View: 1276|Reply: 1
|
Chelsea sukar untuk dijinakkan - Shearer
[Copy link]
|
|
London: Chelsea akan menanti kunjungan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City esok dalam aksi untuk melihat siapa pendahulu sebenar musim ini, manakala Liverpool dan Manchester United harus mengekalkan momentum mengekori rapat pasukan bimbingan Thomas Tuchel.
The Blues dilihat sangat bersedia dan lengkap untuk mengakhiri musim ini sebagai juara EPL buat kali pertama sejak 2017 selepas menambat Romelu Lukaku bagi memperkuatkan bahagian serangan.
Bagaimanapun, Liverpool juara 2020 dan Manchester United setakat ini berjaya menyamai pencapaian mereka, tatkala ketiga-tiga pasukan berkongsi 13 mata selepas lima perlawanan.
Walaupun saingan musim ini masih terlalu awal, bekas penyerang England, Alan Shearer meramalkan Chelsea sukar untuk dihalang.
Pasukan bimbingan Tuchel menumpaskan City sebanyak tiga kali musim lalu termasuk dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Selepas itu mereka menyambar Lukaku dari Inter Milan dan dilihat sangat ampuh di bahagian pertahanan apabila hanya melepaskan satu gol dalam saingan liga.
"Bukan hanya kehadiran dengan Lukaku saja mereka dilihat sukar untuk dijinakkan. Mereka muncul juara UCL tanpanya Mei lalu. Bagaimanapun, kehadirannya menyebabkan mereka tidak mempunyai kelemahan dan dilihat sangat kukuh di bahagian pertahanan," kata Shearer.
Ia terlalu awal untuk menyatakan aksi di Stamford Bridge sebagai perlawanan penentu kejuaraan namun pengurus City, Pep Guardiola tidak mahu ketinggalan enam mata di belakang salah satu pasukan pencabar mereka musim ini. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
CHELSEA dilihat calon terbaik untuk muncul juara EPL musim ini. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|