CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1983|Reply: 3

Atap Bumbung Rumah Antara Punca Kanser Paru-Paru?

[Copy link]
Post time 24-2-2021 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Atap Bumbung Rumah Antara Punca Kanser Paru-Paru?

Kanser paru-paru adalah antara kanser yang lazim di Malaysia dan ia juga menjadi satu daripada penyebab utama kematian di negara kita selain dari kanser payudara dan kanser koloraktel (usus besar) .

Di peringkat global pula, kanser ini kekal sebagai punca utama meragut nyawa setiap tahun berbanding kanser lain.

Pakar Kardiotorasik, Dr Anand Sachithananda, berkata di negara kita, pesakit kanser paru-paru sering disahkan mengalami penyakit berkenaan pada peringkat kritikal dimana data Registri Kanser Kebangsaan mendapati, hampir 90 peratus kes disahkan pada tahap ketiga dan keempat.



Namun tahukah selain dari faktor penghisap rokok(aktif atau pasif) dan faktor genetik, antara punca lain kanser paru-paru adalah atap bumbung rumah?

Bumbung yang kami maksudkan adalah bumbung rumah jenis asbestos, jenis bumbung yang biasa digunakan oleh kilang dan kebanyakan rumah lama di Malaysia. Namun difahamkan penggunaannya kini telah dihentikan dan dikawal.



Tanpa disedari pendedahan kepada asbestos memberi risiko mendapat kanser paru-paru jenis “Mesothelioma” (kanser yang asalnya dari selaput paru-paru) sebanyak 9 kali ganda.

Malah pada tahun 2006, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menyarankan semua negara di dunia mengharamkan asbestos.

Atap bumbung jenis asbestos ini sebenarnya kurang berisiko sekiranya masih dalam keadaan baik dak tidak terusik,namun ia agak menjadi sangat berisiko sekiranya ia mula rosak dan pecah.

Pendedahan dan pengendalian secara langsung manusia keatas bahan tersebut akan menyebabkan individu tersebut mendapat radang asbestosis paru-paru dan seterusnya kanser mesothelioma.

Perkara ini sendiri telah dibangkitkan oleh Public Health Malaysia dalam satu posting mereka di Facebook sebelum ini.

Menurut mereka lagi sebutir debu sehalus bilah jarum sudah cukup untuk membuatkan manusia mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Jadi bagi langkah pencegahan, ikuti langkah saranan dari Public Heatlh

Jika rumah atau kilang masih menggunakan bumbung jenis asbestos, pastikan bumbung tidak retak, pecah.
Sekiranya sudah retak/pecah, pastikan proses membaikpulih bumbung mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar.
Jika terlihat di Kawasan rumah/perjiranan anda, hubungi pihak berkuasa temptan anda dengan segera untuk proses pelupusan.
JANGAN BAKAR, dan jangan tanam atau lupus sendiri.
Jangan biarkan anak anda bermain di kawasan asbestos. Kesan kanser asbestos hanya boleh dikesan selepas 30 tahun.

Sumber: FACEBOOK DOSH ILO MYHEALTH

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 08:17 PM | Show all posts
Info yang sangat bermanfaat, terima kasih TT
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 12:12 PM | Show all posts
Bahaya asbestos ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
A'ah, rmh lama2 atap byk dr asbestos. Kena tukar atap tu seeloknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.050245 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list