CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1303|Reply: 3

[Sarawak] Covid19 17/06/2021

[Copy link]
Post time 17-6-2021 05:12 PM | Show all posts |Read mode




Sarawak mencatatkan 559 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 324 atau 57.96 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di lima (5) buah daerah iaitu di Daerah Sibu, Bintulu, Kuching, Miri dan Tatau.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah :

Sibu (85),

Bintulu (79),

Kuching (61),

Miri (51),

Tatau (48),

Subis (43),

Kapit (29),

Matu (27),

Sebauh (21),

Sarikei (19),

Sri Aman (14),

Serian (13), Lundu (12),

Samarahan ( 8 ),

Simunjan ( 8 ),

Selangau ( 8 ),

Betong (6),

Mukah (4),

Kanowit (3),

Bau (3),

Saratok (2),

Kabong (2),

Telang Usan (2),

Lawas (2),

Meradong (2),

Belaga (1),

Dalat (1),

Pusa (1),

Julau (1),

Song (1),

Asajaya (1),

Pakan (1)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2021 05:18 PM | Show all posts
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan enam (6) kluster baharu iaitu Kluster Jalan Stampin, Kluster Jalan Keruing dan Kluster Iris Garden di daerah Kuching; Kluster Kampung Serikin di daerah Bau; Kluster Sawai Niah di daerah Subis dan Kuster Jalan Kidurong Empat di daerah Bintulu. Ringkasan kluster-kluster tersebut adalah seperti berikut:

I. Kluster Jalan Stampin, Kuching
Kluster Jalan Stampin merupakan satu kluster institusi bukan pendidikan yang dikesan melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas di Jalan Stampin dalam daerah Kuching, Sarawak.

Kluster ini berpunca dari kontak rapat dalam kalangan penghuni pusat tersebut.
Sejumlah 46 individu telah disaring di mana:
• 18 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks;
• 22 kes didapati negatif; dan
• 6 kes masih menunggu keputusan ujian saringan kedua.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

II. Kluster Jalan Keruing, Kuching
Kluster Jalan Keruing merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan premis perniagaan di Jalan Keruing, Sejingkat, Kuching yang berpunca dari pergerakan sosial dan kontak rapat di tempat kerja dan telah merebak dalam kalangan ahli keluarga dan kontak sosial indeks kes. Sejumlah 28 individu telah disaring di mana:
• 11 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks;
• 14 kes didapati negatif; dan
• 3 kes masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

III. Kluster Kampung Serikin, Bau
Kluster Kampung Serikin merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan lokaliti yang telah diletakkan di bawah Perintah Kawaan Pergerakan Dipertetatkan (PKPD) dalam daerah Bau yang berpunca dari pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk. Sejumlah 70 individu telah disaring di mana:
• 19 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks;
• 34 kes didapati negatif; dan
• 17 kes masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching dan Bau bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

IV. Kluster Sawai Niah, Subis
Kluster Sawai Niah merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan di sebuah kilang kelapa sawit dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Batu Niah, dalam daerah Subis yang melibatkan pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan pekerja kilang dan ahli keluarga yang tinggal di kawasan kilang tersebut. Sejumlah 375 individu telah disaring di mana:
• 32 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks;
• 31 kes didapati negatif; dan
• 312 kes masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Miri dan PKRC di daerah Miri bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

V. Kluster Jalan Kidurong Empat, Bintulu
Kluster Jalan Kidurong Empat merupakan satu kluster komuniti yang dikesan di sebuah penempatan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Setinggan Sebatang Kelapa, Jalan Kidurong Empat, Bintulu yang melibatkan pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk tersebut. Sejumlah 43 individu telah disaring di mana:
• 18 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; dan
• 25 kes masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

VI. Kluster Iris Garden, Kuching
Kluster Iris Garden merupakan satu kluster institusi bukan pendidikan yang dikesan melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas di Iris Garden, Kuching. Kluster ini berpunca dari kontak rapat dalam kalangan penghuni pusat tersebut. Sejumlah 31 individu telah disaring di mana:
• 8 orang telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; dan
• 23 kes didapati negatif.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuchiing bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Terdapat satu (1) kes kematian melibatkan kluster ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2021 05:19 PM | Show all posts
Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 366 orang. Ringkasan dua (2) kes kematian yang dilaporkan pada hari ini adalah seperti berikut:



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2021 05:38 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.579392 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list