CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1969|Reply: 2

Fobia masih boleh dirawat

[Copy link]
Post time 2-10-2021 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Fobia masih boleh dirawat



Fobia dan takut melampau terhadap sesuatu seperti lipas boleh mengganggu kehidupan seharian.- Foto hiasan

RASA ketakutan dan fobia dengan sesuatu objek atau situasi memang ada dalam diri sesetengah individu.

Bagaimanapun, fobia dengan perasaan takut yang melampau boleh mengganggu kehidupan seharian.

Pakar Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Mahkota, Twinkle Lok Sze Han, berkata individu akan menunjukkan diri sangat takut tidak sepadan dengan apa yang ditakuti sebenarnya.

Ada individu yang fobia akan cuba mengelak bertembung dengan objek atau situasi dengan cara yang tidak rasional.

"Sebagai contoh fobia dengan cicak hingga menyebabkan tidak sanggup keluar dari bilik atau rumah kerana takut terserempak dengan cicak.

"Malah dia turut mengehadkan aktiviti hingga mengganggu kehidupan sehariannya kerana tidak mahu terserempak dengan haiwan itu, walaupun sebenarnya ia tidak berbahaya" katanya.

Sze Han berkata, terdapat beberapa jenis fobia yang kerap menyelubungi seseorang atas sebab tertentu.

Katanya, ada individu fobia melihat atau menyentuh ular, labah-labah, lipas, cicak dan sebagainya.

Sebilangan individu pula, fobia terhadap persekitaran seperti air, tinggi dan ribut; fobia darah, jangkitan dan kecederaan iaitu takut pada darah, jarum suntikan atau prosedur perubatan.

Fobia pada situasi seperti takut menaiki kapal terbang, tempat sempit atau gelap.

"Bagaimanapun, fobia yang sering berlaku adalah fobia kepada darah," katanya.

Punca fobia

Sze Han berkata, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang fobia kepada objek atau situasi.

Secara umum ketakutan itu sesuatu yang normal sebagai contoh takut kepada ular apabila ternampak buat kali pertama dan tiada perkara negatif atau tidak diingini berlaku.


Ketakutan terhadap persekitaran seperti bangunan tinggi dan air turut mengganggu kehidupan seharian. - Foto hiasan

"Bagaimanapun, apabila terserempak dengan ular untuk kali kedua, perasaan akan menjadi kurang takut kerana individu itu belajar yang pertemuan dengan ular tidak semestinya akan memberikan kesan buruk atau negatif.

"Jadi apabila ternampak kali ketiga dan seterusnya perasaan takut akan lebih kurang sehingga perasaan itu tidak menjadi masalah kepada individu itu," katanya.

Fobia terhadap ular itu disebabkan di dalam fikiran haiwan itu berbahaya dan memang perlu ditakuti menyebabkan mereka cuba mengelak ternampak lagi dengan ular.

"Apabila mereka cuba mengelak untuk terserempak dengan ular lagi, mereka sebenarnya tiada peluang belajar yang haiwan itu sebenarnya tidak berbahaya seperti disangkakan.

"Ini salah satu cara seseorang itu boleh mendapat fobia apabila mereka mengelak untuk belajar dan ia sama sekali tiada kaitan dengan personaliti kerana boleh berlaku kepada sesiapa sahaja," katanya.

Dikaitkan dengan genetik

Fobia juga boleh berlaku apabila individu pada mulanya tidak takut kepada sesuatu, tetapi apabila ternampak orang lain takut, dia akan ikut takut.

Fobia juga boleh dikaitkan dengan genetik kerana apabila individu itu tahu ahli keluarganya takut kepada sesuatu, juga akan terikut-ikut menjadi takut.

Katanya, kerap terdedah kepada ahli keluarga yang takut itu menjadikan mereka cenderung untuk percaya bahawa objek atau situasi perkara itu menakutkan atau boleh memberi kesan negatif.

"Fobia selalu dikaitkan dengan banyak benda sebagai contoh cicak. Cicak tidak berbahaya tetapi ramai yang takut hingga mengelak terjumpa.

"Ada yang bukan bukan betul-betul takut,

tetapi sekadar geli dengan haiwan itu," katanya.

Kesan fobia

Kesan fobia boleh menyebabkan kehidupan hariannya seperti pekerjaan, pembelajaran atau aktiviti bersosial terjejas.

Katanya, ini kerana individu mahu mengelak berhadapan dengan situasi atau terjumpa dengan objek yang ditakuti.

Fobia hanya menyebabkan individu itu takut yang melampau dan ada kalanya membuatkan mereka menangis dan pengsan.

Katanya, pengsan mungkin juga berlaku kepada individu yang fobia dengan darah.

"Setakat ini, saya difahamkan belum ada lagi kes individu mati kerana rasa takut yang keterlaluan akibat fobia, namun yang maut kerana masalah kesihatan memang ada.

"Dalam kes, jika ada yang mati disebabkan rasa takut, biasanya ia berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung yang tercetus oleh perasaan fobia," katanya.

Rawatan individu fobia

Fobia masih boleh dirawat dan kaedah yang paling berkesan adalah dengan rawatan psikoterapi iaitu terapi pendedahan atau 'exposure therapy'.

Katanya, menerusi terapi itu, individu yang berdepan masalah fobia akan didedahkan dengan objek atau situasi yang ditakutinya dengan bimbingan pakar.

"Pakar mempunyai kaedah tertentu untuk mendedahkan kepada mereka dengan objek atau situasi tertentu.

"Pakar juga akan menjelaskan kepada mereka ia bukan sesuatu yang berbahaya atau menakutkan hingga boleh mengancam nyawa.

"Penjelasan seperti itu amat penting bertujuan menukar corak pemikiran mereka seterusnya mengurangkan perasaan takut yang ada," katanya.

Jumpa pakar

Isu fobia sewajarnya memerlukan bimbingan pakar bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.

Mengulas lanjut katanya, rawatan berterusan dan penerimaan baik daripada individu boleh membuatkan mereka pulih sepenuhnya daripada fobia.

"Bagaimanapun, tempoh untuk pulih bergantung kepada individu itu sendiri dan sejauh mana ketakutan yang dialaminya," katanya.

Beliau berkata, sebelum menjalani rawatan terapi, perlu membuat penilaian terlebih dahulu untuk melihat tahap ketakutan individu berkenaan dan sama ada mereka bersedia untuk didedahkan kepada ketakutannya itu.

Jika individu merasakan ketakutan yang dialaminya itu adalah fobia, dia boleh mendapatkan penilaian atau rundingan daripada doktor, pakar psikologi atau pakar psikiatri.

"Pakar akan membuat penilaian yang tepat dan menerangkan mengenai kaedah rawatan yang sesuai, iaitu terapi atau ada yang perlu mengambil ubat," katanya.


Ramai tidak sedar hidap fobia

Justeru, individu yang merasakan dirinya mempunyai perasaan takut yang melampau terhadap sesuatu objek atau situasi, selama enam bulan berturut-turut atau sehingga hidup terganggu, mereka dinasihatkan berjumpa pakar untuk membuat penilaian terlebih dahulu.

Akuinya, ramai individu tidak sedar mereka mengalami fobia kepada sesuatu kerana merasakan ia hanya perasaan takut yang biasa.

Ini kerana pada luaran tidak nampak perasaan takut namun, fobia hanya dapat dilihat jika mereka terserempak dengan objek atau situasi yang menyebabkan keadaan itu.

"Namun, orang sekeliling yang tahu, individu itu mengalami fobia, boleh membantu dengan memaklumkan kepada mereka untuk membuat penilaian dan rawatan.

"Dengan ini, individu yang mungkin tidak sedar yang mereka mempunyai fobia dapat menerima rawatan.

SUMBER:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 02:45 PM | Show all posts
Mind over matters
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
i fobia menatam bervulu dan yg jnis spesis tikus..paling
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.051152 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list