Bukan sekadar hilang kerja, tapi seorang pegawai tentera terpaksa terima hukuman yang diputuskan oleh hakim di mahkamah selepas dia didapati bersalah atas tuduhan membunuh.
Baca cerita tentang pegawai tentera itu, Muhammad Yusyairi Saidin yang telah membunuh seorang janda anak tujuh, Hasma Norlela Zaini, 53, pada tahun 2014 yang dikongsikan di Twitter.
Penemuan mayat di R&R Gunung Inas, Kedah
Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang di kawasan kaki lima R&R itu dan polis mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri berada bersama mangsa.