View: 1249|Reply: 1
|
Skuad kami bukan 'lubuk' gol - Irfan Bakti
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Walaupun tidak berjaya melakukan kejutan ke atas Terengganu FC (TFC), pengendali Kuching City FC (KCFC), Irfan Bakti Abu Salim tetap menghamburkan pujian terhadap prestasi anak buahnya sehingga menyukarkan skuad Penyu untuk menembusi benteng pasukannya.
Katanya, walaupun berstatus pasukan Liga Perdana berdepan dengan skuad yang berada pada ranking lebih baik, anak buahnya tidak gentar malah bukan 'lubuk' gol buat pasukan lawan lebih-lebih lagi pemainnya mampu menghabiskan perlawanan dengan semangat melawan yang tinggi.
Bagaimanapun jurulatih paling senior dalam Liga Malaysia (Liga M) berusia 70 tahun itu akui keletihan pemainnya yang terpaksa mengharungi dua perlawanan dalam tempoh tiga hari antara faktor anak buahnya gagal melakukan kejutan sebelum tunduk 2-0 hasil jaringan Lee Tuck dan Faisal Halim pada setiap babak.
"Kami kalah kepada pasukan yang lebih baik daripada kami, sejujurnya saya lega apabila pemain berjaya menghabiskan 90 minit perlawanan dengan semangat melawan yang tinggi dengan lawan hanya berjaya memecah kubu pasukan melalui sepakan penalti dan sepakan sudut.
"Tahniah buat pemain, walaupun mereka berada dalam keadaan keletihan kerana terpaksa mengharungi dua perlawanan dalam tempoh tiga hari di tambah perjalanan lagi, itu bukan alasan buat mereka.
"Ini jelas dapat dilihat apabila barisan pemain cuba mencipta lebih banyak peluang menarik, namun tidak berjaya memburu jaringan, tapi saya gembira apabila pemain berjaya mengawal ketat pergerakan pemain lawan," katanya ketika ditemui selepas berakhir perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam tadi.
Mengulas lanjut, bekas jurulatih Terengganu itu berkata, beliau tidak menyasarkan untuk melangkah lebih jauh dalam saingan paling berprestij di Malaysia edisi ke-100 itu kerana sedar kemampuan pasukannya.
"Kami layak beraksi di pentas Piala Malaysia ini pun sudah menjadi satu kebanggaan kepada kami, malah lebih bangga berada dalam satu kumpulan dengan TFC yang dibimbing Nafuzi Zain yang pernah bersama dengan saya sebelum ini dalam pasukan TFC.
"Jadi kini kami fokus untuk habiskan enam perlawanan peringkat kumpulan dengan keputusan terbaik sebagai persediaan musim depan.
"Lagipun kami tidak dapat menggunakan sepenuhnya khidmat pemain import ditambah kita tahu kualitinya tidak seberapa," katanya yang mengharapkan jentera serangan pasukan TFC perlu lebih padu jika berhasrat untuk melangkah lebih jauh lagi. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
IRFAN Bakti gembira dengan prestasi anak buahnya walaupun beraksi dalam keletihan. FOTO MALIK MUHAMAD |
|
|
|
|
|
|
| |
|