CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: keypochino

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 40

[Copy link]
Post time 24-9-2021 07:25 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 24-9-2021 06:26 AM

Berbandinh yg kelmarin...
PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 106 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 101 kes sebelum ia berubah kepada 132 kes.

Rekod terbabit adalah setakat jam 10 pagi, hari ini yang berdasarkan maklumat dikemaskini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my,


Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku peningkatan, sebanyak 487 kes berbanding kelmarin, 334 kes.

Jumlah kematian menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 24,565 kes.
Sebanyak 161 daripada 487 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,809 kes.

Seramai 1,114 pesakit bagi kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 615 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 10,321 orang.
Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 178 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 10 kes diikuti Sabah (87/14), Johor (63/29), Kuala Lumpur (44/3), Pulau Pinang (36/15), Kelantan (26/7), Perak (18/6), Kedah (14/6), Terengganu (3/2), Pahang (5/4), Melaka (5/3), Negeri Sembilan (5/1), Perlis (2/1) dan Sarawak (1/5).

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.
Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 14,990 kes berbanding semalam, 15,759 kes sekali gus diatasi 19,702 kes sembuh.
“Tempat kerja mencatatkan 13 kluster Covid-19 daripada 23 kluster, hari ini, manakala Kelantan menjadi negeri penyumbang terbanyak kluster.

“Selain tempat kerja, komuniti merekodkan tujuh kluster, tiga kluster pendidikan lain manakala pendidikan swasta, pendidikan tinggi dan kumpulan berisiko tinggi, masing-masing satu kluster,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 24-9-2021 07:16 AM
Turun mendadak...huhu...

Alhamdulillah...turun dah sikit
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 11:39 AM | Show all posts
noor2 replied at 24-9-2021 08:41 AM
Alhamdulillah...turun dah sikit

100 pages...jom tu ada banglo borak baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.803548 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list