View: 1168|Reply: 1
|
Guardiola akui perlu penyerang tulen
[Copy link]
|
|
Manchester: Pep Guardiola berkata beliau tidak perlu merungut selepas skuadnya dipenuhi dengan pemain bintang namun tetap mengakui bahawa Manchester City perlu mendapatkan seorang penyerang prolifik pada masa akan datang untuk mencari pengganti Sergio Aguero.
Usaha City untuk mendapatkan ketua pasukan England, Harry Kane gagal pada jendela perpindahan lalu selepas Pengurusi Tottenham, Daniel Levy tidak bersetuju dengan nilai yang ditawarkan.
Aguero meninggalkan City pada hujung musim lalu tatkala penjaring gol terbanyak sepanjang zaman itu belum digantikan dengan mana-mana pemain.
Bagaimanapun, mereka berjaya menyambar Jack Grealish untuk memantapkan bahagian tengah yang sudah dibarisi beberapa pemain berkualiti.
Walaupun tanpa pemain 'nombor sembilan' City tetap kelihatan rakus ketika berdepan pasukan lawan musim ini.
Mereka berjaya meledak lima gol ketika menentang Norwich dan Arsenal, menumpaskan Leipzig 6-3 dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara dan membelasah Wycombe 6-1 dalam saingan Piala Liga pertengahan minggu ini.
Bagaimanapun, mereka kurang tiga mata di belakang pendahulu liga, Chelsea, Liverpool dan Manchester United selepas seri tanpa jaringan menentang Southampton hujung minggu lalu dan kalah 0-1 kepada Tottenham dalam aksi pembukaan.
Guardiola juga menyangkal bahawa beliau lebih gemar untuk menggunakan strategi tanpa penyerang utama.
"Saya tetap menggunakan percaturan meletakkan penyerang utama sepanjang karier saya. Seperti penjaga gol, penyerang adalah posisi yang harus diisi oleh orang tertentu.
"Saya pernah menggunakan Samuel Eto'o, Thierry Henry, (Lionel) Messi, (Robert) Lewandowski, Thomas Mueller, Sergio beberapa tahun sebelum ini.
"Kelab ini memerlukan penyerang pada tahun mendatang. Jika tidak ada apa boleh kami buat, kami hanya menggunakan pemain hebat yang dimiliki," katanya. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
GUARDIOLA tetap akui City perlu seorang penyerang untuk memantapkan lagi pasukan. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|