View: 1460|Reply: 1
|
Liverpool bergaya ratah Porto
[Copy link]
|
|
Porto: Liverpool memberi penghormatan terbaik kepada Roger Hunt dengan Mohamed Salah dan Roberto Firmino masing-masing menjaringkan dua gol ketika membelasah Porto 5-1 pada kempen Liga Juara-Juara, hari ini.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp mengenakan lilitan hitam di pergelangan tangan selepas bekas penyerang kelab itu, Hunt meninggal dunia pada usia 83 tahun.
Hunt adalah sebahagian daripada pemenang Piala Dunia 1966 bersama England dan pemegang rekod penjaring terbanyak Liverpool pada saingan liga dengan 244 gol.
"Roger Hunt amat penting dalam sejarah Liverpool FC," kata Klopp.
Liverpool memperingati Hunt dengan mempamerkan aksi dominan dan penyudah yang baik di Estadio do Dragao sambil dibantu tiga kesilapan daripada penjaga gol Porto, Diogo Costa.
Tiga hari selepas menjaringkan gol ke-100 di Liga Perdana ketika seri 3-3 dekat Brentford, Salah mengekalkan prestasi cemerlangnya musim ini dengan gol pembukaan pada separuh masa pertama.
Pemain sayap Senegal, Sadio Mane menambah gol kedua sekali gus gol keempat peribadi musim ini dan Salah kemudian meledak gol kedua pada separuh masa kedua.
Porto yang seri dengan Atletico Madrid pada aksi pembukaan peringkat kumpulan, merapatkan jurang menerusi Mehdi Taremi.
Firmino kemudian menghukum kesilapan dilakukan Costa untuk menambah gol keempat sebelum sensasi Brazil itu menjaringkan gol kelima minit ke-81.
"Paling penting adalah keputusan perlawanan ini. Porto bermula dengan baik dan kami agak bergelut tetapi pantas mencari jalan penyelesaian.
"Kami mungkin tidak menjaringkan gol yang cantik pada separuh masa pertama tetapi ia detik yang amat penting," kata Klopp. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
SALAH (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|