000 naskhah, saya mendapat tahu buku tersebut agak laris dijual. Saya juga akan buat road tour di sekolah-sekolah menengah dan institusi-institusi pengajian tinggi.

"Buku ini nampak santai, tetapi intipatinya amat terperinci. Selain tips untuk jadi pelajar cemerlang, saya juga ada selitkan sedikit motivasi cinta.

"Buku ini juga menceritakan serba-sedikit kisah saya sejak kecil hingga sekarang, macam mana nama 'Paji' timbul dan kisah saya yang gagap sewaktu kecil. Ini untuk naikkan semangat pelajar-pelajar untuk berusaha keras jika ingin cemerlang," ujar Fazley.

Kata penyanyi berusia 28 tahun ini, konsep 'santai' diperkenalkan pada buku itu untuk memberi kelainan berbanding buku-buku motivasi lain di pasaran yang rata-ratanya berkonsepkan 'serius'.

"Jika dilihat buku ini banyak saya masukkan gambar dan kertasnya juga berwarna-warni. Cover buku ini pun memaparkan gambar saya hanya mengenakan t-shirt sahaja. Bagi saya, buku bercorak santai ini lebih menarik minat orang untuk membaca.

"Nota-nota belajar yang saya buat sewaktu zaman persekolahan dulu juga saya masukkan dalam buku tersebut. Ini sebagai bukti untuk pelajar-pelajar tersebut lihat sendiri apa yang pernah saya buat dulu. At least, dapat buktikan saya bukan bercakap kosong," kata Fazley lagi sambil tersenyum.

Buku motivasi tersebut boleh didapati di pasaran dengan harga RM14.90

Album kompilasi: Fazley ajak peminat pilih lagu

Walaupun sibuk dengan aktiviti motivasi dan perniagaannya, itu tidak menghalang Fazley untuk terus bergiat aktif sebagai penyanyi apabila dia bakal muncul dengan album terbarunya berkonsepkan kompilasi pada pengujung Mac depan.

Album tersebut akan memuatkan beberapa buah lagu popularnya sejak bergelar penyanyi pada tahun 1996 sehingga kini. Tiga buah lagu baru juga dijangka akan dimuatkan di dalam album itu nanti.

"Tetapi, untuk lagu-lagu lama, saya beri penghormatan pada peminat untuk pilih sendiri lagu apa yang mereka ingin saya masukkan dalam album itu. Mereka boleh layari laman web saya di www.fazley.com untuk sebarang maklumat.

"Manakala untuk lagu baru pula, saya sudah terima beberapa buah daripada beberapa komposer tempatan. Mungkin juga saya akan muatkan lagu yang saya tulis sendiri. Semuanya masih dalam perancangan lagi," ujar Fazley lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 01:41 PM | Show all posts
Jaja buku di London
Oleh ABIE ABDULLAH

TANGGUNGJAWABNYA semakin bertambah sejak bergelar suami November lalu. Nyanyian, lakonan dan bisnes tetap diteruskan, malah makin bercambah cabangnya. Kesibukannya jelas, tetapi Dr Fazley Yaakob masih yakin dengan pengurusan masanya.


Cuma, katanya, kerja lakonan perlu dikurangkan kerana ia banyak menuntut masa. Masanya sekarang lebih kepada mempromosi produk kecantikan dan kesihatan D扚azley selepas membuat kajian lebih lapan bulan.

揝ebenarnya D扚azley bisnes keluarga juga, seperti sebelum ini saya membuka kolej, jadi apa salahnya saya luaskan perniagaan ke ruang lain. Ini cara untuk saya memasuki pasaran produk halal.

揕agipun, selain rangkaian kecantikan seperti pencuci muka, minyak wangi, alat solek dan produk penjagaan rambut, D扚azley memperkenalkan produk 慳ura minda
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 01:48 PM | Show all posts
tapi dia nyanyi tak sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 04:19 PM | Show all posts
boleh tahanlah nyanyian fazli... dia juga berpendidikan sampai PHD.. ko ingat senang ke nak dapat PHD? belajar sampai nak mati... aku pun kalau boleh nak dapatkan PHD.. sekarang baru nak abes ijazah. pasni aku sambung master.. pastu baru PHD. kepada adik2 kat luar sana ingatlah.. belajar bersungguh2.. berforum pun berforum gak tapi belajar jangan lupa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 08:51 AM | Show all posts
19/06: Of fake doctorates and diploma mills
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2007 09:16 AM | Show all posts
haah... ble pikir2 balik berape taun si fazli ni buat PHD? nak ikutkan minimum 4 tahun tahu.. tu pun kalau sepenuh masa.. kalau separuh masa bleh makan 8 tahun.. erm...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 09:18 AM | Show all posts
Aiyoo...memang pun dia nih.
Acedemician pandang slack jer mamat asmara ni punya title Dr tuh...media jer yg over the top.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2007 09:23 AM | Show all posts
tu lsah pasal,, :geram:
aku ni belajar kat u. dah graduate pun aku tahu banyak info kat u sebab aku pun akan amek PHD nanti. memang PHD full time 4 tahun ( engineering) kalau bidang lain pun mungkin cepat sikit jer.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 09:30 AM | Show all posts

Reply #28 kekekek's post

heheheh

reputz hiburan ngan reputz bahagian lain
mmg jauh bezanya dari segi.......

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 09:41 AM | Show all posts

Reply #30 Syd's post

Betul sangat tuh...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.077348 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list