CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: adila39

(Info Terkini - Self Rapid Test Antigen )

[Copy link]
Post time 19-7-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 19-7-2021 12:14 AM
Hehe ikut negara masing2 chuolss... Cam singapore dikira negara maju jgk kan, self test kit kena b ...

husband i dekat field/plant tiap 72 jam kene. dekat office aman damai hidung tak kene rogol.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ni klu nk balik kg tu buat la self test  precaution gitu. baru la boleh nk terima kenyataan hidup dgn covid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 19-7-2021 12:19 PM
Idung iols virgin wokehh

Huwaaa..my lubang hidung dah kembang seinci...huntunglerr hidung tuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 19-7-2021 12:44 PM
patutnya bila beli quantity banyak jadi lagi murah la kan? i buat antigen ritu individu byr rm80.  ...

Sepatutnya berapa hinggit sgt je la test kit tu...but i hope depa kawal la harga .knowing depa akan mark up harga if demand is high...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 19-7-2021 05:29 AM
Sepatutnya berapa hinggit sgt je la test kit tu...but i hope depa kawal la harga .knowing depa aka ...

patutnya kit tu murah sajalah. ni ramai gila org pakai.  bukan low in demand pun.  
nampak sangat nak buat duit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 19-7-2021 12:47 PM
husband i dekat field/plant tiap 72 jam kene. dekat office aman damai hidung tak kene rogol.

Uishh, gilaaaaa... Tapi hubby u mesti dah biasa je kan... Kita2 yg dengar yg rasa scary
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 19-7-2021 06:02 AM
Uishh, gilaaaaa... Tapi hubby u mesti dah biasa je kan... Kita2 yg dengar yg rasa scary


team dia masa china umum dorang buat swab test kat bontot tu memasing takmau turun kerja takut2 kena adopt test mcm tu.

boleh buasir oooo
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 19-7-2021 01:27 PM
Huwaaa..my lubang hidung dah kembang seinci...huntunglerr hidung tuu

Harap2 berkekalan la.. sbb iols dgr sakit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat peribadi, might as well direct bt PCR jer. Saliva test kit ni utk screening purpose jer, stil kene buat PCR utk confirmation, which is lagi berganda duit nak kuarkan, beli self test kit + PCR
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2021 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 19-7-2021 05:54 AM
Tp bg family yg susah duit sebnyk tu maybe leh makan 3, 4 hari.

Again org akan pk 3, 4 kali n ...

Yer betul setuju… ada jgk yang takut nak buat test sebab tak sanggup nak hadap kalau dpt result positif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2021 03:19 PM | Show all posts
ellejo replied at 19-7-2021 01:36 PM
patutnya kit tu murah sajalah. ni ramai gila org pakai.  bukan low in demand pun.  
nampak sangat ...

memangla nak buat duit untuk some of them , but sepatutnya ia memudahkan kita...still xkiralah guna ni pun still kena cucuk hidung if +ve
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2021 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Garis Panduan Pengurusan Kit Ujian Kendiri COVID-19

PUTRAJAYA, 22 JULAI 2021 – Kementerian Kesihatan sudah memperakui kit ujian kendiri Covid-19 yang diberi kelulusan bersyarat pada 21 Julai lalu untuk diimport dan diedarkan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr. Adham Baba berkata, kit berkenaan kini sudahpun boleh dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di negara ini.

“Mereka yang buat ujian kendiri itu bagaimanapun perlu memasukkan segera hasil keputusan diterima menerusi aplikasi MySejahtera sama ada negatif, positif atau status invalid,” katanya dalam sidang akhbar secara maya Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Berikut adalah penjelasan lengkap Garis Panduan Pengurusan Kit Ujian Kendiri COVID-19 ;

Kit Ujian Kendiri COVID-19 digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu. Kit Ujian Kendiri COVID-19 tidak menggantikan fungsi diagnostik real-time reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk COVID-19 tetapi mempunyai kelebihan untuk mengesan status COVID-19 individu dengan cepat dan mudah.

Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang boleh digunakan adalah yang telah mendapat rekomendasi dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Senarai jenis kit ujian ini akan dikemaskini di website MDA dari semasa ke semasa.

Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh digunakan untuk :

Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status
COVID-19;

Individu yang mempunyai kontak dengan kes COVID-19; ATAU

Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)

Pihak pengguna hendaklah memastikan kit yang dibeli telah mendapat kebenaran dari MDA.

Bagaimana hendak mendapatkan Kit Ujian Kendiri COVID-19 ?
a. Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh dibeli di farmasi atau fasiliti swasta.

b. Kit Ujian Kendiri COVID-19 dibekalkan oleh fasiliti kesihatan KKM mengikut keperluan.

Cara penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19
Sebelum memulakan prosedur:-

a) Membaca arahan penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19 dengan teliti

b) Memeriksa dan memastikan Kit Ujian Kendiri COVID-19 adalah lengkap, tidak melepasi tarikh luput dan tidak rosak.

c) Mencuci tangan sebelum memulakan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.

d) Memastikan tempat melakukan prosedur ini kering, bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik.

e) Memastikan tiada orang berhampiran bagi mengelakkan risiko jangkitan & kontaminasi silang.

f) Sekiranya prosedur ini perlu dibantu oleh orang lain, pembantu perlu memakai sekurang-kurangnya face mask & glove bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.

g) Prosedur tidak dilakukan di tempat awam dan tidak berada berdekatan dengan orang lain bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.

Prosedur ujian:
a) Mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang dinyatakan pada arahan kit (instruction kit).

b) Melakukan ujian menggunakan Kit Ujian Kendiri COVID-19 dengan cermat mengikut arahan kit.

c) Membaca keputusan pengujian dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada arahan kit bagi mengelakkan keputusan yang tidak tepat.

Selepas melakukan prosedur:
a) Memastikan semua alatan Kit Ujian Kendiri COVID-19 dimasukkan ke dalam plastik dan ikat dengan sempurna

b) Melupuskan plastik yang mengandungi kit ini ke dalam tong sampah

c) Menjalankan disinfeksi kawasan prosedur dengan larutan disinfeksi yang bersesuaian selepas prosedur pengujian

d) Mencuci tangan menggunakan sabun dan air selepas selesai menjalankan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.

Melaporkan Keputusan Ujian
a) Semua keputusan ujian Kit Ujian Kendiri COVID-19 sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan secara self-reporting ke dalam aplikasi MySejahtera.

b) Pengguna bertanggungjawab melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan keputusan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.

Sekiranya keputusan ujian positif:-
a) Keputusan positif wajib dilaporkan ke dalam MySejahtera (tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]).

b) Individu diminta untuk pergi sendiri ke fasiliti kesihatan swasta, COVID-19 Assesment Centre (CAC) atau klinik kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan seterusnya. Individu ini wajib memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah dan elakkan dari menaiki kenderaan awam.

Sekiranya keputusan ujian negatif:-
a) Sekiranya bergejala, sila ke fasiliti kesihatan swasta atau kinik kesihatan untuk penilaian kesihatan.

b) Sekiranya individu berkenaan merupakan seorang kontak kepada kes COVID 19, individu tersebut perlu terus menjalani kuarantin wajib sehingga tamat tempoh kuarantin.

Sekiranya keputusan ujian invalid, ujian perlu diulang.

Apa yang pengguna perlu tahu tentang Kit Ujian Kendiri?

Pengguna mestilah memastikan Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang telah mendapat kebenaran pengimportan dan pengedaran dari MDA (Sila rujuk website MDA).

Kit ujian kendiri COVID-19 boleh dibeli  di Farmasi komuniti berlesen dan fasiliti kesihatan yang dibenarkan oleh MDA. Establismen hendaklah menyediakan dan memastikan farmasi dan fasiliti kesihatan merekodkan penjualan Kit Ujian Kendiri
COVID-19 bagi memudahkan pemantauan oleh pihak yang berwajib.

Penjualan Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh dibuat dalam bentuk pek individu atau pek multi kit dan hendaklah memenuhi keperluan perlabelan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts


@ipes2
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak beli kat mana je ada, semua klinik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 03:07 AM | Show all posts
Edited by blackmore at 4-9-2021 03:09 AM
miszclassique replied at 19-7-2021 08:14 AM
Hehe ikut negara masing2 chuolss... Cam singapore dikira negara maju jgk kan, self test kit kena b ...

...kat spore...for healthcare workers and frontliners we are required to have the PCR test done on a Routine Rostered Test (RRT) schedule...initially every week kena buat...pi kat staff clinic...then once every 2 weeks before we switched to self-test Antigen Rapid Test (ART) nie...ART nie pon mula2 2x per week...now kita dah proceeded to once per week jer...Test kits given free by hosp...

...actually...buat self-test nie not that bad la...lagik less traumatic kalau nak dibandingkan kena cucuk ngan orang lain..

...how does it feel to do it on your own? ...arrr...let me share ngan korang...korang pernah tak sumbat hidung ngan tissue bila hidung korang rasa tersumbat??..korang masukkan tissue kat hidung sampai korang bersin? Pernah tak?...rasanya cam gitu la...cuma this time korang cucuk hidung menggunakan swab stick...its not painful but a bit uncomfortable jer...and i promise u...lubang hidung korang takkan berubah...sama jer besarnya.....sebab the swab stick tu halus sangat....lainlah kalau swab stick tu sebesar chopstick....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada offer skrg
3 rtk + 1 oxi rm100
1 rtk 25
No moq
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Retry
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
confessorlady replied at 28-7-2021 02:25 PM
Nak beli kat mana je ada, semua klinik?

Buy frm me
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.167315 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list