CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1187|Reply: 1

Sri Pahang sasar tiga mata

[Copy link]
Post time 25-9-2021 09:20 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh percaya skuadnya mampu mencatat keputusan positif berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium KLFA, Cheras, malam esok.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, walaupun rekod dua perlawanan dalam saingan Liga Super berpihak kepada lawan, ia tidak menjadi halangan.

"Sebaliknya, saya kini berasa gembira dengan prestasi semasa yang dipersembahkan pemain terutama pada sesi latihan yang dilihat petanda positif.

"Fokus utama pasukan ialah untuk memastikan perlawanan pertama saingan piala berprestij ini menjadi milik Sri Pahang.

"Saya percaya penampilan berbeza akan dipamerkan pemain untuk meletakkan Sri Pahang pada kedudukan terbaik dalam Kumpulan A," katanya.

Ditanya kesebelasan utama yang diturunkan malam esok, Dollah berkata, ada perubahan yang akan dilakukan terutama di bahagian serangan.

Katanya, ini kerana penyerang import dari Myanmar, Aung Kaung Mann tidak dapat disenaraikan kerana masih belum pulih daripada kecederaan.

"Saya akan melakukan perubahan di bahagian serangan dan saya harap segala yang dirancang akan tercapai.

"Begitu juga di bahagian tengah dan pertahanan yang dilihat semakin bagus terutama komitmen tinggi yang dipersembahkan," katanya.

Difahamkan, jentera serangan Sri Pahang bakal menyaksikan Abdul Malik Mat Ariff atau Minuel Hidalgo akan bergandingan dengan Kenny Athiu. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2021 09:24 PM | Show all posts

DOLLAH percaya penampilan berbeza akan dipamerkan pemain untuk meletakkan Sri Pahang pada kedudukan terbaik. FOTO NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 1.359741 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list