View: 1330|Reply: 1
|
Jaga disiplin, tingkah laku sepanjang Piala Malaysia
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Menjelang sepak mula saingan Piala Malaysia Ahad ini, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengingatkan semua pemain dan pegawai agar menjaga disiplin dan tingkah laku sepanjang kempen itu berlangsung sehingga 30 November ini.
Peringatan itu dinyatakan Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan selepas beberapa insiden membabitkan pergaduhan tercetus antara pasukan dan pengadil.
"Lebih mustahak, saya berharap pasukan-pasukan dapat mengawal emosi masing-masing ketika beraksi di atas padang dan sentiasa mengamal semangat kesukanan tinggi.
"Ingatlah bahawa pasukan bola sepak sekarang menjadi contoh teladan kepada generasi muda dan saya berharap sukan bola sepak menjadi contoh terbaik kepada masyarakat," katanya.
Sebelum ini, terdapat beberapa insiden 'ala samseng' antara pemain, pegawai dan pengadil berlaku sepanjang saingan Liga Super dan Liga Perdana berlangsung musim ini.
Tindakan agresif segelintir pemain itu memberi perspektif negatif kepada liga tempatan seolah tiadanya semangat 'FairPlay' dikalangan pasukan selain turut merugikan pasukan apabila dikenakan hukuman berat oleh Jawatankuasa Tatarertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Untuk rekod, pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa; pemain Kedah, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam dan terbaharu penjaga gol Sarawak United, Mohd Sharbinee Allawee Ramli antara pemain yang dikenakan penggantungan dan denda wang tunai ekoran tindakan agresif menolak pengadil ketika perlawanan.
Malah, beberapa pegawai pasukan seperti Terengganu FC dan Sarawak United turut digantung dan denda ekoran campur tangan dalam perbalahan antara pemain dan pengadil. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan |
|
|
|
|
|
|
| |
|