View: 1246|Reply: 1
|
Salah sehebat Lewandowski
[Copy link]
|
|
London: Jurgen Klopp berkata Mohamed Salah setaraf Robert Lewandowski selaku antara peledak gol terbaik yang pernah dibimbingnya dengan pemain antarabangsa Mesir itu menghampiri rekod 100 gol di Liga Perdana Inggeris untuk Liverpool.
Salah, 29, memerlukan satu gol lagi di mana-mana pertandingan untuk muncul antara 10 penjaring terbanyak dalam sejarah kelab.
Dengan 99 gol daripada 150 penampilan setakat ini, dia berpeluang muncul pemain ketiga terpantas meraih pencapaian itu pada saingan liga untuk Liverpool selepas Roger Hunt (148 perlawanan) dan Jack Parkinson (149 perlawanan).
Minggu ini, Lewandowski, pemain yang dibawa Klopp ke Borussia Dortmund pada 2010, meraih anugerah kasut emas selepas muncul penjaring terbanyak Eropah musim 2020-21.
Pengurus Liverpool itu percaya Salah mempunyai kemampuan untuk mengikut jejak langkah penyerang Bayern Munich itu.
"Mo Salah sememangnya berada pada prestasi terbaik, tidak perlu diragui kemampuannya," kata Klopp.
"Dia adalah mesin gol dan sangat profesional. Dia melakukan segala-galanya untuk memastikan sentiasa berada pada tahap terbaik dan di landasan yang tepat.
"Selain mempunyai kemahiran teknikal yang hebat, dia cukup bersemangat untuk menjaringkan gol dan ia sangat membantunya. Itulah juga sikap Lewi." - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
MOHAMED Salah. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|