CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4889|Reply: 11

LOVE IN A MIRACLE

[Copy link]
Post time 24-7-2006 05:53 PM | Show all posts |Read mode
DAH ADA THREAD NI KE BLUM EK? KALAU DH ADA..MOD PLS MOVE IT!TQ!


Telecast date/time: 18 July - 29 August 2006

Slot: Monday - Friday, 3pm

Total episode: 36 x 60 mins




Sinopsis :

Sum Yau Yin menjawat jawatan ketua kampung di kampungnya.  Beliau sebelum ini merupakan seorang yang berpengaruh dan terkenal dengan syarikat Sum Chuen Qing Zao (pengeluar Heart Springwater Clear Wine).  Namun kemashyuran itu semua hanya tinggal sejarah kerana sekarang mata air yang digunakan untuk membuat arak telah semakin kering. Keadaan kampung dilanda bencana ini semakin dirundung kemiskinan walhal mata pencarian penduduk kampung  hanya bergantung kepada hasil tanaman.  Sementara itu,  mereka juga berhutang sewa tanah kepada keluarga Suen disebabkan oleh hasil tanaman yang tidak menjadi beberapa tahun kebelakangan ini.

Selama setahun di rundung malang, musim berganti musim, akhirnya keadaan kembali stabil.  Hasil tanaman kembali melimpah ruah, penduduk kampung bercadang untuk mencarikan pasangan hidup kepada anak-anak muda yang telah lama membujang dan banyak berkorban , termasuklah dengan menunangkan Yuen Man Qing dengan Yau Yin yang  berada di  kampung sebelah, tetapi rancangan mereka tidak menjadi disebabkan tanaman mereka di serang oleh belalang dan musnah akibat kebakaran.

Akibat dari bencana yang menimpa Yau Yin sekali lagi tidak dapat membayar sewa tanah, maka berlakulah sedikit pertengkaran dengan keluarga Suen, dan mereka mencadangkan untuk selesaikan masalah itu apabila Yau Yin bersetuju berkahwin dengan Suen Sao Dong, satu-satunya waris keluarga yang tinggal. Tetapi perkahwinan mereka menghadapi masalah apabila Sao Dong didapati mandul.

Kerana ingin menyambung keturunan keluarga Suen, emak Sao Dong memberi tawaran untuk membekukan semua hutang kampung dengan memaksa Yau Yin keluar bersama Man Qing. Secara tidak sengaja mereka berdua telah jatuh cinta dan Man Qing melahirkan bayi kembar, di mana anak lelaki diberikan kepada Sao Dong. Kecemburuan Sao Dong menyebabkan emaknya ingin membunuh Man Qing dan anak perempuannya bagi mengelak daripada tuntutan harta di masa depan.

Adakah Man Qing terselamat daripada cubaan dibunuh dan adakah dia dapat bertemu semula dengan kekasihnya, Yau Yin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2006 02:03 PM | Show all posts

Reply #1 Tazmania_Lover's post

ni cite yg Amy Chan ngan Ma Jing Tao ade berlakon tu kan? ulang balik eh?

btw thread lama cite ni kalau tak silap sy dah kene delete masa proses pembersihan dulu ^^
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 04:05 PM | Show all posts
citer nih besh, tp endg kurengg r..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 12:02 AM | Show all posts
sayang tul thread dia ni dulu dah kena buang...
mcm2 ada kat thread tu dulu...
yg plg kita separuh gila cari adalah lagu opening gan ending dia...:kant:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2006 12:53 PM | Show all posts
oh yeker...8TV ulang tayang la nie..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 04:43 PM | Show all posts
looooorrrr cite ulangan ke??
xtau pun ....
eh chan sau man berlakon .....
da lama x tgk dia berlakon .....
Reply

Use magic Report

Follow Us
iz_evans1211 This user has been deleted
Post time 27-7-2006 11:07 AM | Show all posts
nk tnya..hero ngn heroin ni yg brlakon citer "good old days" ke?ke aku konfius..kan ke lama da cite tue..nmpk sma je hero heroin die..hehe..muda je..
Reply

Use magic Report

devotees This user has been deleted
Post time 27-7-2006 01:21 PM | Show all posts
dah tengok drama ni kat 8tv tahun lepas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2006 01:56 PM | Show all posts

Reply #7 iz_evans1211's post

ha'ah... hero heroin citer ni dari 'the good old days'

sayangnya thread yg lama tu dah kena proses pembersihan.... ada macam2 info dalam tu.... aku lah antara penyumbangnya... hehehhe

siap berdebat & penat sungguh cari lagu opening dan ending.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 02:48 PM | Show all posts
sayang aaa time keje....tayang kul 3pm ...mana ler dpt nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 05:23 PM | Show all posts
Dah 2 kali tayang kat tv pun aku tak tengok gak ... paling hampes bila tak dapat tengok ending dia ... huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 11:03 PM | Show all posts
Rewatching this series on Youtube. I forgot most of the storyline.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.306906 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list