CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6953|Reply: 13

6 kesilapan masa kita renovate rumah

[Copy link]
Post time 4-8-2021 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Hati-Hati, Perkara Kita Rasa BIASA Rupanya Kesalahan Waktu 'Renovate' Rumah! - Mingguan Wanita
5-6 minutes

Sebelum nak melakukan sebarang penambahan mahupun pengubahsuaian pada mana-mana bahagian rumah seeloknya fahamkan dulu peraturannya. Apa yang boleh serta dibenarkan dan sebaliknya.Mungkin kita rasa ia perkara biasa, hakikatnya ianya satu kesalahan dan menyalahi undang-undang serta boleh dikenakan denda. Jadi daripada nak terlalu berjimat akhirnya kita juga yang rugi banyak nanti di kemudian hari.

Nak fahamkan lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ar.Ahmadkhairul Sabirin dari Sabirin Rosli Architect ini sebagai rujukan sebelum nak ‘renovate’ rumah.

BENDA SALAH YANG KITA INGAT BIASA WAKTU RENOVATE RUMAH.

Kebiasaannya kita ni bila dah beli rumah, rasa kita nak buat apa pun boleh, ye lah rumah kita kan, hasil titik peluh dari kecil menabung, dah besar ni mesti nak renovate rumah bagi cantik. Renovate? Tak ada masalah tapi tau tak apa yang boleh dan tak boleh?

1. Tiada Permit

Kalau diikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/ permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada.

Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit ya. Tak boleh suka-suka pasal depan rumah dah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT dah. Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanya kan hal ini, untuk mengelakkan kita kena denda waktu random spot check oleh majlis.

2. Tambah ‘Floor Area’ Tanpa Kelulusan PBT

Alah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja. Jangan main-main ya main tambah kiri kanan atas tanpa kelulusan majlis, kalau tertangkap, ready lah duit untuk bayar denda.

Nak renovate tambah ‘floor area’ ni memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus hire kontraktor dan jalan terus. Salah. Hire arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT.

Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu anda buat renovation tanpa pelan lulus, denda 10x dari wang proses pelan dan kena submit lalu arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan.

3. Tak Bincang Dengan Jiran

Sebelum nak renovate, berbincang lah dengan jiran dulu. Pasal bila bising kerja renovate, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulan lah mereka makan hati. Last-last jiran sendiri yang report ke PBT, tambah pula tak ada kelulusan. Dah satu hal pula.

Tak rugi berbaik dengan jiran. Lagi pula kepada siapa yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate.

Sekarang pun kalau nak renovate memang memerlukan consent dari jiran.Macam borang yang kita dah inform jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran.

4. Renovate Sampai Line Pagar Depan

Perlu diingat, walaupun DALAM kawasan pagar tu rumah anda, tak bermakna anda boleh buat rumah sampai pagar. haha. Tak boleh ya. Kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga 6.1m atau 20 kaki dari line pagar/line sempadan. Itu adalah kehendak PBT.

Anda boleh didenda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun saya ingat kan awal-awal, tak boleh ya. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya.

5. Renovate LUAR Dari Pagar Depan!

Ini level legend. Biasa ni level-level T20 ni. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house weh! Gated and guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayang kan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh ya.

Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis ni, confirm dia jeling punya. Tak sempat tanya dah kena reject. haha.

Baru ni ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak pasal ada kerja repair paip. PBT cakap dah luar pagar bukan area kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clear kan untuk kerja-kerja pembaikian.

6. Submit Pelan Lulus Lain, Buat Di ‘Site’ Lain!

Jenis ni ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, lepas tu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudah nya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya.

To sum up, ikut lah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujung nya kita rugi juga.

Ar.Ahmadkhairul Sabirin of Sabirin Rosli Architect
Malu bertanya, duit lebur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2021 02:51 AM | Show all posts
Kesilapan kami, tak buat extra bilik, ingat tak anak, rupanya lepas 5 tahun buat rumah, anak pun lahir..


Syukur buat walk in closet saiz bilik, so itulah bilik Anak sekarang... Cuma tulah tak boleh sampai besar sebab dalam bilik parents.

So next kena renovate balik rumah, buat bilik anak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 02:50 PM | Show all posts
patut tampal ni kat pagar jiran ku
pi tanam pokok mangga depan pagar rumah..  simen keliling batang pokok.. jd tempat bubuh pasu bunga.. asal  anak2 dia balik, park hilux dpn pagar rumah mak dia, tp separuh badan hilux, block pagar kita... satu keturunan tkde otak.

nasib ada kawan tu suami nya kerja majlis.. dtg rumah bwk kan kon majlis.. mencicit  anak dia balik manjung.. rentas negeri guna surat tipu rupa nya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 06:10 PM | Show all posts
No. 3, 4 dan 5 tu yang paling menjengkelkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2021 03:22 PM | Show all posts
Akibat 'Renovation' Rumah Secara HARAM, Siap Sedia RISIKO Kena Tanggung Nanti! - Mingguan Wanita
5-7 minutes

Sebelum nak melakukan sebarang penambahan mahupun pengubahsuaian pada mana-mana bahagian rumah seeloknya fahamkan dulu peraturannya. Penting ambil tahu apa yang boleh serta dibenarkan dan sebaliknya. Bukan main buat sebarangan ‘renovation’ rumah secara HARAM kerana akibatnya banyak beri kesan yang perlu ditanggung nanti.

Nak fahamkan lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ar.Ahmadkhairul Sabirin dari Sabirin Rosli Architect ini sebagai rujukan, kesan dan di risiko yang perlu ditanggung pemilik nanti akibat ‘Renovation’ rumah secara HARAM.

KESAN RENOVATION RUMAH HARAM

    Bila kita buat renovation tak ikut undang-undang, confirm lah akan ada kesan dia. Macam sekarang lah, tak boleh makan durian ramai-ramai pasal PKP, eh dia nak juga berpesta. Kan dah kena kompaun.Sama lah dengan renovation rumah, ada peraturan dan kita kena ikut.

Aku memang banyak kali dah dengar tuan rumah kata tak nak buat proper submission dan apply permit reno dari majlis pasal mahal dan lambat. Lagi la bila kontraktor dah cucuk tuan rumah dari bayar duit submit ke majlis, baik tambah pool sebiji. Terus on tak fikir dah submission. Tapi sanggup ke hadap kesan renovation haram di masa depan?

1. Rumah Susah Nak Jual Atau Tak Ada Nilai

Bila buat renovation tanpa pelan lulus, bila nak jual akan jadi rumit. Apasal floor plan dekat agreement lain tapi dekat site lain? Rupanya pelan paling baru ni tak ada kelulusan PBT. Bank nak value benda illegal macam mana? Tak boleh la.

So bank akan value bahagian yang ada kelulusan saja. Yang bahagian tak dapat kelulusan dah habis ratus ribu tu satu pun tak akan menambah value jual rumah tersebut. Sedih tak?

Duit habis, value rumah tak naik. Such a bad move and definitely bad investment.

2. Kompaun Oleh PBT

Setakat aku tahu, ada majlis dah tulis siap-siap kompaun 10-20 kali ganda fee permohonan ke PBT. Ah bayar je la. Sure? Ingat fee mohon 10 20 ringgit ka? Tak bang. Dia kira ikut area berapa banyak yang di tambah. Ada jadual kiraan. Kalau tambah besar makan ribu juga lah.

Tapi bila dah bayar denda setel ke tak? Tak juga, kena submit la properly selepas itu haha. So kena bayar 2 benda, kompaun dan fee arkitek. Kalau awal-awal tu submit properly ke PBT setel dah. Tak gitu?

3. Roboh?

Boleh ke? Boleh saja. Ingat tak dulu ada kes abang ni viral cakap PBT tak buat kerja, kejap lagi satu PBT tu round kawasan cari struktur haram dan robohkan semua struktur yang tak dapat kelulusan di rumah-rumah. Itu pasal jangan main-main dengan PBT,sekali dia enforce, tak senang tidur kita.

Ada juga kes terpencil PBT fail kan ke mahkamah untuk merobohkan rumah yang dibuat tak ikut pelan lulus. Sampai macam tu sekali.

4. Sita

Dah kenapa aku buat rumah kat tanah aku, aku tak boleh masuk?? (baca nada Azlee Senario) Ada juga kes rumah disita pasal buat tak ikut kelulusan majlis. Rumah dah buat cantik-cantik, PBT sita. Nak tidur mana? Ha tidur lah kat hotel sebulan dua. Ni semua gara-gara kes buat renovation secara haram.

5. Insurans Tak Cover

Rasa-rasa ada tak insurance provider nak cover rumah yang dibuat tanpa kelulusan? Sudah pasti kalau terjadi kemalangan, terbakar, runtuh, insurance provider akan datang buat siasatan menyeluruh dan confirm-confirm bila tahu rumah itu dibuat tanpa kelulusan, mereka tak akan cover.

Aku pernah jaga projek under construction dulu terbakar. Peh insurans punya orang investigate tu agak menyeluruh lah juga. Benda pertama dia tanya lulus ke tak projek ni. Tu dulu.

6. Beli Rumah Renovation Tak Ada Kelulusan, Tuan Rumah Baru Kena Tanggung!

Ya kalau rumah yang kita beli tu tak ada kelulusan, kalau tiba-tiba PBT datang ambil tindakan, tuan rumah baru kena tanggung. Nampak zalim tapi itulah yang perlu dihadap. Kenapa waktu beli tak check pelan lulus dulu? Kenapa tak check ada approval ke tidak sebelum beli?

Nak tahu lebih lanjut boleh baca pos oleh Ar. Azizul Azwar di sini:

    Tuan-tuan dan puan-puan, kita kena faham bila bab tambah struktur, ianya melibatkan hal keselematan penghuni dan orang sekeliling. Kalau lah renovation haram ni dibuat dan tiba-tiba runtuh atau rosak dan mencederakan orang lain, macam mana? Siapa salah? Siap yang kena tanggung dan paling penting sanggup ke nak tanggung?

Itulah kerja arkitek, jurutera dan PBT perlu review setiap kerja renovation untuk memastikan keselamatan dan ikut segala peraturan baru lah diluluskan. Kata kunci dia, untuk pastikan selamat. Buat lah renovation ikut peraturan supaya mudah di kemudian hari. Tidur pun lena.

So apa tunggu lagi, check la rumah ada tak pelan lulus?

Ar.Ahmadkhairul Sabirin
Cantik tak rumah ada line tape kuning? haha

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 08:40 PM | Show all posts
A couple of months ago, I managed to buy my own house. There are some problems with the roof, namely with its waterproofing. I want to find good membranes for repairs; I need options that can be used without ignition (there is no necessary equipment and skills).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2022 09:12 AM | Show all posts
kesilapan ku, tak engaged well known contractor dari awal lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 01:15 AM | Show all posts
tak buat rumah kucing hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 10:57 AM | Show all posts
boleh tambah lagi tak
kesilapan mengupah wak2 indon buat kerja renovation
di mana tahap skill yg mereka propa kan semua benda kacang... tapi hasilnya hampeh macam taik

sekian!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 04:41 PM | Show all posts
tri-max replied at 5-12-2022 10:57 AM
boleh tambah lagi tak
kesilapan mengupah wak2 indon buat kerja renovation
di mana tahap skill  ...

tu yg takut kekadang
duit dah byk habis
lepas tu sibuk nak membaikpulih pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 05:07 PM | Show all posts
tri-max replied at 5-12-2022 10:57 AM
boleh tambah lagi tak
kesilapan mengupah wak2 indon buat kerja renovation
di mana tahap skill  ...

iya, memang.

ayah i cari kontraktor melayu dengan harapan yang tukang pun melayu. pung pang pung pang, tetiba yang kerja yindon jua. wall senget, tanah lagi tinggi lantai rumah, tingkap opening terbalik2. tahu nak duit je padahal kerja tak banyak mana. mampu geleng kepala.

susah nak cari tukang betul2 melainkan duduk kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 05:17 PM | Show all posts
noorhairiahma replied at 5-12-2022 05:07 PM
iya, memang.

ayah i cari kontraktor melayu dengan harapan yang tukang pun melayu. pung pang pung  ...

wak2 indon ni kadang sembang KLCC pun depa buat
satu je tips kalau da 'terambik' derang
monitor kerja dia 24jam ibarat CCTV tak berbayar gitu
mana tak kena - sound terus, hati kena kental, jgn sesekali terima short cut idea dia ye
mmg kelaut hasilnya nanti

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tri-max replied at 5-12-2022 10:57 AM
boleh tambah lagi tak
kesilapan mengupah wak2 indon buat kerja renovation
di mana tahap skill  ...

Betul tu... Kakak aku dah kena.. Habis semua level bawah rumah dia plug point tak boleh pakai.. Hasil kerja kontraktor Indon... Jahanam habis.. Aircond, TV semua tak boleh pasang kat bawah termasuk fridge!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:10 PM | Show all posts
Edited by RainGuardRoof at 18-5-2024 08:31 PM

An investment in safeguarding your house, Roof replacement Sterling VA is more than just a service. A strong roof is crucial given the unpredictability of Virginia's climate. Latter life and peace of mind are guaranteed when you entrust replacement to experts. Start at the top and provide your home the best protection possible from the weather.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.254977 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list