CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1541|Reply: 0

Keletihan punca Sarawak kurang menyengat

[Copy link]
Post time 30-9-2021 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Keletihan punca Sarawak kurang menyengat


Pemain Sarawak United FC, Changhoon Lee (kiri) berjaya mengeluarkan bola ketika menentang Sri Pahang FC dalam aksi Piala Malaysia 2021 Kumpulan A di Stadium UiTM. - FOTO STR/OWEE AH CHUN.

KUALA LUMPUR: Faktor keletihan disifatkan menjadi punca Sarawak United kurang menyengat pada aksi kedua menentang Sri Pahang FC, semalam selepas memperagakan corak permainan lebih 'garang' ketika menang 3-1 ke atas Penang FC, Ahad lalu.

Namun, corak permainan sebegitu tidak menghalang 'The Crocs' daripada menjadikan skuad Tok Gajah sebagai mangsa kedua mereka selepas jaringan tunggal Tommy Mawat Bada pada minit ke-60 cukup untuk naib juara Liga Perdana itu menang dua aksi berturut-turut.

Aksi pasukan yang kurang 'garang' itu turut disedari pengendalinya, E Elavarasan namun perkara itu sudah dijangkakan selepas dia menurunkan barisan kesebelasan yang sama bagi kedua-dua aksi Piala Malaysia itu.

"Kita bermain semula selepas tiga hari, jadi sudah tentu pemain akan keletihan. Sebab itulah kita nampak yang kita tidak berapa agresif dari awal permainan. Barisan pemain pun sama untuk kedua-dua perlawanan.

"Kita tidak jangkakan untuk aksi yang terlalu agresif. Sri Pahang perlukan tiga mata tetapi kita sudah ada tiga mata, jadi kita kena bersabar dan tengok keadaan perlawanan," katanya.

Dua kemenangan berturut-turut itu menyaksikan Sarawak mendahului Kumpulan A dengan rekod bersih dalam dua perlawanan, dua mata mengatasi KL City FC yang mengutip satu mata selepas seri 1-1 dengan Penang FC.

Mengulas lanjut mengenai perlawanan itu, Elavarasan jelas lega kerana sekali lagi berjaya mengutip mata penuh selepas berdepan pasukan Liga Super buat kali kedua.

"Kita tidak jangka akan dapat tiga mata kerana kita tahu Sri Pahang adalah pasukan yang baik. Persembahan kedua-dua pasukan seimbang tetapi mungkin kita ada lebih peluang untuk menjaringkan gol.

"Selepas kita mendapatkan gol, kita mula nampak Sri Pahang sudah keluar daripada kubu mereka dan mula memberi tekanan. Tetapi organisasi pertahanan kita sangat baik sehingga mereka tidak ada banyak ruang untuk mendapatkan gol," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.284422 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list